Showing posts with label Spaghetti. Show all posts
Showing posts with label Spaghetti. Show all posts

Friday, 19 August 2011

SPAGHETTI CHICKEN BALL

dari Cerok Dapor Nekpp
SPAGHETTI CHICKEN BALL


Alhamdulillahhh hampir di penghujung ramadan... layan gambar dulu yaa... ~ RALAT ~



~ RAMADAN KAREEM ~





Tuesday, 2 August 2011

FUSILLI BERBOLA DAGING

dari Cerok Dapor Nekpp
FUSILLI BERBOLA DAGING


Alhamdulillah... ~ Iftar 2!
hola!! Italian Cuisine gitew dari cerok dapor nekpp..ahakss..
the very simple menu..
zass resepi hokeyyy ;))


bahan2nya
  • 1 peket bebola daging
  • 1 tray daging cincang
  • 3 biji bawang besar merah dipotong dadu
  • 1 tin tomato paste
  • 1 tbspn oregano
  • 5 helai bay leave
  • 1 tin cendawan butang dihiris nipis
  • 1 cawan mix veges
  • 2 biji tomato dipotong dadu
  • bahan perasa secukup rasa
  • pramasen cheese utk ditabor atas pasta

cara2nya
  1. tumis bawang hingga naik bau. masukkan daging cincang digaul rata.
  2. masukkan tomato paste gaul sebati.
  3. bila sudah mendidih, masukkan mix veges+cendawan+oregano+tomato+bay leave+perasa secukup rasa
  4. sekiranya kuah pekat.. tambahkan air. sukatan 1 tin air (tin tomato paste).
  5. masukkan bebeloa daging.


~ Fusilli

cara2nya
  1. rebus air masukkan ~ 2 tbspn minyak atau butter + 1 tspn garam
  2. bila air mendidih masukkan fusilli gaul sebati. masak hingga kembang.


~ RAMADAN MUBARAK ~



Friday, 27 August 2010

MACARONI GORENG

dari cerok dapor NekPP ;))
MACARONI GORENG

juga simple menu for Iftar 15
layan gambar.. resepi zass kemudian yerkk! ahakss ;))


RAMADAN KAREEM




Thursday, 26 August 2010

SpAGhEtTi BoLoGNeSe

dari cerok dapor NekPP ;))
SPAGHETTI BOLOGNESE

juga d very simple menu for IFTAR 13..n3 terkucil geks nihh!!
waktu2 sekolah nie time nekpp ciput aje! masa cemburu pada saya! ahakss
ikut sesempat nekpp lorr..sori erkk ;))
resepi sila zasss di S.I.N.I.


RAMADAN KAREEM

Friday, 29 May 2009

SPAGHETTI BOLOGNESE

phiewwww sesi masak memasak ari niii tanpa hentiii
jam kat gambor tu menunjukkan yg nekpp masak seawal
5 pagi!
tak cukup kaki tangan tawww
maner nak layan suami..anak2..
libor2 diri pon nak jugekk ekeke
lagii dari cerok dapor nekpp
SpAGhEtTi BoLoGNeSe
resepi nie dari jiran nekpp yg bekerja di awan biru
masa nekpp bermastautin di Bdr Sri Dsara
mari kita zasss resepinya yeeee ;p

bahan2
  • 1 kotak spaghetti direbus dgn 2/3 tbspn butter+sedikit garam
  • daging cincang
  • 2 biji bawang besar dipotong dadu kecil2
  • 2/3 biji tomato dipotong dadu kecil2
  • 1 tin cendawan bulat yg sudah dihiris halus
  • mix vages
  • 1 kotak besar tomato paste
  • 1/2 kotak air *sukat ikut size kotak tomato
  • daun basil
  • oregano
  • pramesan cheese utk ditabor
  • olive oil atau miyak msak
  • garam secukup rasa
  • gula
  • perasa jika suka
cara2nya
  1. tumis bawang sehingga wangi
  2. masukkan daging cincang digaul hingga hancur supaya daging tu mesra
  3. bila daging sudah masak masukkan tomato paste+air kacau hingga sebati; biarkan kuah menjadik pekat
  4. masukkan tomato+cendawan butang+mix vages+oregano+basil digaul rata biarkan sehingga bahan2 masak; guna api kecil yaaaaaaaaaaa
  5. bila sudah masak boley lah dihidang bersama2 spaghetti dan taborkan pramesan cheeseeeeeeeeeee di atasnyaaa...yumyummmmm ;)
note: biasanya kuah spaghetti nie nekpp buat sendiri; nekpp kurang gemar menggunakan sos spaghetti yg sedia ada tuu..makanyaa ikut selera masing2 yeeeee ;p

sayyyyyyyyyyyy cheeeeeeeeeeeeeeseee ;p

Friday, 24 April 2009

LAKSA JOHOR

yayyy...akhirnya baru boley zasss n3 Laksa Johor nihh.. buat2 bz gitewww... ahaksss.. menu utama ari Jumat dari cerok dapor nekPP.. mmm yg x syiokk tu sambal belacan ada sikit x meriah warnanya.. Daddy B kata cili api warna merah dah abis!! yg tinggal cili dari india separuh merah separuh hijauu...bantaii laaa labuu janji sambal belacan ada! wahaha.. kalau tak... x dek umphhh... kita zasss resepi Laksa Johor yaaa

bahan2nya
  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia
  • belacan
  • ketumbar
  • jintan manis
  • ikan kurau masin * dibakar
  • dibelender kesemua bahan
  • serai dititik
  • lengkuas dititik
  • 4 sekawan *cengkih*pelaga*kayu manis*bunga lawang
  • rempah kari ikan atau rempah laksa ada dijual di pasar
  • asam keping
  • kerisik * ikut suka xnak pun xper sbb dah ada santan tapi kalau letak lagi umph!
  • santan
  • garam
  • gula
  • bahan perasa ikut suka
  • spaggetti direbus letak minyak sikit supaya tidak melekat; ditos
  • udang geragau @ udang kecik2 fresh *biasanya nekpp guna udang kering aje!
  • ikan kembung atau ikan parang ikut suka *direbus lalu diasingkan isinya; dibelender dgn air ikan yg direbus *tulang ikan dibelender lalu ditapis ambil airnya
pemanisnya..ahaks
  • timun dihiris halus bulat2 * buang isi dalam yaa
  • bawang besar dihiris halus pun bulat2
  • daun kesum atau daun selasih
  • lobak masin
  • nenas dihiris halus
  • taugeh dicelur xnak pon xmengapa
  • limau kasturi atau nipis ikut suka dibelah 4
**sambal belacan

cara2nya
  1. tumis bahan2 yg dibelender sehingga naik bau.
  2. masukkan serai yg dititik+lengkuas+asam keping kemudian rempah kari ikan
  3. masukkan isi ikan dan air tulang ikan yg telah ditapis tadi
  4. masukkan kerisik digaul sebati kemudian masukkan santan biarkan mendidih; peringatan masak menggunakan api yg sederhana
  5. boley dihidangkan bersama2 dgn pemanis2 yg kat atass tuuu..juga sambal belacan!
  6. S.E.L.A.M.A.T. M.E.N.C.U.B.A.