Monday, 6 August 2012

LEMPENG PISANG

LEMPENG PISANG

... SALAM RAMADHAN BLOGGERS! alhamdulillahh hari ini hari ke 17 kita berpuasa! entry tergunggak dari cerok dapor nekp nih! uhuh.. LEMPENG PISANG!  dasar lempeng nekp ikut 'basis resepi' lempeng biasa cuma nekp tambahkan pisang yg telah dilenyek. zasss mcmana nk buat! 

bahan2 :)
  • 10 biji pisang dilenyek2 (ikut suka..10 biji je yg nekp ada..ahaksss)
  • 2 cawan tepong gandom
  • 1/2 camca teh baking powder
  • 2 cawan air (atau secukupnya)
  • garam secukup rasa
  • SOS pencecah kegemaran ANDA atau KUAH KARI, KUAH GULAI, SAMBAL TUMIS DLL

cara2nya;)
  1. satukan tepong + baking powder dlm bekas, kacau rata dgn whisk, tuang air secukupnya hingga mendapat adunan yg tidak terlalu cair atau pekat.
  2. tambah garam secukup rasa dan kacau hingga rata. masukkan pisang yg dilenyek. ketepikan.
  3. panaskan NON-STICK PAN (CMG guna saiz 10 inci) dgn sedikit minyak, kemudian letak sesenduk penuh bancuhan adunan tadi (anggaran 1/2 cawan) ratakan dan masak dgn api sederhana hingga permukaan lempeng pucat.
  4. kalau nak nampak garing, anda sapukan sedikit minyak atas lempeng tadi sebelum diterbalikkkan,
  5. masak hingga perang, angkat.
  6. buat kaedah sama dgn baki adunan sehingga habis.
  7. Hidangkan bersama sos kegemaran atau kuah gulai yg anda suka utk sarapan atau minum petang JUGA hehe nekpp tambah.. MAKAN MALAM! SESUAI BANGET UTK ORG YG BERDIET. ahakss..




dicicah dgn SAMBAL SOTONG



RAMADHAN KAREEM!




Saturday, 4 August 2012

APAM NASI

dari CerokDapor Nekp ;)
APAM NASI

.. KUDAP-KUDAPAN day 2 IFTAR! alhamdulillahhh... APAM NASI ni apam org dulu2.. Daddy B ckp masa dia kecik2..selalu tolong jiran dia... MAKCIK MARIAM! dah arwah dah.. alFatihah utk beliau...

RESEPI nnti dulu yea! nekpp uplod gambor jeQ dulu! insyAllahhh nnti tepek! heh3.. AMPUN!!


dicicah dgn kelapa muda! ;)


dikukus dlm acuan! ;))



RAMADHAN KAREEM!





Friday, 3 August 2012

UDANG BLACK PEPPER


dari CerokDapor Nekp
UDANG BLACK PAPPER

........entry tertunggak! menu IFTAR day 2! uhuh... zass resepi yerkkk ;))

bahan2 ;)
  • 1kg udang sederhana besar atau besar ikut suka
  • bawang besar dimayang bulat2
  • 1 biji tomato dipotong sedang
  • daun kari
  • 2tbsp black pepper sos
  • garam gula secukup rasa

cara2nya ;)
  1. tumis bawang hingga wangi. masukkan daun kari gaul rata.
  2. masukkan udang msk sehingga kemerahan jgn terlalu lama!
  3. kemudian masukkan black pepper sos gaul sebati then masukan garam n gula.
  4. akhir sekali masukkan tomato.


sedap dimakan dgn nasi panas!


last but not least.. IKAN JEKET BAKAR ;)



RAMADHAN KAREEM!





SOTONG SAMBAL

dari Cerok Dapor Nekp
SOTONG SAMBAL

heh3.... entry tertunggak! ok laa kannn... OUR 2nd day IFTAR! BERTEMAKAN Seafood! mkn dgn nasik putih and lempeng pisang!  sodap tau!  zass resepi yeaaa ;))

bahan2
  • 1kg sotong dibersihkan jgn dipotong
  • cili kering direbus atau direndam air panas
  • bawang besar 
  • bawang putih
  • halia
  • serai
  • belacan
  • air asam jawa atau asam keping
  • garam gula secukup rasa

cara2nya ;)
  1. blend cili kering/bawang2/belacan/halia.  tumis bahan2 & serai sehingga naik bau. guna api kecil.
  2. kemudian masukkan sotong. gaul rata. biar sehingga sotong msk.
  3. masukkan garam gula secukup rasa.

 berpoloh2 mkn dgn nasi panas tau! ;)


wit Lempeng Pisang! nekp punya!! ;))



RAMADHAN KAREEM!




THE GURLS AND NANNY McPHEE


Assalamualaikum Bloggers! phieww... nekp bz bz bee!! Pejam celik hari ni adalah hari yg ke 14 kita berpuasa! Alhamdulillahhh!..

Mohon maaf! x done nak ziarah gang2 bloggers! x done nak update cerok dapor nekp!! Jumaat yg dingin ni agak FREE! Daddy B x dek outstation! Ms Edy ada IFTAR GATHERING wit her classmate! yippie!! heh3...  x done nak snap gambo bebanyak! zasss aje yg ada nie yeaa... enjoy!

our 3rd IFTAR luar dari CerokDapor Nekp ;))



cutie cuppies!


ABC and Teh Tarik!



RAMADHAN KAREEM!





Friday, 20 July 2012

RAMADHAN KAREEM 2012



BULAN REJAB BULAN SYAABAN
KINI MENJELMA BULAN RAMADHAN
SYUKUR ALHAMDULILLAH DPT BERSIARAN
RAMADHAN MUBARAK DARI NEKPP UTK KALIAN!




Thursday, 12 April 2012

MEE SIAM GORENG

dari CerokDaporNekpp
MEE SIAM GORENG

SALAM RABU YG DINGIN! BACK TO WORK! hehe.. bunyi pelik??? MEE SIAM?? rasanya HANYA ORG JOHOR sahaja yg panggil MEE SIAM aka MEE HOON. MEE SIAM GORENG ASLI... utk JOHOREAN sudah semustinya tahu resepi ASAL ASLI mee siam ni. tersanglah mudah! jomm zass resepi ;))


bahan2 ;)
  • 1 bungkus mee siam aka mee hoon *direndam hingga kembang & ditos
  • 10 tangkai cili kiring *digunting direbus ditos
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • 3 tbspn udang kering *direndam dicuci ditos
  • 3 tbspn taucu *jika suka
  • 1 mangkok taugeh dibuang ekor
  • 1 mangkok udang basah *dibuang kepala/kulit hingga separuh badan
  • daun sup/daun bawang *dihiris2 utk ditabur
  • bawang goreng *utk ditabur
  • 1 biji limau kasturi *dibelah 2 buang bijinya
  • perasa secukup rasa

cara2nya ;)
  1. belender kesemua bahan2. atau kalau rajin GILING! hehe
  2. tumis kesemua bahan hingga naik bau. guna api kecil.
  3. kemudian masukkan udang; digaul rata; biarkan seketika. ** masukkan TAUCU jika suka
  4. masukkan MEE SIAM; gaul sebati kemudian masukkan taugeh; digaul rata.
  5. diangkat dan dihidangkan. taburkan daun bawang/sup/bawang goreng JUGA limau kasturi. NOTA: boleh juga dimakan dgn CILI JERUK! yummy!!


simply the best!