Showing posts with label Kudap Kudapan. Show all posts
Showing posts with label Kudap Kudapan. Show all posts

Monday, 6 August 2012

TUNA ROLL

TUNA ROLL


TUNA ROLL...........seperti biasa hik2... ENTRY TERTUNGGAK! masa betul2 cemburu kat nekp tau!! jom jom zass resepi ;))

bahan2 doh ;)
  • 250 gm butter  sejuk e 1 buku butter
  • 500 gm tepong gandom
  • secubit garam
  • air sejuk
caranya ;)
  1. butter + tepong dimasukkan dlm mangkuk kemudian gunakan hujung jari utk "mix" kan.
  2. bulatkan tengah2 adunan curahkan air sejuk lalu diuli menjadi doh. ketepikan.

inti 
  • 1 tin tuna dilenyek2
  • 1/2 - 1 biji bawang besar didadu
  • 1 -2 biji cili hidup dihiris2
  • 1 biji limau kasturi diambil jusnya
  • garam secukup rasa
  • kuning telur dicampur setitik pewarna kuning digaul rata *utk disapu atas tuna roll

cara2nya ;)
  1. masukkan tuna yg teleh dilenyek ke dlm mangkuk.
  2. masukkan bahan2 yg telah dihiris lalu digaul sebati.
  3. kemudian perahkan jus limau kasturi. masukkan garam gaul rata.
bakar pada suhu 160c lebih kurang 20-25 minit.



RAMADHAN KAREEM!




LEMPENG PISANG

LEMPENG PISANG

... SALAM RAMADHAN BLOGGERS! alhamdulillahh hari ini hari ke 17 kita berpuasa! entry tergunggak dari cerok dapor nekp nih! uhuh.. LEMPENG PISANG!  dasar lempeng nekp ikut 'basis resepi' lempeng biasa cuma nekp tambahkan pisang yg telah dilenyek. zasss mcmana nk buat! 

bahan2 :)
  • 10 biji pisang dilenyek2 (ikut suka..10 biji je yg nekp ada..ahaksss)
  • 2 cawan tepong gandom
  • 1/2 camca teh baking powder
  • 2 cawan air (atau secukupnya)
  • garam secukup rasa
  • SOS pencecah kegemaran ANDA atau KUAH KARI, KUAH GULAI, SAMBAL TUMIS DLL

cara2nya;)
  1. satukan tepong + baking powder dlm bekas, kacau rata dgn whisk, tuang air secukupnya hingga mendapat adunan yg tidak terlalu cair atau pekat.
  2. tambah garam secukup rasa dan kacau hingga rata. masukkan pisang yg dilenyek. ketepikan.
  3. panaskan NON-STICK PAN (CMG guna saiz 10 inci) dgn sedikit minyak, kemudian letak sesenduk penuh bancuhan adunan tadi (anggaran 1/2 cawan) ratakan dan masak dgn api sederhana hingga permukaan lempeng pucat.
  4. kalau nak nampak garing, anda sapukan sedikit minyak atas lempeng tadi sebelum diterbalikkkan,
  5. masak hingga perang, angkat.
  6. buat kaedah sama dgn baki adunan sehingga habis.
  7. Hidangkan bersama sos kegemaran atau kuah gulai yg anda suka utk sarapan atau minum petang JUGA hehe nekpp tambah.. MAKAN MALAM! SESUAI BANGET UTK ORG YG BERDIET. ahakss..




dicicah dgn SAMBAL SOTONG



RAMADHAN KAREEM!




Saturday, 4 August 2012

APAM NASI

dari CerokDapor Nekp ;)
APAM NASI

.. KUDAP-KUDAPAN day 2 IFTAR! alhamdulillahhh... APAM NASI ni apam org dulu2.. Daddy B ckp masa dia kecik2..selalu tolong jiran dia... MAKCIK MARIAM! dah arwah dah.. alFatihah utk beliau...

RESEPI nnti dulu yea! nekpp uplod gambor jeQ dulu! insyAllahhh nnti tepek! heh3.. AMPUN!!


dicicah dgn kelapa muda! ;)


dikukus dlm acuan! ;))



RAMADHAN KAREEM!





Thursday, 12 April 2012

MEE SIAM GORENG

dari CerokDaporNekpp
MEE SIAM GORENG

SALAM RABU YG DINGIN! BACK TO WORK! hehe.. bunyi pelik??? MEE SIAM?? rasanya HANYA ORG JOHOR sahaja yg panggil MEE SIAM aka MEE HOON. MEE SIAM GORENG ASLI... utk JOHOREAN sudah semustinya tahu resepi ASAL ASLI mee siam ni. tersanglah mudah! jomm zass resepi ;))


bahan2 ;)
  • 1 bungkus mee siam aka mee hoon *direndam hingga kembang & ditos
  • 10 tangkai cili kiring *digunting direbus ditos
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • 3 tbspn udang kering *direndam dicuci ditos
  • 3 tbspn taucu *jika suka
  • 1 mangkok taugeh dibuang ekor
  • 1 mangkok udang basah *dibuang kepala/kulit hingga separuh badan
  • daun sup/daun bawang *dihiris2 utk ditabur
  • bawang goreng *utk ditabur
  • 1 biji limau kasturi *dibelah 2 buang bijinya
  • perasa secukup rasa

cara2nya ;)
  1. belender kesemua bahan2. atau kalau rajin GILING! hehe
  2. tumis kesemua bahan hingga naik bau. guna api kecil.
  3. kemudian masukkan udang; digaul rata; biarkan seketika. ** masukkan TAUCU jika suka
  4. masukkan MEE SIAM; gaul sebati kemudian masukkan taugeh; digaul rata.
  5. diangkat dan dihidangkan. taburkan daun bawang/sup/bawang goreng JUGA limau kasturi. NOTA: boleh juga dimakan dgn CILI JERUK! yummy!!


simply the best!




Wednesday, 11 April 2012

NASI GORENG KENTANG

dari CerokDaporNekpp
NASI GORENG KENTANG


ASSALAMUALAIKUM BLOGGERS! yehaaa... cuti 1 hari! hehe.. cuti sempena PERTABALAN AGUNG YG KE 14. Dgn cuaca yg tidak menantu.. cuaca nekp pon x menentu ahakss.. al maklum tengah pulih semangat! sangatttt kan! hehe.. SIMPLE & EASY! tapi MENGENYANGKAN! Alhamdulillahhh...

bahan2 ;)
  • 3 mangkuk nasi putih
  • 3 tangkai cili hijau + 3 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawag merah
  • 3 tbspn ikan bilis
  • 1 kiub ikan bilis
  • 1 biji kentang dipotong dadu
  • 1 biji telor
  • daun bawang utk ditabur
  • 1 biji timun dihiris2
  • perasa secukup rasa

cara2nya;)
  1. belender atau tumbuk kesemua bahan
  2. panaskan kuali. tumis bahan2 sehingga naik bau + masukkan kentang dikacau rata biarkan sehingga kentang empuk. guna api kecil.
  3. kemudian masukan telor. biarkan seketika kemudian digaul rata. pastikan telor tidak terlalu hancur.
  4. msukkan nasi digaul rata
  5. diangkat dan dihidangkan. taburkan daun bawang dan boley dimakan dgn timun.


simply the best!




Tuesday, 10 April 2012

LEMPENG PEKAK

dari CerokDaporNekpp
LEMPANG PEKAK

ASSALAMUALAIKUM.. malam yg dingin! hee.. sejuk! SIMPLE & EASY dari CerokDaporNekp.. dgn alasan.. nekp lom boley FULL SWING utk berkuntau kat dapor! almaklum.. nak BAIK PULIH TENAGA! ahakss.. DINNER nekp.. LEMPENG PEKAK! haha.. ini bukan nek p bagi nama arr... sape lagi kalu tak CHEF TEROHOR iteww yg sungguh keretip kannn... CHE MAT kita... nama x geleme TETAPI RASANYA... MABELESSS!!

Mohon HALAL yer CMG! sila SEKODENG kat SINI dan Nekp CNP jerk yea... mekasih CMG!

bahan2nya ;)
  • 2 cawan tepong gandum
  • 1/2 camca teh baking powder
  • 2 cawan air (atau secukupnya)
  • garam secukup rasa
  • SOS pencecah kegemaran ANDA atau KUAH KARI, KUAH GULAI, SAMBAL TUMIS DLL

cara2nya;)
  1. satukan tepong + baking powder dlm bekas, kacau rata dgn whisk, tuang air secukupnya hingga mendapat adunan yg tidak terlalu cair atau pekat.
  2. tambah garam secukup rasa dan kacau hingga rata. ketepikan.
  3. panaskan NON-STICK PAN (CMG guna saiz 10 inci) dgn sedikit minyak, kemudian letak sesenduk penuh bancuhan adunan tadi (anggaran 1/2 cawan) ratakan dan masak dgn api sederhana hingga permukaan lempeng pucat.
  4. kalau nak nampak garing, anda sapukan sedikit minyak atas lempeng tadi sebelum diterbalikkkan,
  5. masak hingga perang, angkat.
  6. buat kaedah sama dgn baki adunan sehingga habis.
  7. Hidangkan bersama sos kegemaran atau kuah gulai yg anda suka utk sarapan atau minum petang JUGA hehe nekpp tambah.. MAKAN MALAM! SESUAI BANGET UTK ORG YG BERDIET. ahakss..

GULAI KAWAH



simply the best!









JEMPUT-JEMPUT KENTANG

dari CerokDaporNekpp
JEMPUT-JEMPUT KENTANG


ALHAMDULILLAHHH... dpt hupdate blog! ahakss.. Nekp baru RECOVER dari demam! sakit tulang belakang! almaklum... badan dah uzur! 1st berasap dari CerokDaporNekp JEMPUT2 KENTANG.. ada setengah org panggil CEKODOK tapi NEKP dah biasa panggil JEMPUT2.. THE VERY SIMPLE DINNER LAST NITE! hehe NOT BEKFEST! DINNER!! and HEALTHY! hehe


bahan2 ;)
  • 3 cawan tepong gandum
  • 3 tbspn udang geragau ATAU ikan bilis ditumbuk kasar
  • 1 biji bawang besar merah didadu
  • 3 tangkai cili merah dihiris2
  • seikat kucai dipotong 1 inci
  • 1 biji telor
  • kuib ikan bilis
  • 1 biji kentang USA BERSAIZ BESAR *didadu
  • perasa secukup rasa
  • 1 mangkuk air

cara2nya ;)
  1. sediakan sebekas mangkuk besar
  2. masukkan tepong + kesemua bahan yg telah disediakan
  3. bulatkan tengah2 masukkan telor lalu dipukul
  4. kemudian masukkan air dikacau sekata pastikan adunan tepong tidak terlalu lembik & tidak terlalu liat. agak2.
  5. sediakan api dlm kuali. cucurkan bahan tepong. goreng hingga kekuningan. PATIKAN API KECIL.
  6. diangkat dan ditos.
  7. boley disediakan dan dicicah dgn sos.





Friday, 30 March 2012

MEE GORENG SAMPOI

dari Cerok Dapor Nekpp
MEE GORENG SAMPOI


KUDAP2AN waktu pagi... BRUNCH!! DADAY B OUTSTATION! yippie!! x yah masak!! heeee... DONT NEGETIP THINGKING!!! Nekpp x mkn HEAVY UTK 1 HARI! yg hanya tinggal MsEDY!! ELAKKAN PEMBAZIRAN!!! HEHE... Mee Goreng Sampoiii... layannn hehe... bila goreng MEE ni.. musti boh TAUGEH! bila ingat TAUGEH! ingat pada ARWAH MAK BONDA nekpp.. sbb.. nekpp x suke buang b****t taugeh!! miahahaha...



TAUGEH... sedap dimakan! crunchy!! bila pekene SOTO!! perghhhh... bila pandang TAUGEH ni MUSTI ingat pada ARWAH.. kalau arwah mak bonda dtg.. binggo!! kalau x buat SOTO atau yg perlu meggunakan TAUGEH!! pasti tidak sah!! sbb arwah mak bonda suka buat! teliti.. sungguh perihatin!! Selain dari TAUGEH... IKAN BILIS!! ITULAH ANAK MAK!! sambil selam minum air! sambil arwah menyiang ikan bilis sambil berBORAK BOREK dgn anak mak yg mcm nenek nii hehe.. RINDU MAK!! AL FATIHAH..........................






Wednesday, 14 December 2011

SAUSAGE ROLL

dari Cerok Dapor Nekpp
SAUSAGE ROLL

Salam bloggers! kudap2an dari cerok dapor nekpp... sausage roll.. sampoi & simple! sesuai banget utk dibawa bekal utk anak2 ke sekolah! zasssss bahan2nya hokeyyyy ;))


bahan2 ;)
  • sausage direbus & ditos kemudian ketepikan
  • roti sandwich dicanai hingga nipis
  • 1 tbspn tepung gandum + air utk dijadikan paste utk disapu pada roti

cara2nya ;
  1. letakkan sausage yg telah direbus ditengah2 roti yg telah dicanai.
  2. digulung lalu disapukan paste tepung supaya melekat. buat sehingga habis.
  3. sediakan minyak panas utk menggoreng. goreng sehingga keperang2an.
  4. sausage roll boley dicicah dgn sos.


simply the best!!





Saturday, 3 December 2011

KARIPAP TUN TELANI

dari CerokDaporNekpp
KARIPAP TUN TELANI


Salam Sabtu ceria sahabat2.. moga ceria selalu....... sila jamu karipap berintikan DAGING KENTANG nekpp.. kikiki.. resepi DOH Nekpp sekodeng dari dapor Kak Ummie nuu di Kuantan! sumber dari sahabat baru blogger kita nuuu di Bintulu.. Tun Telani... mmg sedapppp!!! mekasih byk2 utk puan2 berdua yaa mohon halal!!.... resepi boley klik di sini > HomeSweetHome dan Tun Telani ;) jomm zass resepinyaaaaaaaaaaaa...


bahan2 DOH ;)
  • 4 cwn tepong gandum
  • 2 tbspn margarine @ mentega (nekpp guna mentega)
  • 1/2 cwn minyak jagung
  • 3/4 cwn air
  • 1/2 tspn garam (nekpp x guna sbb guna salted butter)

cara2nya
  1. panaskan butter + minyak hingga butter cair (x mendidih pon xpe) ketepikan.
  2. dlm bekas lain masukkan tepong; bulatkan tengah2 tepong curahkan butter yg telah dicairkan dgn menggunakan garfu (kalau x jari masak! hihi ni nekpp tambah... takut jari melecur ;)
  3. bila adunan sejuk curahkan air + garam dan kemudian diuli dlm 15 minit hingga nampak doh lembut & berminyak. Inti boley ikut citarasa masing2..


simply d best!!!


note;)
INTI karipap boley dipelbagaikan..




Saturday, 26 November 2011

ROTI JALA NEKPP STYLE ;)

dari CerokDaporNekpp
ROTI JALA NEKPP STYLE

salam sabtu SAHABAT2 BLOGGER! ... ahakss bunyinyaaaa..... kiranya roti jala omputeh style laa... sabtu yg sungguh ceria! alhamdulillahhh... sang suria memancarkan sinarnya!! dpt jugak nekpp mengUPDATE cerok dapor nekpp nii....

simple menu! sampoiii...... sebenarnya menu asal nak buat roti jala! tapi memandangkan nekpp cuti2 seberang...terlupa nak bawak 'harta karun' nekpp itew.. so... pikir punya pikirrr.. 'BINGGO'!!! jadilah roti jala nekpp style!! kahkahkah... layannn... resepi mcm buat pancake biasa tu cuma nekpp olah dikit sbb nak makann dgn kari!! x terlalu berlemak dan bila makan tak muak! jom zasss resepinyaaaa ;)


bahan2
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 biji telor
  • 1 cwn tepong naik sendiri
  • 1 tspn baking powder
  • 1 cwn fresh milk (low fat)
  • secubit garam

cara2nya
  1. campurkan bahan masukkan dlm belender; blend sebati
  2. biarkan adunan selama 10 minit
  3. panaskan kuali non stick!
  4. tuangkan sesudu adunan ke dlm kuali yg telah panas
  5. bila permukaannya dah berbuih (berlubang2) terbalikkan
  6. biarkan seketika dan kemudian boley diangkat!
  7. Hidangkan dgn kari! mabelessssss ;))

roti jala omputeh...kikiki



simply the best!!




BUTTER PANCAKE

dari CerokDaporNekpp ;)
PANCAKE

Asalamualaikum semuaa... waduhhh bz banget nenek..harap2 kalian semuanya sihat yaa.. nenek x mo cita panjang2..kita zassss resepii...nekpp sekodeng kat rumah sifu tersohor tuu!! sape lagii....Kak Ummi Z yg cun melecun tuu... sila cilik sini yaaaa HomeSweetHome ..... mekasih kak!!! ;)


bahan2
  • 3 sudu besar butter dicairkan
  • 1 biji telor
  • 1 cwn tepong naik sendiri
  • 1 tspn baking powder
  • 1 tbspn gula
  • 1 cwn susu segar
  • 1 tbspn jus lemon **optional
  • secubit garam

cara2nya
  1. campurkan bahan masukkan dlm belender; blend sebati
  2. biarkan adunan selama 10 minit
  3. panaskan kuali non stick!
  4. tuangkan sesudu adunan ke dlm kuali yg telah panas
  5. bila permukaannya dah berbuih (berlubang2) terbalikkan
  6. biarkan seketika dan kemudian boley diangkat!
  7. Hidangkan dgn maple syrup & jem kegemaran anda ;)

simply the best!!




Wednesday, 9 November 2011

POPIA ISI KETAM

dari CerokDaporNekpp
POPIA ISI KETAM


bahan2 ;)
  • isi ketam 'stick' ready made
  • kulit popia kecil
  • 1 tbspn tepung dicampor air dijadikkan paste
  • minyak utk mengoreng

cara2nya ;)
  1. letakkan 'stick' isi ketam di atas kulit popia lalu digulung dan disapu 'paste' tepong supaya melekat. buat sehingga habis.
  2. panaskan minyak masak. goreng dgn api yg kecil. goreng sehingga keperang2an.
  3. diangkat lalu ditos.
  4. selamat mencuba! simply d best!!

simply d best!





Tuesday, 25 October 2011

ROTI JALA & THE GANG

dari Cerok Dapor Nekpp
ROTI JALA
dan
KARI AYAM hehe..


yaa itu diaaa... siaran tanpa henti dari cerok dapor nekpp...ahaksss... betapa 1 purnama.. bersiaran 1 HARI... the end! kahkahkah.. bz arr... tahap gaban tau!! rindu banget sama kamu semua!! resepi roti jala ni nekpp sekodeng.... di mana lagii kalau bukan di rumah sifu tersohor itew Kak Zai... mohon halal n terima kasih banyak2.. jom zass resepinya....


bahan2nya ;)
  • 1 1/2 cawan air
  • 1 1/2 cawan fresh milk
  • 600 gm tepong gandum
  • 2 biji telor
  • 3-4 tbspn minyak masak
  • 1 tspn garam
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 helai daun pandan utk direnjis dlm kuali

cara2nya
  1. Nekpp blend semua bahan kemudian ditapis.
  2. perap 1 jam sebelum menjala ;)
  3. panaskan kuali; renjis2 dgn daun pandan
  4. selamat mencuba ;)


KARI AYAM




SIMPLY THE BEST!!





MINI MURTABAK DAGING

dari Cerok Dapor Nekpp
MINI MURTABAK DAGING


aaaahaaa....taraaaa...tadi kita buat inti hihi..skang kita buat mini murtabak laa pulak yaaa... tersangatlah mudah nak siapkan.. bila dah buat banyak2 boleh difrozen.. kije mudahkan! kalau ada tetamu yg dtg terjah.. dont gusar2.... MINI MURTABAK ready to serve!!!! .. jom zassssss ;))


bahan2
  • 1 peket atau lebih kulit popia yg sedang atau yg kecil
  • inti daging
  • 1 tbspn tepong gandum dicampor air dijadikan paste utk lekatkan kulit popia
  • 1 atau lebih biji telur dipukul sebati letak tepi


cara2nya
  1. letak inti daging ditengah2 kulit popia. dilipat kiri dan kanan. disapu dgn tepong gandum paste tadi supaya melakat.
  2. sebelum digoreng masukkan mini popia tadi atau direndam dlm telor sebelum digoreng! hihi.. senangkan nak paham..kemudia barulah digoreng dgn minyak yg sedikit dan api yg kecil! selamat mencuba!!

SIMPLY THE BEST!!!





DAGING KENTANG

dari Cerok Dapor Nekpp
DAGING KENTANG


hehe aper nak cakap masak daging ni ekh.. daging kentang..ok la kann..ini adalah inti utk mini mertabak homeMade by nekpp ahakss... zass resepi kkkk...


bahan2nya
  • 1 tray daging cincang
  • 5 biji kentang sedang dipotong dadu
  • 1 atau 2 biji bawang besar merah
  • 1 tspn rempah kari *jika suka ~
  • serbuk lada sulah
  • garam perasa secukup rasa

cara2nya
  1. tumis bawang hingga bau wangi masukkan daging cincang digaul sebati.
  2. masukkan kentang. masak hingga empuk. guna api yg kecil.
  3. masukkan rempah kari atau rempah sup serbuk..salah satu..just utk ada rasa2 buah gitu..ahakss..kemudian masukkan garam perasa secukup rasa.
  4. diangkat dan ditos supaya minyak turun.
  5. barulah proses membuat mini mertabak bermula!! ;)



SAMOSA TUNA

dari Cerok Dapor Nekpp
SAMOSA TUNA


bahan2nya
  • 1 buku roti sandwich (dibuang tepi kalau ada yg keras tu)
  • 1 tin tuna
  • 1 tspn serbuk lada sulah
  • 1 tbspn tepong gandum dicampor dgn air gaul sebati *utk lekatkan roti
  • sedikit garam & bahan perasa


cara2nya
  1. canai roti hingga nipis
  2. tuna dilenyek2 lalu dicamporkan kesemua bahan.
  3. letakkan isi tuna ditengah2 roti kemudian dilipat 3 lalu disapu pati tepong gandum supaya melekat dan tidak terbuka bila digoreng. kemudian ditekan2 ujung roti dengan garfu.
  4. digoreng dgn api yg perlahan sehingga perang.



Monday, 3 October 2011

CRAB STICK ROLL

dari CerokDaporNekpp
CRAB STICK ROLL


kudapan2 yg sampoi aje..zass resepi yaaa ;))

bahan2
  • 1 buku roti dibuang tepi dan dicanai nipis2
  • sedikit air dicampor dgn tepong gandum digaul rata *utk lekatkan roti
  • crab stick direbus *jgn sampai lembik ~ ditos
  • minyak utk menumis

cara2nya
  1. canai roti hingga nipis.
  2. letakkan crab stick di permukaan roti. digulung dan disapukan air yg sudah dicamporkan dgn tepong gandum tadi.
  3. digoreng hingga ke perang2an.


simply d best!!




Sunday, 21 August 2011

CHEEZY SAUSAGE ROLL

dari CerokDaporNekpp ;)
CHEEZY SAUSAGE ROLL


monggo mampir!! kikiki kita zasss resepiii....

bahan2
  • roti sardine digiling nipis2
  • cheezy sausage koktail (direbus dan ditos)
  • 1 tbspn tepong dicampor air utk dijadikan paste

cara2nya
  1. letakkan cheezy sausage koktail yg telah direbus tadi di atas permukaan roti yg sudah digiling nipis; kemudian hujungnya disapukan dgn 'paste' tadi supaya roti melekat.
  2. digoreng hingga kekuning2. diangkat dan ditos.
  3. selamat mencuba! ;)

simply the best!!




Saturday, 13 August 2011

~ KACANG POOL

dari Cerok Dapor NekPP
KACANG POOL


bahan2nya
  • 1 biji bawang putih diracik dadu
  • 1 biji lada merah dikisar atau 1 tbspn lada cili merah ** NEKPP GUNA CAPSICUM HIJAU didadu
  • 1 biji tomato didadu
  • 1 - 2 tbspn tomato sos
  • 2 cawan daging kisar
  • 1 tspn jintan manis *ditumbuk halus
  • 1 tspn jintan putih *ditumbuk halus
  • 1 tin kacang pool (baked been)
  • minyak utk menumis
  • garam/perasa secukup rasa
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1 biji lada merah dihiris
  • telor goreng mata kerbau **(nekpp x letak)
  • limau kasturi ** optional ni pon nekpp x letak..lupa! ;)

cara2nya
  • Panaskan minyak. tumis bawang putih+cili kisar. tumis hingga naik bau.
  • Masukkan daging kisar gaul sebati. biarkan hingga daging masak.
  • Masukkan sos tomato+jintan manis/putih digaul rata dan kemudian masukkan kacang pool.
  • Akhir sekali masukkan tomato yg didadu+hirisan bawang besar+hirisan lada merah; gaul sebati. ** boley juga perahkan limau kasturi! (ikut suka)
  • Goreng telor mata kerbau.
  • Kacang Pool boley dimakan dgn roti prancis/roti/lempeng etc.
  • Hiaskan dgn telor goreng mata kerbau.


simply the best!!
sesuai utk org2 yg berDIET.....mcm......ME! ahakss..
anggaran utk 4 org makan!




~ RAMADAN MUBARAK ~