Showing posts with label MANISAN. Show all posts
Showing posts with label MANISAN. Show all posts

Thursday, 12 April 2012

AIR BATU JAGUNG


Senonim dgn panggilan AIS KRIM MALAYSIA. tapi... nekpp masa zaman kanak2 riang panggil AIR BATU MALAYSIA atau ikut pada FLAVOUR aper yg dibuat contohnya AIR BATU JAGUNG atau AIR BATU SIRAP BANDONG hehe.. HARGA... sekitar SEPOSEN! 10 sen.. yg ni nekp buat AIR BATU JAGUNG. penangan MsEdy! layannnn... jom zasss bahan2 ;)

bahan2 ;)
  • 1 tin jagung krim
  • 1 tin susu pekat manis yg kecil *IKUT TAHAP KEMANISAN JIKA PERLU DIKURANGKAN
  • 1/2 cawan kordial jagung
  • 1 tin air (sukat guna tin jagung)
  • gula *jika perlu; kalu dah terlalu manis x payah letak
  • sarung atau plastik air batu malaysia
  • sehelai daun pandang disimpul

cara2nya
  1. satukan SUSU + JAGUNG KRIM + KORDIAL JAGUNG + 2 tin air (ditambah jika perlu) + simpulan daun pandan
  2. masak dgn api kecil. sentiasa dikacau supaya tidak hangit di dasar adunan.
  3. pastikan TIDAK TERLAU CAIR DAN TIDAK TERLALU PEKAT! DAN TIDAK TERLALU MANIS! ;))
  4. bila dah reneh diangkat dan disejukkan. letak tepi.
  5. boley diisi ke dalam SARUNG PLASTIK AIR BATU MALAYSIA. disimpul dan diikat kuat supaya padat.
  6. disimpan dlm FREEZER!
  7. boleh dimakan bila sudah BEKU! hehe..




simply the best!!!




Thursday, 4 August 2011

AIR MATA KUCING & KURMA MERAH

dari Cerok Dapor Nekpp
AIR MATA KUCING & KURMA MERAH KERING


~ ermm nekpp terlepas pandang!! lupa! kebiasaannya di sepanjang ramadan ni, nekpp suka buat air mata kucing & kurma merah nih.. diminum panas! NO COLD!! lebih bagus antara yg terbagus dari minum air teh atau kopi! hihi.. errkk betul ker?? ker mazhab nekpp ajer nih! hihi.. nwayy... tepok dada tanya selera maa... nak buat pon tersangatlah mudah! zasss bahan2nya hokeyyyy .. ;))


bahan2
  • 2 tbspn mata kucing kering dicuci & direndam hingga kembang
  • 2 tbspn kurma merah kering dicuci & direndam hingga kembang
  • 2 atau 3 tbspn gula merah
  • 1 atau 2 ketul gula batu ** kalu x ada pon ok.. boley guna gula putih
  • 1 atau 2 helai daun pandan disimpul

NOTA ~
  1. dimasak kesemua bahan sehingga mendidih.
  2. INI ADALAH IBU ATAU PATI AIR ~ jadiknya utk dihidangkan, masukkan dlm bekas ie teko atau jug, tambahkan air panas. rasa secukup rasa manis2 buah.. tu nekpp laa.. NO SWEET TOUCH! BAHAYA!! sendiri makan pengat..sendiri mau ingat maa... ;))



~ RAMADAN KAREEM ~




Monday, 1 August 2011

BUBUR PUTIH BUBUR MERAH


dari Cerok Dapor Nekpp
BUBUR PUTIH BUBUR MERAH


Manisan ni adalah nazar nekpp yg tertangguh!! masyAllah.. alpa nekpp!! INGAT TAPI BERTANGGUH!! Alhamdulillahh baru hari ni terlaksna! syurkur alhamdulillahhh...

Nak dijadikkan ceritanya; ketika Kuala Lumpur dilanda hujan ribut petir bagai! yg mana 16 org kanak tahfiz di Ulu Klang meninggal dunia akbiat tanah runtuh! Di hari yg sama, kejadian tanah runtuh juga berlaku di 'site office' Daddy B di sekitar ibukota. Sebatang pokok besar sebesar pokok balak menghempap 'tapak bangunan' sementara Daddy B!! yg paling terajis sekali... betul2 di bilik Daddy B! Alhamdulillahnya... Daddy B tidak ada dalam pejabat!! Syukur Alhamdulillah!


RAMADAN MUBARAK




Tuesday, 1 December 2009

BUBUR CHA CHA


dari cerok dapor nekpp ;))
BUBUR CHA CHA

cha cha chaaaa..ahaks..
bukan poco poco ekhhh ;p
jom zass resepi ;))

bahan2
  • 1 peket tepung yg kale2 tuh..ahaks..dicuci dan ditos
  • 5 biji keledek manis dipotong dadu kecil2 * yg sedang
  • 5 biji pisang dihiris serong * byak pisang ikut suka
  • 2/3 biji keladi * ikut suka
  • 2/3 batang ubi * ikut suka
  • 2 biji kelapa dijadikan santan
  • 1/2 ketul gua melaka
  • gula sesedap rasa
  • secubit garam
  • 2 helai daun padan disimpul

cara2nya
  1. rebus keledek+keladi+ubi sehingga empuk
  2. masukkan santan+gula melaka+daun pandan..gaul rata. masak guna api sedang supaya santan tidak pecah.
  3. kemudian masukkan tepung yg kale2 tu. masak sehingga kenyal..barulah masukkan pisang.
  4. garam+gula sesedap rasa.

Tuesday, 17 November 2009

BUBUR JAGUNG

dari cerok dapor nekpp ;))
BUBUR JAGUNG

zasss resepi okieyyy ;p

bahan2nya
  • 2 tin jagung cream
  • 2 tin jagung kernel * jagung fresh pon boley juga
  • 2 tbspn custard (ikut suka nak pekat)
  • 2 tin santan (sukat guna tin jagung)
  • gula
  • sedikit garam (utk bagi lemak santan kaww)
** sukatan ini adalah sukatan utk periuk 'rice cooker'


boley jugak zasss resepi di S.I.N.I.

Sunday, 6 September 2009

ONDEH ONDEH

dari cerok dapor nekpp
ONDEH ONDEH
atau
BUAH MELAKA
ondeh2 yg asal dari zaman nenek moyang kita
penyediaan yg terrramatlah mudahnya dan cepat! ahaks
ada assistant daaa...ms EdY..
tolong abaikan photo snap..
haiyooo tangan gigil2 la pulokss ahaks
zass resepiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii okeiyyyyy ;))

bahan2
  • 2 cawan tepong pulut
  • jus pandan secukupnya ** nekpp guna pati pandan brand NONA
  • gula melaka dihiris2 utk dijadikan inti
  • sedikit garam
  • parutan kelapa putih sahaja (gaulkan dgn garam)
cara2nya
  1. campurkan tepong pulut + jus/pati pandan; gaul sebati
  2. bulat2kan dan isikan gula melaka
  3. rebus di dalam peruk tunggu sehingga buah melaka itu timbul; maknanya sudah masak daaa...hehe
  4. diangkat lalu ditoskan
  5. digaul dlm kelapa parut putih yg sudah digaul garam

EID MUBARAK!


Wednesday, 2 September 2009

MIX FRUIT SMOOTHIES

lagii dari cerok dapor nekpp
MIX FRUIT SMOOTHIES
yeeeeeeeeeeeehaa..sodappp bebbb ;))
idea nie dari Daddy B
lepas tu dipelbagaikan oleh baby2 bear..
hiasan diorg ikut suka hati masing2..layannn ;))
kiranya smoothies nie dah jadik manisan harian di bulan Ramadhan nie
selain healthy juga mengenyangkan!
sesuai utk insan2 yg berDIET..seperti s**a..

resepinya
  • 150 ml low fatt yougart
  • 1/2 l low fatt fresh milk
  • 5 biji kurma
  • 1/3 betik
  • 1/3 honeydew
  • 1 biji mangga
*** dibelend kesemua buah2an
note >> buah2an ikut suka hati masing2
begitu juga dgn kuantiti buah


EID MUBARAK!



Monday, 31 August 2009

SERAWA DURIAN MERDEKA

Ramadhan ke 10
dari cerok dapor nekpp
SERAWA DURIAN MERDEKA
gleme sehhh hehe sepemena kemerdekan kita! ;)))
boley dimakan degan pulut ataupon roti
feberet nekpp nihhh..yummyummmm

resepinya
  • 1 bijik durian
  • 2 cawan santan pekat (dari 1 bijik kelapa)
  • gula ikut suka manisnya
  • gula melaka (ikut suka)
  • secubit garam
  • sehelai daun pandan dipintal/disimpul

EID MUBARAK!

Saturday, 29 August 2009

KURMA SMOOTHIES

lagiii dari cerok dapor nekpp
KURMA SMOOTHIES
manisan yg yummyummmyummmyy
since baby2 bear tak suka makan kurma
maka nekpp dapat ler idea nihhh bila jejalan kat rumah
Amy German
tnx so very much yaa amyyy ;))
abis nekpp selongkar umah lu pepagi bute miiiii ekeke..
nekpp cilok resepi dan jom kita zasssssssssssssss

bahan2:-
  • 20 biji kurma dibuang biji
  • 150 ml low fatt plain yougart
  • 1/2 l low fatt fresh milk
* blend kesemua bahan

amacam??? senangkan!
amat sesuai utk orang2 yg berDIET!
gerenteeeee langsingggg..boley pakai kebaya nyonya sehhh..


EID MUBARAK!

Friday, 29 May 2009

TALAM PULUT HITAM

salam semuaa..
aduoiii mengalah cikgu plaks nekpp..ahakss bz terramatnya!
n3 pon asikkkk terkucil dikit..x on time..uhuh
dari cerok dapor nekpp
TaLaM PuLuT HiTaM

kita zasss resepi di koleksi resepi nekpp yeee...;p
sila klik di S.I.N.I.




Tuesday, 26 May 2009

BUBUR PULUT HITAM

kudap2an waktu petang dari cerok dapor nekpp
BuBuR PuLuT HiTaM
masyukk makannn.. lamaaa dah nak makannn
Alhamdulillahhh dpat makannn wakaka...;p
jemput semuaaa makan buburrrrr
jom zass resepinya ;))


bahan2
  • pulut hitam direndam hingga kembang nekpp rendam semalaman
  • santan pekat
  • gula merah @ gula melaka
  • gula putih
  • sehelai daun pandan disimpul
  • sedikit garam

Thursday, 21 May 2009

BUBUR SUMSUM

Assalamualaikummmm cucu2 nekPP..
sori ler dari cerok dapor nekPP agak suram sikit semenjak 2 nihh
nekpp tak sihaattt.. CEDERA! haaa
si jari manis nekPP lukaa terhempap tin susu..kahkahkah
alhamdulillahhh xputusss ;p
lagiii nekpp ada bz bz sedikit kat sekola bb bears
byk event ahead..almaklum cuti xlama lagiii
phiewwww poloh2 nekpp tawwww ahakss ;p

ari nie dari cerok dapor nekpp
BuBuR SuMsUM
sumber resepi nekpp dpt dari blog Kak Ummi
bubur sumsum marble
tapi nekpp buat bubur sum2 biasa aje
mekasih ya Kak Ummii ;))
resepi boleh zass di koleksi resepi nekpp yeeee
sila klik di S.I.N.I.

Saturday, 11 April 2009

BUBUR JAGUNG

Manisan dari cerok dapor nekPP... Bubur Jagung boley dimakan dgn roti.; juga boley dimakan ketika waktu minum petang atau sarapan pagi. Nak lagi bestt masuk peti sejukkkk... masyukkkk bila makan time cuaca panas! Resepinya kita zasss di bawah


bahan2nya
  • 1 tin jagung cream
  • 1 peket jagung kernel * jagung fresh pon boley juga
  • 2 tbspn custard (ikut suka nak pekat)
  • 2 tin santan (sukat guna tin jagung)
  • gula
  • sedikit garam ( utk bagi lemak santan kaww)