Wednesday, 15 April 2009

JEMPUT JEMPUT LEMAK MANIS


comei lote.. pon cam saya.. senang nak ngap ngap.. JEMPUT2 LEMAK MANIS.. ari nie punya kudap kudapan di waktu pagi. resepinya terrramat laaa senang dan sampoiii... kita zasss resepinya yaaa


bahan2nya
  • tepong gandum
  • santan powder *
  • gula
  • sedikit garam kalau suka
  • 1 tspn baking powder
  • air * KALAU GUNA PATI SANTAN JGAN GUNA AIR

cara2nya
  • tepong gandum + santan powder * santan powder nie boley ditukar dgn pati santan. INGAT bila menggunakan santan masa mmbancuh tu tidak payah menggunakan air lah yaa..
  • kemudian masukkan kesemua bahan lalu digaul sebati.
  • biarkan seketika supaya adunan naik gebuz sedikit dan boleylah digoreng selepas itu.
Mohon Maaf yaa.. nekPP nie kalau mask xreti nak bagi sukatan yg betul2.. sbb main ikut naluri hati aje.. lagii resepinya ialah resepi zaman dahulu kala.. soo main belasah ajer lah sukatannya.. janji menjadik dan sodapp bila dimakan... ahaks..


Peringatan >> * SANTAN *GULA DAN *GARAM hendaklah seimbang rasanya.. sbb nama pon Lemak Manis kan kann..



BAHULU CUPCAKE


BAHULU CUPCAKE.. koleksi dari cerok dapor nekPP.. sebenarnya bukan nak buat bahulu cupcake.. nak buat Bahulu Gulung dan resepi asalnya ialah resepi bahulu gulung tapi memandangkan dgn 3 biji telor hanya dpt 1 bahulu gulung sahaja; adalah tidak cukup utk nekPP bawa ke latihan didkir puteri... maka dtglah idea nekPP buat buhulu cup cake dengan menggunakan resepi asal bahulu gulung... hehe kreatif takkk.. lepas tu nekPP tambahkan mix fruits... lagii kreatif.. ahaks.. kita zass resepinya klik di SINI


Tuesday, 14 April 2009

CEKODOK PISANG


taraaaa sarapan pagi! hehe... selain bekalan yg heavy tiap2 hari... wajib ada.. makan2 dlm keta oleh BB Bears n Daddy B on the way nak pie 'skool'.. CEKODOK PISANG... smlm roti telor.. luper nak post.. kek batik xsempat nak snap snap.. dah licin... alhamdulillahh... pagi ni dari cerok dapor nekPP.. gebuz montok comeiii.. mcm saya! enjoyyy...

sori yaa.. nak boh resepi cekodok pisang.... ahaks.. utk pengetahuan semua..nekPP xdek sukatan yg tertentu.. main ikut kata hati.. yg pasti adunan tepong dan pisang tu tak terlalu lembik dan tidak terlalu byk tepong.. mohon maaf.. insyAllah sekiranya nekPP buat lagi cekodok pisang nekPP akan sukat betul2 lepas tu nekPP akan share lagi sekali hehehe...

bahan2 dan cara2nya
  • nekPP guna 3 biji pisang yg ada; pisang montel hehe; dilenyek2.. kalu kat mesia biasanya guna pisang rastali yg kecik2 tu kann atau pisang...aduoii lupa pulakkk...kat sini payah nak dpt..nnti kalau nekPP jumpa..nekPP tangkap gambor ekh..hehe. kalau pisang yg kecik2 tu amek sesisir.. lepas dilenyek2 masukkan gula lalu digaul sebati.. kebiasanya nekPP guna pemukul telur atau kek tuh..
  • tepung gandum - nekPP agak2 sbb guna 3 bijik pisang.. dlm 1 cwn.. yg mustahak jgn terlalu lembik dan jgn terlalu byk tepong.. nnti tak ada rasa pisang plak kan.. sedikit air..
  • 1 tspn baking powder
  • secubit garam

biarkan adunan seketika.. kurang lebih 10 - 15 minit laaa atau boley dilihat sekiranya adunan itu naik gebuz; kemudian barulah boleh digoreng. bila nak mengoreng pastikan minyak betul2 panas.




ASAM PEDAS IKAN MAYONG

waduhhhh asam pedas lagiii ekeke.. saje nak 'show off' ahaks.. Bunga Kantan nekPP... aloo hasil tanaman nekPP tawww... bangga gitew.. yayyy.. finally i found the bunga kantanz...punya laa tensen tahap gaban mencarikkk... just imagine.. 4 months bunga kantan tu terperap kat freezer!! hehe.. still fresh uuuu... aper yg nekPP nak kongsi kat sini.. sekiranya... barang sesiapa yg nak bunga kantan atau serai atau ape2 aje laa kelihatan segar bugar; hendaklah dibungkus dlm surat khabar atau plastik lalu disimpan dalam freezer; insyAllah akan kelihatan segar seperti baru petik dari kebun.. hehe..betull .. tengoklah hasilnya.. haa tu ha!! caya takkk??? sooo nak kasii lagii syiokkkk... zasss asam pedas ikang mayongg...

dari cerok dapor nekPP.. Asam Pedas Ikan Mayong dan Bunga Kantan.. resepinya seperti yg nekPP bagi tahu ari tu.. nak hilangkan hanyir ikan nie.. letak cili api... taburkan sedikit lada hitam yg ditumbuk kasar.. air asam jawa mestilah pekat.. lagiii.. nampak tak gambor tepi tuh...hehe kasi sorok sikit.. malu ahh.. org johor.. kalau makan asam pedas tak lengkap rasanya tak de KICAP! buhuahua.. enjoyyyy...

Monday, 13 April 2009

LOPIS ~ MARI BELAJAR 2

klik gambar sekiranya nak lihat dgn lebih jelas

lagii dari cerok dapor nekPP..ekeke...Lopez cara Kukus plak..mm sori ekh..lupe nak tangkap gambor masa kukus pulut tuh.. may b ramai cucu2 nekPP tahu keadah kukus ni.. tapi xper.. kita zasss lagi.. xrugi belajar.. ilmu makin tambah..

  1. mula2 pulut direndam nak letak pewarna pon bole..ikut suke selepas tu ditoskan.
  2. kukus mcm nak kukus pulut kuning. nak dimasak seperti nasi pon boley...
  3. sediakan loyang dan masukkan pulut. nak gaul gan santan pon boleh tak nak pon boleh. pada nekPP baik xpayah letak santan; sbb.. nnti lemak.. cepat muak plak kann..lagi pon nak disalut dgn kelapa..
  4. selepas dikukus..dah masak..biarkan seketika.
  5. ambil alamunium foil. dibalut pulut mcm dalam gambor. pintal kuat2 bagi mampat. biarkan sejuk. size ikut suka hati masing2..nak montok..kurus..langsing..sukaaaaa...
  6. dah boleh dipotong2 mcm dlm gambar; kemudian disalut dgn kelapa ambil putih nya sahaja yaa yg telah digaul dgn garam.
  7. disira dgn air gula melaka dannn dah boley dimakannn...
tip: semasa nak membalut tu boley dialas daun pisang dlm foil tu..



LEMAK LABU DAUN PUDINA


hehe jangan terkejutzz...xdek santau..xdek nyi lampir...xdek saka..kat cerok dapor nekPP.. hehe..tu pumpkin..ekeke..masa Ms EdY ada Holloween Party kat 'skool' dia..mm salah satu ektibiti lah tuh..abih kena solek pumpkin tuh.. siannkan.. kita zassss resepi Lemak Labu dgn Daun Pudina... kalau kat msia owang2 mesia guna daun Selasih.. kawww wa ckp lu!! tapi kat sini xdek...so nekPP tukaq ker daun pudina...harummmmmmmmmmmmmmm...


bahan2nya
  • 1/2 bji labu kuning kalau besar
  • * kalau labu kecik 1 biji - dipotng dadu sederhana besar
  • bawang merah
  • bawang putih
  • belacan
  • ikan bilis atau udang kering
  • kunyit hidup atau kunyit serbuk (optional) xmao letak kunyit pon xper
  • dibelender kesemua bahan
  • santan pekat
  • garam
  • gula
  • perasa ikut suka
  • daun selasih * kat sini xdek; nekPP guna daun pudina

cara2nya
  1. labu yg telah dipotong2 direbus dgn bahan2 yg dibelender supaya empok.
  2. bila sudah empok masukkan santan..kepekatan kuah ikut suka.
  3. masukkan daun selasih atau daun pudina
  4. dah boley dihidangkan dan boley ler jamuu seleraaaa...boley juga disuaikan dgn sambal tumis ikan bilis * sambal belacan * sambal lonteh piewwww..nnti resepi ekhh..ekeke... * ikan masin...



Sunday, 12 April 2009

LOPIS ~ MARI BELAJAR

klik gambar sekiranya nak view dgn jelas

mari..mariiii belajar siniii kat cerok dapor nekPP...jomm belajar cara2 buat Kuih Lopes secara rebus.. nekPP belajar dari Mummy nekPP. cara yg amat mudah... jom layarrrrr
  1. sehelai daun pisang segiempat sama; panjangkan sedikit utk ditutp atasnya
  2. dilipat segitiga buat calung mcm kat atas tuh yaa
  3. masukkan pulut yg telah direndam lalu ditos * nak letak pewarna hijau ikut suka
  4. kemudian pemukaan yg terngaga tuh benornya dilipat sbb nak diikat dgn tali rafia; tapi stok tali masa tuh tak ade; so gunalah stepler supaya tak terburai..ahaks
  5. disusun dalam 5 keping lalu dicucuk dgn lidi supaya tak terabur ketika nak rebus nnti. lagii nampak kemasss laa dlm periuk iteww..ahaks..
  6. direbus sehingga masak.
  7. bila sudah masak ditoskan dan disejukkan.
  8. sediakan kelapa ambil putihnya sahaja; diletak garam sedikit; gaulkan bersama2 lopes yg telah siap direbus tadi.
  9. dah boley dihidangkan dengan air gula melaka.
  10. dah boley dingap ngappp...


PERINGATAN YG SERIUS!!!

SESIAPA SHAJA YG INGIN MENGUNAKAN KEADAH STEPLER..PASTIKAN BILA MAKAN TU TAK TERCEKIK ATAU TERTELAN!! DIJAMIN TIDAK DITANGGUNG KESELAMATANYA.. TANGGUNG SENDIRI..mekasihhh...ekeke..kena serius!