Showing posts with label Lauk Pauk. Show all posts
Showing posts with label Lauk Pauk. Show all posts

Friday, 3 August 2012

UDANG BLACK PEPPER


dari CerokDapor Nekp
UDANG BLACK PAPPER

........entry tertunggak! menu IFTAR day 2! uhuh... zass resepi yerkkk ;))

bahan2 ;)
  • 1kg udang sederhana besar atau besar ikut suka
  • bawang besar dimayang bulat2
  • 1 biji tomato dipotong sedang
  • daun kari
  • 2tbsp black pepper sos
  • garam gula secukup rasa

cara2nya ;)
  1. tumis bawang hingga wangi. masukkan daun kari gaul rata.
  2. masukkan udang msk sehingga kemerahan jgn terlalu lama!
  3. kemudian masukkan black pepper sos gaul sebati then masukan garam n gula.
  4. akhir sekali masukkan tomato.


sedap dimakan dgn nasi panas!


last but not least.. IKAN JEKET BAKAR ;)



RAMADHAN KAREEM!





SOTONG SAMBAL

dari Cerok Dapor Nekp
SOTONG SAMBAL

heh3.... entry tertunggak! ok laa kannn... OUR 2nd day IFTAR! BERTEMAKAN Seafood! mkn dgn nasik putih and lempeng pisang!  sodap tau!  zass resepi yeaaa ;))

bahan2
  • 1kg sotong dibersihkan jgn dipotong
  • cili kering direbus atau direndam air panas
  • bawang besar 
  • bawang putih
  • halia
  • serai
  • belacan
  • air asam jawa atau asam keping
  • garam gula secukup rasa

cara2nya ;)
  1. blend cili kering/bawang2/belacan/halia.  tumis bahan2 & serai sehingga naik bau. guna api kecil.
  2. kemudian masukkan sotong. gaul rata. biar sehingga sotong msk.
  3. masukkan garam gula secukup rasa.

 berpoloh2 mkn dgn nasi panas tau! ;)


wit Lempeng Pisang! nekp punya!! ;))



RAMADHAN KAREEM!




Friday, 30 March 2012

TELOR IKAN

dari Cerok Dapor Nekpp
TELOR IKAN

N3 tertangguh!! phiewwww....bz banget! TELOQ IKAN TENGIRI! ... BYK KOLESTEROL hokeyyy!! ttp sedap banget! hehe.. Nekp x mangan! langsung x usik! langsung! NGERI! hehe.. teloq ni masak singgang.. agak pedas sbb nekp letak cili api kampong tuu... berasap telinga tau!

bahan2
  • telor ikan tenggiri
  • 5 tangkai cili padi hijau *ikut suka atau dicampor dgn 2 tangkai cili hijau basah
  • seinci kunyit hidup
  • seinci halia
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2/3 kuntum bunga kantan *dihiris2
  • asam jawa
  • perasa secukup rasa

cara2nya ;)
  1. belender bawang+cili padi+halia+kunyit
  2. tumis hingga naik bau. guna api kecil.
  3. masukkan air asam jawa. kepekatan kuah ikut suka.
  4. bila mendidih masukkan telor ikan. digaul rata. ditutup. biar hingga telor ikan masak.
  5. akhir sekali masukkan perasa secukup rasa.
  6. boley dihidangkan dgn nasi panas!





LONTONG

dari Cerok Dapor Nekpp
LONTONG


perghhhh giler serius mengHUPDATE CerokDaporNekpp hehe.. 2 hari nie nekp HOME ALONE! knock! knock! knock!! NOBODY AT HOME???? hehe.. so kena laa curik time kan! terasa rindu berblog!! windu sama kawan2 bloggers!! korang x windu kew sama nekpp wehhh.. ;))

so..ni pon N3 yg terlewat! RALAT!!

LONTONG ni nekpp buat masa minggu pertama cuti sekolah.. BB Bear balik bercuti! Sayang anak tangan2kan... Marah anak rindu2an... hehe... KUAH LODEH.. adalah kegemaran MsEdy.. sbb ada SUON & TAHU KERING! hehe.. tekak2 minah saleh minah tu pun..reti jugak makan suon n tahu kering yerk... SAYA ANAK MALAYSIA! haa tau x perrr ;)) zass resepi...


bahan2 ;)
  • suon direndam *pas tu dipotong2 ikut suka
  • tahu kering direndam *dipotong2 juga ikut suka
  • 2 batang karot dipotong panjang
  • kobis dihiris sedang
  • kacang panjang dihiris2
  • bawang merah
  • bawang putih
  • sedikit belacan
  • sedikit kunyit hidup
  • sedikit halia
  • udang kering direndam dicuci & ditos
  • 2/3 tangkai cili merah basah dihiris bulat
  • 2/3 tangkai cili hijau basah dihiris bulat
  • 1 mangkuk santan cair + santan pekat *kuah lodeh ikut suka
  • perasa secukup rasa

cara2nya ;)
  1. soun & tahu kering dibasuh kemudian ditoskan.
  2. blend atau ditumbuk bwang2 merah/putih/belacan/kunyit sehingga lumat kemudian masukkan udang kering ditumbuk agak kasar sedikit
  3. hiris cili hijau/merah
  4. tumis bahan2 yg ditumbuk + cili yg telah dihiris
  5. bila sudah naik bau masukkan santan cair biar mendidih kemudian masukkan sayura2n; gaul sebati..biarkan seketika. JAGAN MASAK TERLALU LAMA. NNTI SAYUR LEMBIK! akhir sekali barulah masukkan santan pekat.
  6. dah boleh dihidang kuah lodeh dgn nasi impit juga sambal tumis udang atau sambal kacang ;)

note: guna santan cair adalah supaya bahan2 yg ditumis tu x hangus. dan masukkan santan pekat kemudian supaya santan tidak pecah.. xsedapp...xcantikk! hehe.. angkat sehingga santan reneh.. pastikan api kecil.. petua nekp ;))




ASAM REBUS KELADI

dari Cerok Dapor Nekpp
ASAM REBUS KELADI


phiewwww...hehe... N3 tertangguh! bz banget nekpp!! byk urusan rasmi dari yg tidak rasmi! kira ok laa kannn... well 'family comes 1st'! credit to u nekp! yeeeehaaa...big applause to nekp!! hehe..

Keladi ni Daddy B yg beli!! jauh tuuu... nuu di Muor! yg best tu dah siap siang! hehe.. alhamdulillahh...kalu dok..jenoh gek nekp kan kan kann... kiranya utk tahun 2012 nii... setiap ujung minggu destinasi kami adalah ke Muar! Selain dari kg asal usul Daddy B.. BB Bear Nekpp telah pon melanjutkan pelajarannya di sana.. dok asrama.. so.. 2 in 1! upsss..NO!! 3 in one! yes! hehe.. selain dpt mjengah org tua.. lawat anak di asrama....p pasar ikan di Parit Jawa!! miahaha... perkara wajib! Resepi?? yg paling mudah dalam dunia!! hehe..





Saturday, 3 December 2011

GULAI KEPALA IKAN MAYONG

dari Cerok Dapor Nekpp ;)
GULAI KEPALA IKAN MAYONG

~ Alhamdulillahhh... beres sudah!! yippie!! pas ni boley jalan2 cuci2 mata! kikiki... credit to Daddy B yg tersangatlah mmg rajin memBERSIHKAN ikan! tnx laling!... kepala ikan ni dimport jauh tuu.. nuu di Muar.. bila balik kampong aje... perkara wajibbbb... tinjau2 kawasan nuu di Parit Jawa! fresh from laut tau... sumber resepi nekpp sekodeng kat cerok dapor CMG.. oleh kerna dah hujung minggu... bila ditinjau2 dlm peti besi nekpp bahan2 semua dah xdek! ermm.. tapi x per.. ape2 aje laa yg boley dimasak.. walupon x cukup syarat.. rasanya mmg meletopss! sila klik di sini >>> DapurTanpaSempadan...... mekasih CMG!!..... jom zass resepinyaaa..

bahan2;)
  • 1 kepala ikan mayong
  • 1 biji terung bulat ** xdek
  • 6 - 8 biji kacang bendi muda, cuci dan toskan (jgn kerat) ** xdek
  • 2 biji tomato
  • 2 biji cili merah
  • 1 cawan jus asam jawa
  • Air secukupnya
  • 2 camca besar cili kisar*
  • 3 camca besar rempah kari ikan*
  • 1/2 cawan air*(*disatukan dan kacau rata)
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci belacan, dibakar
  • 1 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 2 tangkai daun kari *xdek
  • bunga lawang/cengkih/kayu manis/pelaga ** ni nekpp tambah ;)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kepala ikan dibersihkan, dan potong sederhana besar, cuci lagi dan toskan.
  2. Terung dibelah 2 dan potong 4 bagi setiap belahan, rendam dalam air yang ditambah disedikit garam. ** kalau ada terong
  3. Tomato dibelah 2 untuk setiap biji. ** kalau ada tomato
  4. Cili merah dibelah dua tapi tak putus untuk setiap biji. Ketepikan.
  5. Panaskan minyak dalam periuk tumis bahan tumis hingga layu, masukkan bahan kisar dan kacau rata.
  6. Tambah bancuhan rempah kari (*)...dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya (anggaran 800 ml) dan biar mendidih.
  7. Masukkan kepala ikan dan terung. Tuang jus asam jawa, kacau dan biar mendidih. Tambah garam dan sedikit gula. Masak hingga ikan masak dan terung lembut sedikit. Masukkan belahan cili merah, bendi dan tomato tadi. Biar mendidih.
  8. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  9. Hidangkan dengan nasi atau apa sahaja makanan kegemaran anda, resipi asal dia ada tulis, kari ni boleh dimakan bersama mee hoon...


haa tu dia... mcm JAWS!!





Tuesday, 25 October 2011

DAGING KENTANG

dari Cerok Dapor Nekpp
DAGING KENTANG


hehe aper nak cakap masak daging ni ekh.. daging kentang..ok la kann..ini adalah inti utk mini mertabak homeMade by nekpp ahakss... zass resepi kkkk...


bahan2nya
  • 1 tray daging cincang
  • 5 biji kentang sedang dipotong dadu
  • 1 atau 2 biji bawang besar merah
  • 1 tspn rempah kari *jika suka ~
  • serbuk lada sulah
  • garam perasa secukup rasa

cara2nya
  1. tumis bawang hingga bau wangi masukkan daging cincang digaul sebati.
  2. masukkan kentang. masak hingga empuk. guna api yg kecil.
  3. masukkan rempah kari atau rempah sup serbuk..salah satu..just utk ada rasa2 buah gitu..ahakss..kemudian masukkan garam perasa secukup rasa.
  4. diangkat dan ditos supaya minyak turun.
  5. barulah proses membuat mini mertabak bermula!! ;)



Saturday, 20 August 2011

ACAR DARAT

dari CerokDaporNekpp
ACAR DARAT

alhamdulillahhh....dari cerok dapor nekpp.. ACAR DARAT dimakan dgn bubor lambok!! mmg mabeles...;))....resepi nekpp sekodeng di dapor Kak Nor... sumber resepi dari sape lagi kalau bukan chef tersohor iteww...CMG!! mohon halal yerk chef2 berdua... sila klik di siniii SECUBIT GARAM


bahan2 (5 orang)
  • 2 biji timun * dikerat 3-4 bahagian; buang empulur & potong mcm btg mancis
  • 2 biji lombak merah *dikerat 3-4 bahagian & potong mcm btg mancis
  • 3 biji cili merah * dikerat 2 buang biji * potong mcm btg mancis
  • 2 biji bawang besar *dipotong berbaji

bahan tumis ;)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 camca teh sawi (mustard seed)

bahan2 lain ;)
  • 5 ulas bawang putih dibelah 2
  • 1 camca besar udang kering &rendam 10 min +cuci+tos+ditumbuk separuh lumat
  • 1/3 cawan cuka makan
  • 1 inci halia muda dimayang halus
  • garam gula secukup rasa

cara2nya ;)
  1. Dalam bekas berasingan; gaul timun+lobak merah & dgn serbuk kunit + garam (kurang lebih 1 tspn) toskan dlm tapis.
  2. Dalam kuali; panaskan minyak lalu tumis bahan2 tumis hingga wangi; masukkan belahan bawang putih+udang kering+halia muda. Kemudian masukkan cuka dan kecilkan api. Masukkan gula (kurang lebih 3-4 tbspn) masak hingga pekat.
  3. Masukkan cili+belahan bawang besar+lobak merah; masak hingga lobak merah separuh masak. Masukkan timun & gaul rata. Bila timun sedikit lembut bolehlah matikan api.
  4. Rasa garamnya. Kebiasaannya acar mmg sedikit manis, masam, masin & sayur2nya masih ranggup.
  5. Selamat mencuba ;)

note;)
Nekpp terlebihkan bahan2 tumis (udang kering) ahakss...






SAMBAL GORENG JAWA

dari Cerok Dapor Nekpp
SAMBAL GORENG JAWA

bahan2nya ;)
  • tempe dihiris2 *digoreng
  • tahu dipotong sedang2 *digoreng
  • udang hidup dibuang kulit
  • hati & pedal ayam direbus kemudian dihiris2 *optional
  • petai dibuang kulit *optional
  • so'on direndam & dipotong2
  • tahu kering direndam & dipotong2
  • bawang merah ***
  • bawang putih ***
  • 1 inci belacan ***
  • 1 inci halia ***
  • 2 tbspn udang kering direndam
  • lada merah & hijau dihiris2
  • 2 batang serai dihiris2 ***dibelender dgn bawang2
  • air asam jawa
  • 1 cawan santan pekat
  • kicap manis
  • perasa secukup rasa

cara2nya
  1. bawang merah/putih/belacan/halia/serai/udang kering dibelender hingga halus.
  2. panaskan minyak masak. tumis bahan2 yg dibelender digaul rata kemudian masukkan lada merah yg telah dihiris2.
  3. air asam jawa & kicap digaul sebati. perasa secukup rasa.
  4. masukkan su'un & tahu kering digaul rata kemudian masukkan pula tempe dan tahu goreng gaul sebati.
  5. akhir sekali masukkan pedal/ati/udang digaul rata jgan gaul terlampau nnti hancur juga jgan terlalu lama sangat msk nnti lembik. sedang2 aje ;))
  6. last but not least masukkan santan pekat digaul perlahan2 hingga rata. pastikan api kecil. masak sehingga santan mendidih..
  7. boley dihidangkan dan dimakan! ;))


Wednesday, 17 August 2011

AYAM MSK MERAH

dari Cerok Dapor Nekpp
AYAM MASAK MERAH



layan gambar dulu yaa... nekpp tercedera! :(




~ RAMADAN MUBARAK ~




Tuesday, 16 August 2011

AYAM PERCIK

dari Cerok Dapor Nekpp
AYAM PERCIK


Sumber resepi nekpp sekodeng kat MyResepi.com.. seperti biasa copy n paste aje ;))


bahan2 (utk 4 org)

  • 1 sekor ayam yang dipotong 4
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 biji bawang putih
  • 1 labu bwg besar
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai
  • 1 camca kecil ketumbar
  • 1/2 camca kecil jintan putih
  • 1/2 cawan tepung beras
  • sedikit air asam jawa@asam keping
  • cili kering (optional... kalau nak kuah merah) ** nekpp letak cili ;)
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.
  2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.
  3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
  4. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
  5. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2



~ RAMADAN MUBARAK ~




Sunday, 14 August 2011

~ LEMAK PERIA

dari Cerok Dapor Nekpp
LEMAK PERIA


~ menu sahor ... kalau ujung2 minggu ni biasanya nekpp agak bz tahap putus fius! hihi... almaklum... weekend wife maa!! boss pulang dari kota!! bila boss ada... masa pon ciput!! cemburu betul!!! nak jalan sana.. nak jalan sini... kang x layan chef mogok!! huahuahua... jom kita layan sahor kat cerok dapor nekpp! kalu takk... simply d best!! tu laa buka tu laa utk sahor!! lauk RECYCLE!!! ;))) .... boss ada... ambek pahala lebey sikit!! ;)))

zasss resepi yooo ;)


bahan2
  • udang buang kepala hingga separuh badan *nekpp style ;))
  • 1 btg peria sedang ** kalu kecil 2 btng ~ dihiris lalu direndam dgn garam
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • belacan
  • 2 batang lada merah dihiris bulat
  • perasa secukup rasa
  • santan pekat

cara2nya
  1. Tumbuk bawang/bawang putih/belacan lalu ditumis hingga naik bau.
  2. Masukkan lada yg dihiris dan peria. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan santan. Perasa secukup rasa jgn dilupai dong! ;)
  4. Akhir sekali masukkan udang.


~ RAMADAN KAREEM ~




Thursday, 11 August 2011

~ AYAM KICAP

dari Cerok Dapor Nekpp
AYAM KICAP


~ kali ni kita layan sahor laa pulaks.. lauk kegemaran kami! masak kicap! ahakss... simply d best!! nekpp nak promo sikit... tu haa.. peket yg kale purple tuu... sahabat nekpp yg punya!! Cik Puan CT Tepong!! upss...soriiiiiiiiii!! hihi...d very femes ames punya tepong!! sedap!! boley try... nak oder silaa zassss di link CT VILLAGE hokeyy...


bahan2
  • ayam
  • 5 ulas bawang putih + 1 inci halia ditumbuk (gaul dgn ayam) ketepikan
  • 2 biji bawang merah dihiris2
  • 2-3 batang lada merah dihiris2
  • rempah 4 sekawan *cengkih/kayu manis/b lawang/pek'kak
  • 1 cwn santan pekat * ikut suka
  • kicap manis/masin *ikut suka
  • perasa secukup rasa
  • kentang diptong 'wedges' **optional ~ nekpp salutkan kentang dgn tepong ct village lalu digoreng hingga perang

cara2nya
  1. Ayam setelah diperap dgn halia/bawang putih digoreng atau terus direbus. **ikut suka.
  2. Tumis bahan2 + '4 sekawan' hingga naik bau.
  3. Masukkan ayam digaul rata dan kemudian kicap digaul sebati. Masukkan santan pekat digaul perlahan2 hingga sebati..guna api kecil supaya santan tidak pecah!
  4. Bahan perasa secukup rasa
  5. Akhir sekali masukkan kentang digaul rata.


~ RAMADAN MUBARAK ~





Wednesday, 10 August 2011

SAMBAL TUMIS IKAN BILIS

dari Cerok Dapor Nekpp
SAMBAL TUMIS IKAN BILIS


bahan2nya
  • lada kering dipotong2 lalu direbus hingga lembik dicuci dan ditos
  • 1 inci belacan
  • 1 inci kunyit hidup
  • serai *ikut suka
  • bawang merah
  • bawang putih
  • bawang besar dihiris bulat2
  • air asam jawa atau asam keping
  • 2 genggam ikan bilis dicuci. ditos dan digoreng.
  • garam gula perasa secukup rasa
cara2nya
  1. bawang merah/putih/belacan/kunyit hidup/lada kering dibelender hingga halus.
  2. panaskan minyak masak. goreng ikan bilis higga kekuningan. diangkat dan ditos. ketepikan.
  3. tumis bahan2 yg telah dibelender hingga naik bau. api mesti kecil!
  4. masukkan air asam jawa digaul rata. kemudian masukkan garam gula perasa secukup rasa.
  5. masukkan ikan bilis digaul rata dan akhir sekali masukkan bawang besar yg dihiris bulat gaul sebati.


Tuesday, 9 August 2011

~ AYAM KUZI

dari Cerok Dapor Nekpp
AYAM KUZI

~ layan gambar dulu yaa...




~ RAMADAN KAREEM ~




Friday, 5 August 2011

~ KERUTUK DAGING

dari Cerok Dapor Nekpp
KERUTUK DAGING



bahan2nya
  • 7 biji bwang merah
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 tbspn jintan manis
  • 1 tbspn jintan putih
  • cili kering *pedas ikut suka
  • kayu manis
  • 1 tspn cengkih
  • 1 pekat kerisik
  • 1/2 kilo daging
  • 1/2 cawan air
  • 2 cawan santan pekat
  • 1 keping asam keping


~ RAMADAN MUBARAK ~






Friday, 29 July 2011

LEMAK LABU UDANG



dari Cerok Dapor NekPP
LEMAK LABU UDANG



ASAM PEDAS IKAN PARI

dari Cerok Dapor Nekpp
ASAM PEDAS IKAN PARI



Wednesday, 15 June 2011

TEMPE MASAK LEMAK


dari Cerok Dapor NekPP
TEMPE MASAK LEMAK


bahan2nya
  • 5 keping tempe dihiris ikut suka
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar ikan bilis atau udang kering
  • cili merah dihiris2
  • santan (1 biji kelapa)
  • bahan perasa


cara2nya

Thursday, 26 May 2011

DAGING BRYANI

dari Cerok Dapor NekPP
DAGING BRYANI