Thursday 12 April 2012

MEE SIAM GORENG

dari CerokDaporNekpp
MEE SIAM GORENG

SALAM RABU YG DINGIN! BACK TO WORK! hehe.. bunyi pelik??? MEE SIAM?? rasanya HANYA ORG JOHOR sahaja yg panggil MEE SIAM aka MEE HOON. MEE SIAM GORENG ASLI... utk JOHOREAN sudah semustinya tahu resepi ASAL ASLI mee siam ni. tersanglah mudah! jomm zass resepi ;))


bahan2 ;)
  • 1 bungkus mee siam aka mee hoon *direndam hingga kembang & ditos
  • 10 tangkai cili kiring *digunting direbus ditos
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • 3 tbspn udang kering *direndam dicuci ditos
  • 3 tbspn taucu *jika suka
  • 1 mangkok taugeh dibuang ekor
  • 1 mangkok udang basah *dibuang kepala/kulit hingga separuh badan
  • daun sup/daun bawang *dihiris2 utk ditabur
  • bawang goreng *utk ditabur
  • 1 biji limau kasturi *dibelah 2 buang bijinya
  • perasa secukup rasa

cara2nya ;)
  1. belender kesemua bahan2. atau kalau rajin GILING! hehe
  2. tumis kesemua bahan hingga naik bau. guna api kecil.
  3. kemudian masukkan udang; digaul rata; biarkan seketika. ** masukkan TAUCU jika suka
  4. masukkan MEE SIAM; gaul sebati kemudian masukkan taugeh; digaul rata.
  5. diangkat dan dihidangkan. taburkan daun bawang/sup/bawang goreng JUGA limau kasturi. NOTA: boleh juga dimakan dgn CILI JERUK! yummy!!


simply the best!




AIR BATU JAGUNG


Senonim dgn panggilan AIS KRIM MALAYSIA. tapi... nekpp masa zaman kanak2 riang panggil AIR BATU MALAYSIA atau ikut pada FLAVOUR aper yg dibuat contohnya AIR BATU JAGUNG atau AIR BATU SIRAP BANDONG hehe.. HARGA... sekitar SEPOSEN! 10 sen.. yg ni nekp buat AIR BATU JAGUNG. penangan MsEdy! layannnn... jom zasss bahan2 ;)

bahan2 ;)
  • 1 tin jagung krim
  • 1 tin susu pekat manis yg kecil *IKUT TAHAP KEMANISAN JIKA PERLU DIKURANGKAN
  • 1/2 cawan kordial jagung
  • 1 tin air (sukat guna tin jagung)
  • gula *jika perlu; kalu dah terlalu manis x payah letak
  • sarung atau plastik air batu malaysia
  • sehelai daun pandang disimpul

cara2nya
  1. satukan SUSU + JAGUNG KRIM + KORDIAL JAGUNG + 2 tin air (ditambah jika perlu) + simpulan daun pandan
  2. masak dgn api kecil. sentiasa dikacau supaya tidak hangit di dasar adunan.
  3. pastikan TIDAK TERLAU CAIR DAN TIDAK TERLALU PEKAT! DAN TIDAK TERLALU MANIS! ;))
  4. bila dah reneh diangkat dan disejukkan. letak tepi.
  5. boley diisi ke dalam SARUNG PLASTIK AIR BATU MALAYSIA. disimpul dan diikat kuat supaya padat.
  6. disimpan dlm FREEZER!
  7. boleh dimakan bila sudah BEKU! hehe..




simply the best!!!




Wednesday 11 April 2012

NASI GORENG KENTANG

dari CerokDaporNekpp
NASI GORENG KENTANG


ASSALAMUALAIKUM BLOGGERS! yehaaa... cuti 1 hari! hehe.. cuti sempena PERTABALAN AGUNG YG KE 14. Dgn cuaca yg tidak menantu.. cuaca nekp pon x menentu ahakss.. al maklum tengah pulih semangat! sangatttt kan! hehe.. SIMPLE & EASY! tapi MENGENYANGKAN! Alhamdulillahhh...

bahan2 ;)
  • 3 mangkuk nasi putih
  • 3 tangkai cili hijau + 3 tangkai cili padi
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawag merah
  • 3 tbspn ikan bilis
  • 1 kiub ikan bilis
  • 1 biji kentang dipotong dadu
  • 1 biji telor
  • daun bawang utk ditabur
  • 1 biji timun dihiris2
  • perasa secukup rasa

cara2nya;)
  1. belender atau tumbuk kesemua bahan
  2. panaskan kuali. tumis bahan2 sehingga naik bau + masukkan kentang dikacau rata biarkan sehingga kentang empuk. guna api kecil.
  3. kemudian masukan telor. biarkan seketika kemudian digaul rata. pastikan telor tidak terlalu hancur.
  4. msukkan nasi digaul rata
  5. diangkat dan dihidangkan. taburkan daun bawang dan boley dimakan dgn timun.


simply the best!




Tuesday 10 April 2012

LEMPENG PEKAK

dari CerokDaporNekpp
LEMPANG PEKAK

ASSALAMUALAIKUM.. malam yg dingin! hee.. sejuk! SIMPLE & EASY dari CerokDaporNekp.. dgn alasan.. nekp lom boley FULL SWING utk berkuntau kat dapor! almaklum.. nak BAIK PULIH TENAGA! ahakss.. DINNER nekp.. LEMPENG PEKAK! haha.. ini bukan nek p bagi nama arr... sape lagi kalu tak CHEF TEROHOR iteww yg sungguh keretip kannn... CHE MAT kita... nama x geleme TETAPI RASANYA... MABELESSS!!

Mohon HALAL yer CMG! sila SEKODENG kat SINI dan Nekp CNP jerk yea... mekasih CMG!

bahan2nya ;)
  • 2 cawan tepong gandum
  • 1/2 camca teh baking powder
  • 2 cawan air (atau secukupnya)
  • garam secukup rasa
  • SOS pencecah kegemaran ANDA atau KUAH KARI, KUAH GULAI, SAMBAL TUMIS DLL

cara2nya;)
  1. satukan tepong + baking powder dlm bekas, kacau rata dgn whisk, tuang air secukupnya hingga mendapat adunan yg tidak terlalu cair atau pekat.
  2. tambah garam secukup rasa dan kacau hingga rata. ketepikan.
  3. panaskan NON-STICK PAN (CMG guna saiz 10 inci) dgn sedikit minyak, kemudian letak sesenduk penuh bancuhan adunan tadi (anggaran 1/2 cawan) ratakan dan masak dgn api sederhana hingga permukaan lempeng pucat.
  4. kalau nak nampak garing, anda sapukan sedikit minyak atas lempeng tadi sebelum diterbalikkkan,
  5. masak hingga perang, angkat.
  6. buat kaedah sama dgn baki adunan sehingga habis.
  7. Hidangkan bersama sos kegemaran atau kuah gulai yg anda suka utk sarapan atau minum petang JUGA hehe nekpp tambah.. MAKAN MALAM! SESUAI BANGET UTK ORG YG BERDIET. ahakss..

GULAI KAWAH



simply the best!









JEMPUT-JEMPUT KENTANG

dari CerokDaporNekpp
JEMPUT-JEMPUT KENTANG


ALHAMDULILLAHHH... dpt hupdate blog! ahakss.. Nekp baru RECOVER dari demam! sakit tulang belakang! almaklum... badan dah uzur! 1st berasap dari CerokDaporNekp JEMPUT2 KENTANG.. ada setengah org panggil CEKODOK tapi NEKP dah biasa panggil JEMPUT2.. THE VERY SIMPLE DINNER LAST NITE! hehe NOT BEKFEST! DINNER!! and HEALTHY! hehe


bahan2 ;)
  • 3 cawan tepong gandum
  • 3 tbspn udang geragau ATAU ikan bilis ditumbuk kasar
  • 1 biji bawang besar merah didadu
  • 3 tangkai cili merah dihiris2
  • seikat kucai dipotong 1 inci
  • 1 biji telor
  • kuib ikan bilis
  • 1 biji kentang USA BERSAIZ BESAR *didadu
  • perasa secukup rasa
  • 1 mangkuk air

cara2nya ;)
  1. sediakan sebekas mangkuk besar
  2. masukkan tepong + kesemua bahan yg telah disediakan
  3. bulatkan tengah2 masukkan telor lalu dipukul
  4. kemudian masukkan air dikacau sekata pastikan adunan tepong tidak terlalu lembik & tidak terlalu liat. agak2.
  5. sediakan api dlm kuali. cucurkan bahan tepong. goreng hingga kekuningan. PATIKAN API KECIL.
  6. diangkat dan ditos.
  7. boley disediakan dan dicicah dgn sos.