Saturday 2 May 2009

KUIH BAKAR

lagi minuman petang dari cerok dapor nekPP
Kuih Bakar
sumber resipi dari "joayee"
dari blog Cik Mat Gebu
mekasih yaaaa...


Bahan-bahannya:- (Guna cawan yang berisipadu 250ml)
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jus panda (kisar 5-6 helai daun pandan dgn 250ml air dan tapis)
  • 2 cawan tepung
  • 2 1/4 cawan pati santan
  • 3 biji telur gred A
  • 1/2 camca teh garam
  • 2 camca besar mentega, dicairkan
  • Sedikit pewarna hijau
  • Bijan (jika suka)

Cara membuatnya:-
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali bijan dalam satu bekas. Kacau dengan wisk hingga semua larut. Tapis adunan.
  2. Dalam acuan yg digemari, lenser sedikit mentega dan panaskan dalam oven untuk 2 - 3 minit. Oven telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C.
  3. Keluarkan acuan dan curah adunan tadi. Tabur bijan dan bakar kembali dalam oven selama 30 - 35 minit hingga masak dan permukaan kuih bakar kuning keemasan. Kuih ni sedap kalau ada sedikit kerak. Sejukkan sebelum dipotong..

6 comments:

ain said...

wahh...2 kuih dah. rajinnyaaa!!!!

Fairus Basir from The Juggling Queen said...

makan dan makan.. bestnyer.. dah ade baby ni saya tak berkesempatan.. masak semua nak cepat je..

NekPP said...

ain >>> nak makannnn;p

paij188 >>> ummiTini..jumpa jugak yaa jalan ke siniii...mekasihhhhh;))
sangat paham..now ur turn! akak dah lepass dahhh..wahakss..

ZaiY said...

sy suka kuih ni, suka pilih yg tepi2 tu garing sodap..
psstt..joayee tu bukan abg ler, mat gebu je abg..heeee..

NekPP said...

kahkahkah...dah buat correction!!!mekasih ya yonggg...

englishvintages said...

aduii..nekpp..tak boleh tgk kuih ni,,,nak p buat jap...dah meleleh ni..copy resepi terus ni...