Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts
Showing posts with label Kuih Muih. Show all posts

Monday, 6 August 2012

APAM NASI BERSODA

APAM NASI BERSODA


ERMMMMMM....sodap tau!! nekp rasa dlm bulan Ramadhan ni dah berapa kali dok buat apam nasi nih! sbb RASA SAYANG NAK BUANG NASI! nak bagi itik...itik x ada..ada itik batu jeQ! heh3.. ayam?? pon x ada!! so NASI tu dipelbagaikan...kalu x jadik apam...jadik LEMPENG! atauu JEMPUT2 NASI! ZASS resepi hokeyyyy ;))


bahan2 ;)

erkkkkk BREAK JAP!! heh3... SORRY!! WILL BE BACK!!



RAMADHAN KAREEM!






Saturday, 4 August 2012

APAM NASI

dari CerokDapor Nekp ;)
APAM NASI

.. KUDAP-KUDAPAN day 2 IFTAR! alhamdulillahhh... APAM NASI ni apam org dulu2.. Daddy B ckp masa dia kecik2..selalu tolong jiran dia... MAKCIK MARIAM! dah arwah dah.. alFatihah utk beliau...

RESEPI nnti dulu yea! nekpp uplod gambor jeQ dulu! insyAllahhh nnti tepek! heh3.. AMPUN!!


dicicah dgn kelapa muda! ;)


dikukus dlm acuan! ;))



RAMADHAN KAREEM!





Saturday, 3 December 2011

KARIPAP TUN TELANI

dari CerokDaporNekpp
KARIPAP TUN TELANI


Salam Sabtu ceria sahabat2.. moga ceria selalu....... sila jamu karipap berintikan DAGING KENTANG nekpp.. kikiki.. resepi DOH Nekpp sekodeng dari dapor Kak Ummie nuu di Kuantan! sumber dari sahabat baru blogger kita nuuu di Bintulu.. Tun Telani... mmg sedapppp!!! mekasih byk2 utk puan2 berdua yaa mohon halal!!.... resepi boley klik di sini > HomeSweetHome dan Tun Telani ;) jomm zass resepinyaaaaaaaaaaaa...


bahan2 DOH ;)
  • 4 cwn tepong gandum
  • 2 tbspn margarine @ mentega (nekpp guna mentega)
  • 1/2 cwn minyak jagung
  • 3/4 cwn air
  • 1/2 tspn garam (nekpp x guna sbb guna salted butter)

cara2nya
  1. panaskan butter + minyak hingga butter cair (x mendidih pon xpe) ketepikan.
  2. dlm bekas lain masukkan tepong; bulatkan tengah2 tepong curahkan butter yg telah dicairkan dgn menggunakan garfu (kalau x jari masak! hihi ni nekpp tambah... takut jari melecur ;)
  3. bila adunan sejuk curahkan air + garam dan kemudian diuli dlm 15 minit hingga nampak doh lembut & berminyak. Inti boley ikut citarasa masing2..


simply d best!!!


note;)
INTI karipap boley dipelbagaikan..




Wednesday, 27 January 2010

KUIH BAKAR HIJAU


dari cerok dapor Nekpp ;))
KUIH BAKAR HIJAU

N3 yg terlewat jugak nihh.. kebanyakkan kuih muih dari cerok dapor nekpp nie adalah utk hidangan minuman petang ketika saudara mara; sahabat handai datang bertandang di rumah nekpp..

resepi sila zassss di S.I.N.I.


ermm nekpp rasa teruja bila tengok hasilnya!!

Sunday, 6 September 2009

ONDEH ONDEH

dari cerok dapor nekpp
ONDEH ONDEH
atau
BUAH MELAKA
ondeh2 yg asal dari zaman nenek moyang kita
penyediaan yg terrramatlah mudahnya dan cepat! ahaks
ada assistant daaa...ms EdY..
tolong abaikan photo snap..
haiyooo tangan gigil2 la pulokss ahaks
zass resepiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii okeiyyyyy ;))

bahan2
  • 2 cawan tepong pulut
  • jus pandan secukupnya ** nekpp guna pati pandan brand NONA
  • gula melaka dihiris2 utk dijadikan inti
  • sedikit garam
  • parutan kelapa putih sahaja (gaulkan dgn garam)
cara2nya
  1. campurkan tepong pulut + jus/pati pandan; gaul sebati
  2. bulat2kan dan isikan gula melaka
  3. rebus di dalam peruk tunggu sehingga buah melaka itu timbul; maknanya sudah masak daaa...hehe
  4. diangkat lalu ditoskan
  5. digaul dlm kelapa parut putih yg sudah digaul garam

EID MUBARAK!


Friday, 28 August 2009

BAKAR ROTI KURMA

salam semua cucu2 nenekkkk ;)
Ramadhan yg ke 7.. Alhamdulilahhh
n3 dah awal2 prepare just b4 12 midnite! ekeke..
phiewww kejor time maa takut terkucil lagii ahaks..
dari cerok dapor nekpp

BAKAR ROTI berKURMA
resepinya sama cuma nekpp tukaq raisin ker KURMA!

soooo boley zass resepinya di S.I.N.I

EID MUBARAK!

TEPUNG PELITA

Alhamdulillah dah masuk hari yg ke5 kita berpuasa
tidak utk nekpp!! hari ni adalah hari yg pertama! ahaks..
baru nyambut puasa sayaa...alhamdulilahhh..
upsss time out! dah pukul 12 lebih tarikh pon dah tukaq..
bantai ajelah labuuuu...

dari cerok dapor nekpp
TEPUNG PELITA ataupon KUIH TAKO

sambil mengoreng mee; godak2 tepong pelita.. hehe tak sempat utk dihidangkan sebagai pencuci mulut.. masa ciput! tup tup azan dah berkumandang.. alaaahaiii.. tulerrr asyik poye2 ajeeee ahakssss.... nie kiranya sesi percubaan! buat pon tak byk.. cuba test ujikaji giteww hehe.. hasilnya ayuuuu ahaks.. tak sempat nak nunggu sahur.. dah selamattt... hehe..

oitt orang sebelah! maap ler.. malm buta baru menjadikk.. lain kali yerkk.. ekeke..
hehe mcm dailog cita P.Ramlee plaks..

... nekpp belom pernah buat lagii kuih tako niih... seingat nekpp; pernah buat masa dulu2.. masa muda2... nekpp takat isi dlm kotak2 pandan tu ajelahhh.. akak nekpp yg buat adunannya; nekpp assistant ajer ahaks... masa kat nun di sanun plaks.. nak buat pon daun pandan payah nak dapat.. bahan2 pon kalau tak dek stok kat umah.. wassalamm ajer lahhh.. uhuh..

nekpp cilok resepi di My Resepi @ Junjs11..sila klik di sini utk zasss resepi; tapi nekpp CNP jugak utk tepek kat siniii.. mekasih yaa.. jom zass resepinya di bawahhhh :)

Bahan2nya (8 bekas)
Lapisan bawah
  • 30gm tepung Hoen Kwee
  • 90gm gula
  • 300ml air
  • 6-8 biji sengkuang - dibersihkan dan dipotong dadu ** nekpp guna jagung tin berkrim

Lapisan atas:-

  • 270ml santan
  • 20gm gula
  • 20gm tepung beras
  • secubit garam
  • Daun pandan atau bekas2 kecil sebagai acuan

Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan untuk lapisan atas kedalam periuk. Masak atas api perlahan, kacau hingga pekat.
  2. Masukkan sengkuang, kacau rata dan masukkan kedalam acuan.
  3. Masukkan semua bahan untuk lapisan atas, kacau atas api hingga pekat dan masukkan keatas lapisan pertama.
  4. Biarkan sejuk dan hidang.
EID MUBARAK!

Wednesday, 3 June 2009

KEK KUKUS BERINTI DAGING


dari cerok dapor nekpp
kudap2an waktu pagi
KeK KuKuS BeRiNti DaGiNG
aka kek kukus cara laa gitew ahaks ;p
mohon maap dipinta.. mcm maap nak raya plaks ;p
adunan nekpp tu melekat sedikit sbb terrrlupe nak sapu butter!
heyyy lekaaa betuiii...
yg pastiiii..mmg sedap!!
terutama inti yg bercheeseee itew ;))

resepi dari sape layiii chef tershohor Chef CT
resepi asal dari Chef RinnChan
mohon dihalalkan yeee chef CT wan kembanggg
mekasih untuk puan2 chef berduaaa ;)))
nekpp CNP aje..jom kita zassssss jommm resepinya


Bahan untuk kek:
  • 3 biji telur gred B
  • 50gm gula castor (mungkin elok dikurangkan sedikit. Agak manis utk savoury cake)
  • Secubit garam
  • 100gm tepung superfine (CT guna tepung Hong Kong)
  • 1/4 tsp baking powder
  • Sedikit pewarna kuning (ni CT tambah biar nampak berseri sikit)

Cara-cara:
  1. Pukul telur, gula dan secubit garam sehingga gebu dan pekat. Guna kelajuan tinggi selama 8 minit.
  2. Ayak tepung bersama baking powder. Kaupbalikkan ke dalam adunan telur menggunakan spatula. Jangan diputar.

Bahan untuk inti daging:
  • 250gm daging kisar (Boleh juga diganti dengan ayam)
  • 1 biji bawang besar, dipotong dadu
  • 1 tsp lada putih
  • 2 tbsp cheddar cheese (Atau apa2 cheese yg boleh bagi rasa cheese.. )
  • Secubit garam
  • 1 tbsp tepung gandum
  • * Rinn tambah sedikit serbuk ketumbar dan jintan
  • * Daun sup, daun bwg dan hirisan cili merah utk hiasan

Cara-cara:
  1. Panaskan sedikit minyak utk menumis. Tumiskan bawang, masukkan lada putih dan daging. Tumis hingga daging masak dan agak garing. Masukkan cheese dan tepung. Perisakan dengan sedikit garam.
  2. Sementara itu panaskan pengukus.
  3. Sediakan acuan aluminium foil kecil. Sapukan sedikit butter. Taburkan hirisan daun sup, daun bwg dan cili merah. Bubuh inti daging dan tutup dengan adunan kek.
  4. Kukus selama 15min - 20min. Sejukkan seketika, keluarkan dari foil dan terbalikkan kek supaya intinya berada di atas. Sedia untuk dihidang.


Nota:
Sekiranya anda ingin melapis kek ini. Sila gunakan loyang 7" x 7". Lengser dengan sedikit butter. Tuang separuh dari adunan kek dan kukus selama 20 minit. Setelah masak taburkan inti daging dan tuangkan baki adunan kek. Kukus lagi selama 20 minit. Sejukkan seketika dan bolehlah dipotong seperti kek biasa.



Monday, 1 June 2009

STEAM BANANA

kudapan2 waktu petang Ahad
..n3 terkucil lahhh..time pon sudah lariii maa uhuh ;(
dari cerok dapor nekPP
STEAM BANANA CAKE
atau nama melayunya
APAM PISANG!
yg dikukus hehe..
resepi nekpp dpt dari blog Ain
si Ain plak CNP dari puan punya resepi Puan Noreen nuu di UK
sooo nekpp ponnn CNP jugeee
mohon dihalalkan yeeeeeeee ;p
mekasih utk puan2 berduaaaaa ;))



Bahan-bahan (10 biji bergantung pada size muffin cases):
  • 2 biji telur
  • 100gm gula pasir *nekpp campor brown sugar
  • 2 biji pisang masak - lecek (dapat dalam 200gm)
  • 150gm tepung naik sendiri
  • 1/8 camt soda bikarbonat
  • 75gm minyak - perasa ikut suka eg. vegetable, canola, olive

cara:

  1. ayakkan tepung bersama2 dengan soda bikarbonat dan ketepikan
  2. kemudian di dalam mixing bowl pukul gula dan telur sehingga gebu dan kembang
  3. masukkan pisang yang telah dilecek tadi dan pukul sehingga sebati
  4. setelah itu masukkan pula tepung dan minyak sambil dikacau rata
  5. tuangkan adunan ke dalam muffin cases yang telah disusunkan ke dalam muffin pan atau tin
  6. kukuskan selama 15 min atau sehingga masak dengan api yang kuat

Friday, 29 May 2009

TALAM PULUT HITAM

salam semuaa..
aduoiii mengalah cikgu plaks nekpp..ahakss bz terramatnya!
n3 pon asikkkk terkucil dikit..x on time..uhuh
dari cerok dapor nekpp
TaLaM PuLuT HiTaM

kita zasss resepi di koleksi resepi nekpp yeee...;p
sila klik di S.I.N.I.




Thursday, 7 May 2009

SERI MUKA

mintaaa perhatiannn
Puan2 semua dijemput utk minum petang di rumah nekPP
dari cerok dapor nekPP
Seri Muka Ayu & Jelitaaa..wahakss
tea tarik adaaa ;))
kopi o adaaa ;))
milo o adaaaa ;))
datang! jgan x datang!!!!!

close up
sbb nekPP teruja tgok
cun gitewww boley meniagaa ekekeke

sesudah dikukus..masih panas lagii tuhhh..
cantikk kannn...ngeeeeeee

hehe sori yerkkk..baru perasan resepi..lupaaa!!
resepi nekPP zass kat blog Abg Mat Gebu
mekasihhh ya bangggg..jasaMU TTP KU KENANG!!
Resipi asal dari "NanaSham".....MyResipi

Bahan2 utk Lapisan Bawah ;)
  • 500gm beras pulut
  • 400ml santan cair
  • 1 st garam
  • 2 sm minyak
Bahan lapisan atas:-
  • 120gm tepung gandum
  • 3 sm tepung jagung
  • 140gm gula
  • 3 biji telur
  • 450ml santan pekat
  • 1/2 st garam
  • 300ml air + 10 helai daun pandan dikisar utk dijadikan air pandan (bagi yg tak mudah nak dptkan daun pandan..boleh digantikan dgn 1 st pandan paste
cara2nya
Untuk lapisan bawah:-
  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan dan ratakan permukaan pulut tadi. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
Untuk lapisan atas:-
  1. Pukul gula bersama telur hingga kembang..sikit je pon boleh.
  2. Masokkan santan yg telah dilarutkan bersama garam. Diikuti dgn air pandan dan dipukul/dikacau lagi...
  3. Akhir sekali ayakkan tepung gandum & tepung jagung ke dlm adunan tadi. Dipukul/dikacau lagi agar tidak berbiji. Hendakla ditapis adunan ini dan siap untuk dikukus!!
  4. Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 45min atau 1jam....
  5. PERINGATAN...kuih ini hendak la betol2 sejuk barula mudah dipotong n cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!

Saturday, 2 May 2009

KUIH BAKAR

lagi minuman petang dari cerok dapor nekPP
Kuih Bakar
sumber resipi dari "joayee"
dari blog Cik Mat Gebu
mekasih yaaaa...


Bahan-bahannya:- (Guna cawan yang berisipadu 250ml)
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jus panda (kisar 5-6 helai daun pandan dgn 250ml air dan tapis)
  • 2 cawan tepung
  • 2 1/4 cawan pati santan
  • 3 biji telur gred A
  • 1/2 camca teh garam
  • 2 camca besar mentega, dicairkan
  • Sedikit pewarna hijau
  • Bijan (jika suka)

Cara membuatnya:-
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali bijan dalam satu bekas. Kacau dengan wisk hingga semua larut. Tapis adunan.
  2. Dalam acuan yg digemari, lenser sedikit mentega dan panaskan dalam oven untuk 2 - 3 minit. Oven telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C.
  3. Keluarkan acuan dan curah adunan tadi. Tabur bijan dan bakar kembali dalam oven selama 30 - 35 minit hingga masak dan permukaan kuih bakar kuning keemasan. Kuih ni sedap kalau ada sedikit kerak. Sejukkan sebelum dipotong..

Sunday, 26 April 2009

KOCI LABU

dari cerok dapor nekPP..
Koci Labu

resepinya

bahan2
  • 1 bag tepung pulut
  • 1/2 biji labu kuning kalau yg besar * 1 biji kalau yg kecil
  • garam secukup rasa
Inti
  • kelapa parut ambil putih sahaja
  • gula
  • garam
  • gula melaka ikut suka
  • daun pisang dilayukan
  • minyak masak sekiranya tidak menggunakan dadih santan
dadih santan
  • kelapa + garam dimasak sehingga pekat dgn menggunakan api kecil

cara2nya
  1. Labu dibuang kulit dan dikukus kemudian dilenyek2
  2. kemudian masukkan tepung pulut + garam lalu digaul sehingga menjadik doh dan boley dikepal2 bulat
  3. masukkan inti kelapa
  4. bila dah dibulat2kan golek2 kan dalam dadih santan atau minyak
  5. ambil daun pisang kemudian dibungkus
  6. akhir sekali dikukus dalam 15-20 minit

Saturday, 25 April 2009

BAKAR LABU

dari cerok dapor nekPP...Bakar Labu atau Bingka Labu. resepi bakar labu nie nekPP dpt dari blog Cik Mat Gebuz..mekasih ya Cik Mat dan telah pon nekPP copy and paste kat koleksi resepi nekPP; kita zass resepinya.. klik di SINI

nekPP ari nie sakit mulut xleh pot pet pot pet banyak2.. wahaksss..

Wednesday, 15 April 2009

BAHULU CUPCAKE


BAHULU CUPCAKE.. koleksi dari cerok dapor nekPP.. sebenarnya bukan nak buat bahulu cupcake.. nak buat Bahulu Gulung dan resepi asalnya ialah resepi bahulu gulung tapi memandangkan dgn 3 biji telor hanya dpt 1 bahulu gulung sahaja; adalah tidak cukup utk nekPP bawa ke latihan didkir puteri... maka dtglah idea nekPP buat buhulu cup cake dengan menggunakan resepi asal bahulu gulung... hehe kreatif takkk.. lepas tu nekPP tambahkan mix fruits... lagii kreatif.. ahaks.. kita zass resepinya klik di SINI


Saturday, 11 April 2009

BAKAR ROTI

lagii koleksi cerok dapor nekPP... Bakar Roti. Amat mudah penyediaannya. Bakar Roti nie ole2 utk cucu nekPP kalau tak silap Raya Haji kot.. ekeke lupe lerr.. Resepinya boley zasss kat SINI


Tuesday, 7 April 2009

CAKCIBOR DONUT

wahhh nampak gebuzzz gitew..mcm saya!
lagii dari cerok dapor nekPP...
jom tea moninn..
cakcibor donutttt..

resepi boley zass di koleksi resepi

resepi nie nekPP dpt dari blog mem zaiy
nie kali ke 2 mem.. dgn penampilan yg berbeza hihi..
gaya2 satay gitew..nak cepat siap! kahkah
psssttt..benonya..penyakit M dtg menyerang..
tahap gaban!
tapiiii cerok dapor nekPP WAJIB BERASAP!
layann..spring break!



Monday, 6 April 2009

KUIH KETAYAP

jom hi-tea!
ari nie nekPP hidangkan Kuih Ketayap
nekPP x guna air daun pandan
pewarna hijau pun tidakk
tapi nekPP guna NONA PANDAN EMULCO
2 in 1.. perasa & pewarna hehe
nmpk x dlm gambor iteww..
resepinya boley zasss kat
koleksi buku resepi nekPP yaa