Monday 14 December 2009

DIRENJIS RENJIS DIPILIS..


salam semua ;))
diharap sihat2 sejahtera di samping keluarga tercinta
ermm nak pantunlah hehe senang ;p

tinggi tinggi si matahari
perut kenyang makan beryani
lama sudah Nekpp menyepi
MAAP YAA..agak bz ke sana ke marii
insyAllah akan ke udara lagii
utk kawan2 yg dikasihiii
SALAM MAAL HIJRAH
dari NekPP
..




Sunday 6 December 2009

VANILLA CUPCAKES WITH SWISS MERINGUE BUTTERCREAM

from cerok dapor Nekpp ;))
VANILLA CUPCAKES
with Swiss Meringue ButterCream

pehh ME..speaking LONDON yerkk..ekeke..
recipe sekodeng from Madam Fa @ melayuberangan
tnx soooo berry much!! muwahhhsss ;))
it's really deliciousssss...5 star!!
zasss recipe...CNP..ekeke..or
Ladies.. please click HERE

Ingredients
  • 1 3/4 cups cake flour, not self-rising
  • 1 1/4 cups unbleached all-purpose flour
  • 2 cups sugar
  • 1 tablespoon baking powder
  • 3/4 teaspoon salt
  • 1 cup (2 sticks) unsalted butter, cut into 1-inch cubes
  • 4 large eggs
  • 1 cup whole milk
  • 1 teaspoon pure vanilla extract

Method

1. Preheat oven to 325 degrees. Line cupcake pans with paper liners; set aside. In the bowl of an electric mixer fitted with the paddle attachment, combine flours, sugar, baking powder, and salt; mix on low speed until combined. Add butter, mixing until just coated with flour.

2. In a large glass measuring cup, whisk together eggs, milk, and vanilla. With mixer on medium speed, add wet ingredients in 3 parts, scraping down sides of bowl before each addition; beat until ingredients are incorporated but do not overbeat.

3. Divide batter evenly among liners, filling about 2/3 full. Bake, rotating pan halfway through, until a cake tester inserted in the center comes out clean, 17 to 20 minutes.


Swiss Meringue Buttercream

Ingredients
  • 4 large egg whites
  • 1 1/4 cups sugar
  • 1 cup (2 sticks) unsalted butter, at room temp
  • 2 teaspoons vanilla extract

Methods

1. Put egg whites and sugar into the top of a double boiler over a pan of simmering water. Whisking constantly, cook until sugar has dissolved and mixture is warm (about 160 degrees).

2. Pour heated egg whites into the bowl of an electric mixer fitted with the whisk attachment. Beat egg white mixture on high speed until it forms stiff (but not dry) peaks. Continue beating until fluffy and cooled, about 7 minutes.

3. Switch to the paddle attachment. With mixer on medium-low, add butter two tablespoons at a time, beating well after each addition. Increase speed to medium-high; continue beating until frosting appears thick, about 3 minutes. Reduce speed to low; add vanilla extract and continue beating 2 minutes to eliminate air bubbles.



taraaa...
i loveee berry much this 4 tier muffin..




Saturday 5 December 2009

44

5th December
DADDY BEAR'S BIRTHDAY!
HAPPY BIRTHDAY TO MY BELOVED HUSBAND
BIRTHDAY CAKE & A CUP OF COFFEE
from
MUMMY BEAR..ahaks ;)


from
BABY BEAR ;))
LUV U DAD VERY MUCH!!


from
MS EDY ;))
HUG AND KISSES..MUWAHSSS


POME from
ALL OF US ;))


present of the day ;))
be our 'CHEF' ever!!!

WE LOVES U DADDY!!

Thursday 3 December 2009

NASI IMPIT EID UL ADHA


dari cerok dapor nekpp ;))
MARI BELAJAR
membuat Nasi Impit heheeee...
kaedah baru! Akak nekpp ajarr..
sempena cuti2 Eid Ul Adha ari tu..
dapat jugakk nekpp menuntut ilmu..ahaks..
kaedah yg lain boley zasss di S.I.N.I.


bahan2
  1. musti guna BERAS PUTIH ATAU WHITE RICE.
  2. botol air mineral yg kecil..dipotong lebih kurang ikut sukatan 1 pot beras..'rice cooker'. SILA TENGOK KAT BAWAH BOTOL MINERAL YG ADA 'PET 12' dipotong 5 lekok dari bawah...alaaa jalur2 lekok yg kat botol tuuuuuu...hehe
  3. sukat beras mcm dalam gambar kat atas tuu..jgan timbun..peres aje.. kalau guna pot beras 'rice cooker' sukat beras agak timbun sedikit
  4. PLASTIK TAHAN PANAS BERUKURAN 5X8 INCI
  5. dilobang2kan plastik dengan menggunakan batang lidi atau DIJAHIT MENGGUNAKAN MESIN JAHIT YG TIDAK ADA BENANG!! haa kauu terkejuzzz...ekeke jgan terkejuzzz...reallll...kije pon mudah...tak caya??? try aaaa...ambil 5/6 helai atau lebih plastik lalu dijahit..buat kotak2..jahit memanjang kemudian melintang.. HARAP MAAP..TERLUPA nak amek gambor...sori 2002 lori!!!
  6. masukkan beras.
  7. plastik dilipat 2..yg pertama 1/2 inci kemudian lipat lagi 1/2 inci.
  8. distapler rapat2.

cara2 merebus
  1. hendaklah jerang air dahulu sehingga air panas.
  2. bila sudah panas..tidak mendidih yaa..masukkan nasi impit.
  3. 5/6 helai daun pandan disiat..dipotong ikut suka.
  4. rebus lebih kurang 1.5 jam ke 2 jam..
  5. bila dah masak diangkat dan ditoskan..biar hingga sejuk barulah dipotong2.
  6. SELAMAT MENCUBA!!!

Wednesday 2 December 2009

SUP TULANG EID UL ADHA


dari cerok dapor nekpp ;))
SUP TULANG EID UL ADHA
ahaks...
sup tulang nie boley dimakan dengan roti segala roti!!
mmg best!! atauuu
dgn nasi impit..ermm boley dijadikan soto..
kalau dah jadik soto mustilah ada bergedel plaks kan kan..
lagii sambal kicap! aduss..tangkap lelehh..slurppp...

jom zass resepi di S.I.N.I.

Tuesday 1 December 2009

BUBUR CHA CHA


dari cerok dapor nekpp ;))
BUBUR CHA CHA

cha cha chaaaa..ahaks..
bukan poco poco ekhhh ;p
jom zass resepi ;))

bahan2
  • 1 peket tepung yg kale2 tuh..ahaks..dicuci dan ditos
  • 5 biji keledek manis dipotong dadu kecil2 * yg sedang
  • 5 biji pisang dihiris serong * byak pisang ikut suka
  • 2/3 biji keladi * ikut suka
  • 2/3 batang ubi * ikut suka
  • 2 biji kelapa dijadikan santan
  • 1/2 ketul gua melaka
  • gula sesedap rasa
  • secubit garam
  • 2 helai daun padan disimpul

cara2nya
  1. rebus keledek+keladi+ubi sehingga empuk
  2. masukkan santan+gula melaka+daun pandan..gaul rata. masak guna api sedang supaya santan tidak pecah.
  3. kemudian masukkan tepung yg kale2 tu. masak sehingga kenyal..barulah masukkan pisang.
  4. garam+gula sesedap rasa.

Sunday 29 November 2009

27 - 29 NOVEMBER

Pink Cake Box Cake

WALIMATULURUS
dijemput semua RAKAN2 BLOGGER
meraikan majlis
ULANG TAHUN PERKHAWINAN TEMAN
pada 27hb November - Majlis Akad Nikah
28hb November - Majlis Persandingan
29hb November - Majlis Menyambut Menantu
16 tahun yg lepas..ahaks ;)
1993 - 2009

ALHAMDULILLAHHH
bersyukur kehadrat Allah swt..
dengan limpah kurnia dari NYA..
tiada perkatan selain dari
SYUKUR..
SYUKUR..
SYUKUR..
ALHAMDUILLAH....


jemput semua..;)
nekpp hanya dapat menjamu kalian..
secangkir tea dan sepotong kek sahaja! ekeke ;))

Pink Cake Box Cake

Tuesday 24 November 2009

posto..postooo.. kad EID UL ADHA


salam semua ;))
dengan ini nekpp ingin mengucapkan
kepada TEMAN2 BLOGGER
SELAMAT MENYAMBUT
EID UL ADHA


haa amek daging korban kat atas tuu
buat rendang yerk..tulang..buat sup..ahaks..
pas tu antor kat nekpp ni haa!! ;p

kepada semua teman2..
yg mana bercuti panjang sempena cuti persekolahan
selamat bercuti!!
BERHATI HATI DI JALAN RAYA!
pssttt..nekpp pon cuti.. 1 minggu..ahaks ;))


EID MUBARAK!

Wednesday 18 November 2009

PUFF DAGING KELEDEK

dari cerok dapor nekpp ;))
PUFF DAGING KELEDEK

zasss resepi ;))

bahan2 ;)
  • 4 biji keledek manis dipotong dadu kecil2
  • 2 biji bawang besar dipotong dadu kecil2
  • 1 tray daging cincang
  • 2 tbspn rempah kari daging
  • garam gula perasa sesedap rasa
  • 3 peket pastri brand KawanKu dibelah 4
  • kuning telur utk disapu atas pastri puff * campurkan setitik perwarna kuning
cara2nya ;)
  1. tumis bawang hingga wangi
  2. masukkan daging cincang gaul rata supaya daging tidak berketul2.
  3. masukkan rempah kari gaul rata
  4. kemudian masukkan kentang yg dipotong dadu biarkan hingga empuk; barulah masukkan garam gula dan juga perasa sesedap rasa.
  5. sejukkan dan tos..supaya minyak turun dan tak berair.
  6. isikan inti kentang di atas pastri lipat dan tekan2 dgn garfu di keliling puff.
  7. toreh atau kelar di permukaan puff kemudian sapukan kuning telur.
  8. bakar dengan suhu 160 darjah selama lebih kurang 15-20 minit.

mari mari mau oder gan nekpp..ekeke ;)
boley amek tempahan x?? ahaks ;p
nekpp bakar dlm 3 tray..30 biji..
frozen lebih kurang 40 biji
jumlah utk 3 peket pastri lebih kurang 70 biji
haa belajo Matematik yerk cucu2 nenekkkk..

Tuesday 17 November 2009

CENDAWAN GORENG

dari cerok dapor nekpp ;))
kudap-kudapan waktu malam yg dingin
CENDAWAN GORENG

hehe..mcm belalai gajah! upss soriiiii...

sumber resepi nekpp sekodeng kat rumah Hana nuu di Jepang
ARIGATO!! HAITT..HAITT..
nekpp angguk2 nie Hana oiii..ekeke..
yg pasti mmg best!! sbb pakar makan nekpp kata best!
kita zassss resepiii ;)) CNP..mohon halal puan rumah!

Bahan-bahan

  • Cendawan tiram secukupnyer - siat2.. ** hehe nekpp guna cedawan aper tuh! cendawan bear! beso2 belaka...ahaks..
  • 1/2 cwn tepung kentucky
  • 2 sb tepung gandum
  • 1 sk serbuk kari
  • secubit garam
  • air secukupnyer
  • sambal kicap - utk cicah.
* hana x ltk telur pada batter cendawan nih sbb biasanya telur akan menyebabkan serap minyak, dan lembik@tak rangup bila dah sejuk. nih cara hana, terpulang cara owang lain yer... :)


Cara-cara

  1. Panaskan minyak. pastikan minyak betol2 panas utk menghasilkan cendawan goreng yg rangup! dan masa menggoreng api jgn kuat @ slow sgt.
  2. Sediakan batter. Campur semua bhn kecuali cendawan. agak2 la yer tahap kecairannya.
  3. Bila minyak dah betol2 panas, renjis2kan batter tadi ke dalam minyak. kemudian celur cendawan satu persatu ke dalam batter dan goreng terus hingga keemasan.
  4. Angkat dan toskan.
  5. Hidangkan bersama sambal kicap jika suka.

KIMA DAGING

dari cerok dapor nekpp ;))
KIMA DAGING

selain dari Kima Daging ni..
nekpp pernah buat juga Kima Ayam
zassssssssssssss ;)))

KIMA AYAM PENCEN

masak Kima Ayam ni agak lama sbb nekpp guna
Ayam Pencen

awww tapiii dara okieyyyy ahaks tu sbb dia kental!!
dimasak setengah mati..
masuk mulut sodap sekali
..
jom zass resepiii..
resepi boley zasss di S.I.N.I

BUBUR JAGUNG

dari cerok dapor nekpp ;))
BUBUR JAGUNG

zasss resepi okieyyy ;p

bahan2nya
  • 2 tin jagung cream
  • 2 tin jagung kernel * jagung fresh pon boley juga
  • 2 tbspn custard (ikut suka nak pekat)
  • 2 tin santan (sukat guna tin jagung)
  • gula
  • sedikit garam (utk bagi lemak santan kaww)
** sukatan ini adalah sukatan utk periuk 'rice cooker'


boley jugak zasss resepi di S.I.N.I.

Monday 16 November 2009

AYAM GORENG BEREMPAH

dari cerok dapor nekpp ;))
AYAM GORENG BEREMPAH

sumber resepi cilok dari MEnMyKitchen
dari Cik Puan Ain.. ;0
tnx xoxo yaaa cik puan!! CNP aje!!!! ;p

bahan2 utk dikisar ;))
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai
  • 1 tbspn jintan putih **
  • 1 tbspn jintan manis **
  • 1 tbspn ketumbar **
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih ** nekpp tidak guna yg serbuk
  • 1/2 sk serbuk jintan manis ** nekpp tidak guna yg serbuk
  • 1/2 sk serbuk ketumbar ** nekpp tidak guna yg serbuk
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang menggoreng
Cara2 memasaknye :-
  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Sedia dimakan begitu sahaja! Yummyyyyy!!!!

Wednesday 11 November 2009

SUP CENDAWAN

dari cerok dapor nekpp ;))
SUP CENDAWAN

kurrrrrrrrrrrr jom zass resepi ;))))
bahan2
  • bawang putih dihiris2
  • 1/2 inci halia dititik atau dihiris2
** sekiranya bawang dihiris2; nekpp akan rebus sahaja..sesuai amat utk berDIET!!
** sekiranya bawang dan halia ditumbuk atau dibelender kebiasaannnya nekpp tumis dahulu..
  • rempah 4 sekawan atau rempah sup
  • 1 peket cendawan
  • 1 biji carrot dipotong serong ** sebab ada carrot..jgan membazir daa..ahaks ;p
  • daun sup/daun bawang dipotong 1/2 inci * utk ditabur
  • bawang goreng * utk ditabur
  • ikan bilis digoreng * utk ditabur
  • garam dan perasa sesedap rasa ;)
cara2nya
  1. sekiranya DIREBUS.. masukkan 1/2 air dalam periuk sedang kemudian direbus.
  2. masukkan bawang putih+halia+rempah 4 sekawan masak sehingga mendidih.
  3. barulah masukkan carrot *jika ada + cendawan
  4. jangan lupa bahan perasa
  5. akhir sekali taburkan ikan bilis goreng + daun sup/bawang + bawang goreng
NOTE: sekiranya DITUMIS...bawang putih+halia hendaklah dibelender atau ditumbuk. masukkan rempah 4 sekawan. tumis hingga naik bau.


ermmm sedap dimakan ketika masih panas!!! dengan aroma bawang goreng dan ikan bilis goreng.. masyukkkkkkkkkk ;))

Sunday 8 November 2009

SUP MACARONI SEAFOODS

dari cerok dapor nekpp ;))
SUP MACARONI SEAFOODS

penyediaan yg amat mudah sekali! sesuai juga untuk Encik2 dan Puan2 yg ingin berdiet! ahaks.. kalau nak berdiet WAJIBLAH diREBUS sahaja kesemua bahan jika tidak..tumis dahulu..ikut suka ;)) ekeke siaran iklan ;) jom zasss resepi ;))

bahan2
  • bawang putih
  • bawang merah
ditumbuk kasar @ dihirs2 ikut suka
  • 1 inci halia dititik
  • 1 inci serai dititik ** ikut suka
  • 1 inci lengkuas dititik ** ikut suka
  • 4 rempah sekawan
  • 1 sup bunjut @ rempah sup ** ikut suka
  • 1 biji carrot dipotong serong ** ikut suka
  • 2 biji kentang yg sedang ** dibelah 6 - ikut suka
  • daun bawang/sup dihiris2 ** utk ditabur
  • 1 tbspn lada hitam ditumbuk kasar
  • bawang goreng untuk ditabur
  • 1/2 peket makaroni
  • 1/2 kilo udang L @ XL ** ikut suka
  • 1 kilo ketam dibelah 2 ** kaki2 ketam dititik supaya senang nak di ngap2..ahaks
  • garam & bahan perasa ikut sesedap rasa ;))

Saturday 7 November 2009

PAI PISANG SEPANYOL

dari cerok dapor nekpp ;))
PAI PISANG SEPANYOL
atau nama geleme
SPANISH BANANA PIE


HOLA!!
haruss x reti nak cakap spanish!! ;))
jom zass resepi ajelah!!!

bahan2 PASTRI
  • 250 gm butter
  • 112 gm gula aising
  • 1 bii telur
  • 392 gm tepong gandum
  • 1 tbspn susu ** nekpp guna shortening CRISCO
bahan INTI
  • 250 gm butter
  • 140 g custor sugar
  • 2 biji telur
  • 140 gm tepong gandum
  • 84 gm tepong jagung
  • 1 biji pisang embun dilecek ** nekpp guna 4 biji pisang emas
HIASAN
  • 4 biji pisang ** dihiris2 samada bulat/serong ikut suka
  • kelapa dlm tin
cara2nya

PASTRI
  1. ayakkan tepong. masukkan butter+gula+telur+susu dan uli. gunakkan hujung jari jemari puan2 yaa.
  2. kemudian disejukan dalam peti sejuk lebih kurang 15-20 minit.

INTI
  1. pukul butter+gula hingga kembang. masukkan telur sebiji sebiji dan pukul sehingga kembang.
  2. masukkan tepong gandum+tepong jagung gaul hingga sebati dan kemudian masukkan pisang yg telah dilecek tadi. gaul rata.

PAI
  1. keluarkan adunan dari peti sejuk.
  2. canai setebal 0.3 mm. letakkan pasti dalam loyang berukuran 10 inci.
  3. masukkan inti dan ratakan.
  4. hiasakan dipermukaan inti pisang yg telah dihiris2 atau dibelah dua dan kemudian taburkan kelapa kering.
  5. bakar lebih kurang 45 minit dengan suhu 160 darjah.


POSTO..POSTO.. PUAN FAA ;))


posto..postoooo...;))
on 7th November 2009
scroll more :P
.
.
.
.
.

yeyy!!!
SELAMAT HARI LAHIR FAA ;))

nekpp nyanyi yerrr ;))

selamat HARI LAHIR
selamat panjang umurnya
selamat HARI LAHIR
semoga bergumbira
kamiii ucapkan TAHNIAH
selamat..selamat HARI LAHIR
kamii ucapakan TAHNIAH
selamat..selamatt HAAA RIII LAA HIRRR...


errr jom tiop lilin!!! ekeke :P
.
.
.


errr yg ke 40 kaaa...kakakaa..jgan maraa aaa :P
cuppies tu..jgan lupa bagi JIAN 1 Mummy!!!!


Monday 2 November 2009

IKAN BAWAL KUKUS


dari cerok dapor nekpp ;))
IKAN BAWAL KUKUS

wahhh mengukus lagiii ;))
betul2 kemaruk asik nak mengukus..
kali nie kukus ikan bawal plaks..

resepi dari Chef Daddy B
bahan2 sama; cuma daddy b tambahkan
tomato; taucu; BUAH KEDONDONG!!!
layannnnn..
yg pasti..sedap dimakan..habis!!!
alhamdulillahhhh ;))

IKAN KUKUS


dari cerok dapor nekpp ;))
IKAN KERAPU KUKUS

resepi asal adalah dari Chef Daddy B
zass resepinya ahaks ;))

bahan2
  • ikan kerapu dibelah 2
  • air asam jawa
  • 2 tbspn sos ikan kukus
  • 2 tbspn sos tiram
  • 1 biji belimbing *starfruits dipotong2
  • 1 kuntum bunga kantan dibelah 4
  • 3 helai daun limau purut
  • serai dititik
  • halia dihiris2
  • 3 biji cili api dihiris2
  • 2 biji bawang besar dihiris2
  • 2 ulas bawang putih dihiris2
  • 2 biji limau kasturi utk diperah pada ikan
  • garam sesedap rasa

SELAYANG PANDANG.. sekiranya nak sedap..letakkan JERUK BAWANG PUTIH


POSTO..POSTO.. PUAN AM FLORA


BILLION THANK YOU
to
PUAN AM @ SEROJA KITCHEN

I LOVE UR FOODS BERRY MUCHHHH ;))
.
.
andddd
.
.
LOVE UR DOOR GIFT!!!
taraaaaaaaaaaaaaa ;))

ermmm terharu!
x mo ckp banyak2..
Puan Seroja Kitchen dah berpidato berjela2..
TNX SO BERRY MUCH K AM!!!

errr nak pantun ekeke ;))

anak itik mandi2
lain kali jgn SERIK!! BERILAH LAGI!!!!! ;))

hari raya aidilfitri
terus deepavali..
tunggu raya hajiii
orang sebelah!!! bila lagiiii???
haaa kauuu..ada beraniii!!!!!
1,2,3 ermm bape org k am???!! ada lagi yg nak join sekakiiii?!

pehh 6 kerat sehhh!!!!! :P

Sunday 1 November 2009

PRUNE CUPCAKES

dari cerok dapor nekpp ;))
PRUNE CUP CAKE
atau
KEK PRUN MANGKOK ;))

bahan2nya
  • 250 gm butter
  • 196 gm tepong gandum ** nekpp guna tepong kek
  • 224 gm gula custor
  • 28 gm tepung jagung
  • 5 biji telur
  • 10 biji buah prun
  • 2 tbspn susu cair
HIASAN
  • 1/2 botol jem strawberry * ikut suka jem..nekpp guna fix fruits
  • 112 gm kelapa goreng (diracik) ** nekpp guna kelapa dlm tin
  • 6 biji buah prun (dibelah 2 dan dibuang bijinya)
  • 2 tbspn air

cara2nya
  1. rebus buah prun dlm air hingga mendidih. bilaskan buah prun dg air yg mengalir. keluarkan bijinya dan dipotong kecil2. ** nekpp rendam gan air panas!
  2. pukul butter + gula hingga kembang. masukkan telur + susu cair. kacau lagi hingga adunan kembang dan sebati.
  3. masukkan tepong gandum + tepong jagung yg telah diayak. gaul hingga sebati. kemudian masukkan buah prun..gaul rata.
  4. sediakan acuan 'cup cake' @ mangkuk kertas. isikan adunan 3/4 penuh.
  5. bakar lebih kurang 20-25 minit dgn suhu 150-160'c.

cara2 penyediaan hiasan
  1. cairkan jem dgn 2 tbspn air dlm peruk di atas api sederhana sehingga mendidih. ** nekpp campurkan 2 tbspn air panas
  2. sapukan jem di atas tiap kek dgn berus.
  3. hias buah prun dan taburkan kelapa.

jom kita zasss gambor2 semasa pembikinannya yaaaa :P
mcm nak buat film! ahaks ;)

taraaaa...my CHEF MIXER.. seusia Baby Bear tawww!!!
ermm Miss Edy...assistant chef! ;)


NOTE: sumber resepi dari BUKU RESEPI..COLD STORAGE (M) SB..buku resepi nie buku turun temurun..sekarang ni di bawah jagaan nekpp..ahaks..

Saturday 31 October 2009

ROTI KAWIN

dari cerok dapor nekpp ;))
ROTI KAWIN
hehehe..kawin???
ROTI BAKAR daaa :P

ermm roti kawin nie nama brutal kat kopitiam tempat nekpp laypak! hoho gan org sebelah!!! hee heeee :P .. Chamek Kopitiam.. Chamek asal usulnya adalah satu daerah kecil di Daerah Kluang.. tempat kominis dulu2 kala kauuu.. masa zaman2 Jepun dulu.. pehhh nekkpp dah jadik cikgu sejarah ler pulokkkk...hee hee ;

berbalik pada roti kawin nie.. mungkin sebab roti tu dibelah 2.. adalah pasangannya.. maka.. jadiklah roti kawin! nekpp biasanya makan 2 pasang roti kawin!!!! wahahahahaaa ;)))

... lebih kurang 6 tahun yg lepas.. nekpp rajin geks melaypak kat kopitiam di satu tempat di Kuala Lumpur dgn gang baik nekpp.. tapi xdek plaks nama roti kawin nie.. cuma dipanggil roti bakar aje.. kopitiam masa tu blum diperkenalkan lagi.. yg paling fames emes... Kluang Railway Kopitiam.. mcm2 adaaaaa.... roti bakar bun... roti kukus.. roti bakar arang! ermmm.. ada wholemeal.. roti perang.. ishhh promo ler pulokkkkssss....

soooo enjoy yaaaa.. amek bau aje!!! ahaks... resepi tak dek.. cuma bakar aje roti dgn menggunakan pembakar roti ;)))) kemudian disapu butter dan kaya... pehhhh... cap jempol!! best gilers sehhhh.... lagi best bila makan panas2.. pekena plaks gan teh o kerrrr... teh tarik kerrrr... kopi ooooo kerrr.... kopi chamekkkk... kawww!!!

Friday 30 October 2009

JEMPUT2 UDANG GERAGAU

dari cerok dapor nekpp ;))
JEMPUT2 UDANG GERAGAU

pehhh nekpp merempit kat dapur sehhh..ekeke
tak pe..merempit kat dapor tak sign autograp!!!
jgan maraa aaa org sebelah!!!! :P

menu simple minum petang..
kebetulan ada gang dari DXB nak datang!!
jadiknya nekpp godak lebih sikit ;)
MURTABAK SINGAPURA
hemmm..nekpp BELI aje! hee heeee ;)))
sebenarnya..murtabak singapura nie mmg dah ada stok dlm freezer!!
hehe kalau ada tetamu2 yg terjah aje..
nilah PENYELAMAT SAYA!!!
haa haa BIJAK TAK SAYA??!!! ;))

walupon jemput2 nie kacang putih aje nak buat..
tapi nekpp saje nak share resepi..
sbb ada laa gang2 nekpp sukaa banget gan jemput2 saya!!
nape yerk?? tah ekhhh!! he heee ;))
yg pasti...makan jemput2 nie pekena gan KOPI O!! best!!!
malamnya pulakkkk..pekena gan NESCAFE GOLD!!
adussss nekpp nak titun pukul bape nihhhh!!

zasss resepi ;)))

bahan2
  • 1/2 kilo tepong gandum
  • 5 tbspn udang geragau
  • 1 kiub ikan bilis maggi
  • 1 inci belacan dicampor air dan larutkan
  • 1 ikat daun kucai dipotong2 sedang atau daun bawang
  • hirisan cili merah *** ikut suka..x mo pon tak pe
  • air panas + air paip..heheeee ;))
  • garam/bahan perasa ikut sesedap rasa

SOS PENCECAH
  • cili merah
  • 1 ulas bawang putih
  • cuka
  • gula
  • garam
*** dibelender atau ditumbuk

NOTE: proses yg sama sekiranya nak buat jemput2 ikan bilis..cuma ikan bilis ditumbuk kasar2 sedikit..

MANGO MOUSSE


dari cerok dapor nekpp ;))
MANGO MOUSSE

lama dah buat dessert nie
tapi baru masuk n3..back dated daa..
sumber resepi dari K Zai @ Teratak Antik..
mekasih ya k zaiiiiiiii ;))
nekpp cNp aje... ahaks ;))

Bahan-bahan ( 3-4 orang )
  • 200g yogurt tanpa perisa
  • 100ml susu segar
  • 1-2 biji mango
  • 16g gula
  • 5g gelatin + 1 sudu besar air panas

Cara-cara

  1. Kupas kulit mango. Masukkan semua bahan kecuali gelatin ke dalam blender or mixer. Mix sehingga semuanya sebati.
  2. Masukkan pula gelatin. Mix lagi dalam 1-2 minit.
  3. Tuang ke dalam acuan. Sejukkan dalam peti sejuk.
  4. Hiaskan dengan mango yg dipotong dadu sebelum dimakan

  1. Note: Kalau mango tu manis, boleh kurangkan gula. Kalau takde fresh mango, boleh guna yg dalam tin.

Thursday 29 October 2009

MEE REBUS

dari cerok dapor nekpp
MEE REBUS

zass resepi yaa ;))

bahan2 KUAH ;)
  • 500 g daging tetel, kerat2, cuci bersih dan toskan
  • 3 ulas bawang putih ** dititik/ditumbuk
  • 1 inci halia **
** rebus hingga tetel lembut
  • ** 1 biji bawang besar
  • ** 5 biji bawang merah
  • ** 5 ulas bawang putih
  • ** 1/3 cawan udang kering, rendam 10 minit, toskan
** dibelender kesemua bahan
  • 2 tbspn rempah kari daging
  • 1 inci lengkuas, diketuk
  • 300 g keledek, kupas, rebus hingga lembut dan lecek halus
  • garam/gula/bahan perasa secukup rasa

bahan2 SAMPINGAN ;)

  • Mee kuning, cuci dan celur sekejap, toskan
  • Taugeh, buang ekor, cuci dan celur sekejap, toskan
  • Tauhu, goreng dan hiris
  • Hirisan cili hijau dan merah
  • Hirisan daun bawang dan daun sup
  • Bawang goreng
  • Belahan limau kasturi
  • Telur rebus, dibelah dua
NOTE: nekpp tumis bahan2 dengan menggunakan minyak masak + 2 tbspn minyak sapi

Wednesday 21 October 2009

WAT I DID LAST RIANG RIA RAYA ;)

salam semua...
masuk nie dah 5 kali sehhh uploaded gambor2..
ya ampunnn...slow gilersss!!!
dimaapkan yerrr...pleaseeeee ;))

soo enjoyy d foods riang ria raya from cerok dapor nekpp okieyyy!!
andddddd....
zasssss gambor2 riang ria rayaaaa ;)))


my MIL and my MOM


my CUCUs ;))


FRENZ of mine..;))
hohohoooo
givenekppHi5!!


BELATED HARI RAYA!!!

Tuesday 20 October 2009

AWARD


LOVELY!!!
TNX SOOO BERRY MUCH FAA!!
iLikeeeeee ;))

Saturday 17 October 2009

HAPPY DIWALI


HaPpY DiWaLi

Saturday 10 October 2009

JELLY CUSTARD FRUITS COCTAIL

dari cerok dapor nekpp
JELLY CUSTARD FRUITS COCTAIL

resepinya jom zassss ;))

bahan2
  • 2 kotak plain jelly * nekpp guna brand nona
  • 800 ml air
  • 2 tbspn tepung custard
  • gula pasir ikut sesedap rasa
** direbus kesemua bahan2
  • 1 tin besar fruits coctail *dibelender kasar2
  • 1 tin susu cair
cara2nya
  • direbus dengan api yg kecil sehingga mendidih
  • kemudian ditapiskan
  • barulah dimasukkan fruits coctail yg sudah dibelender + susu cair digaul rata
  • masukkan ke dalam acuan..ikut suka hati masing2..
  • disejukan..best!!