Tuesday, 24 November 2009

posto..postooo.. kad EID UL ADHA


salam semua ;))
dengan ini nekpp ingin mengucapkan
kepada TEMAN2 BLOGGER
SELAMAT MENYAMBUT
EID UL ADHA


haa amek daging korban kat atas tuu
buat rendang yerk..tulang..buat sup..ahaks..
pas tu antor kat nekpp ni haa!! ;p

kepada semua teman2..
yg mana bercuti panjang sempena cuti persekolahan
selamat bercuti!!
BERHATI HATI DI JALAN RAYA!
pssttt..nekpp pon cuti.. 1 minggu..ahaks ;))


EID MUBARAK!

Wednesday, 18 November 2009

PUFF DAGING KELEDEK

dari cerok dapor nekpp ;))
PUFF DAGING KELEDEK

zasss resepi ;))

bahan2 ;)
  • 4 biji keledek manis dipotong dadu kecil2
  • 2 biji bawang besar dipotong dadu kecil2
  • 1 tray daging cincang
  • 2 tbspn rempah kari daging
  • garam gula perasa sesedap rasa
  • 3 peket pastri brand KawanKu dibelah 4
  • kuning telur utk disapu atas pastri puff * campurkan setitik perwarna kuning
cara2nya ;)
  1. tumis bawang hingga wangi
  2. masukkan daging cincang gaul rata supaya daging tidak berketul2.
  3. masukkan rempah kari gaul rata
  4. kemudian masukkan kentang yg dipotong dadu biarkan hingga empuk; barulah masukkan garam gula dan juga perasa sesedap rasa.
  5. sejukkan dan tos..supaya minyak turun dan tak berair.
  6. isikan inti kentang di atas pastri lipat dan tekan2 dgn garfu di keliling puff.
  7. toreh atau kelar di permukaan puff kemudian sapukan kuning telur.
  8. bakar dengan suhu 160 darjah selama lebih kurang 15-20 minit.

mari mari mau oder gan nekpp..ekeke ;)
boley amek tempahan x?? ahaks ;p
nekpp bakar dlm 3 tray..30 biji..
frozen lebih kurang 40 biji
jumlah utk 3 peket pastri lebih kurang 70 biji
haa belajo Matematik yerk cucu2 nenekkkk..

Tuesday, 17 November 2009

CENDAWAN GORENG

dari cerok dapor nekpp ;))
kudap-kudapan waktu malam yg dingin
CENDAWAN GORENG

hehe..mcm belalai gajah! upss soriiiii...

sumber resepi nekpp sekodeng kat rumah Hana nuu di Jepang
ARIGATO!! HAITT..HAITT..
nekpp angguk2 nie Hana oiii..ekeke..
yg pasti mmg best!! sbb pakar makan nekpp kata best!
kita zassss resepiii ;)) CNP..mohon halal puan rumah!

Bahan-bahan

  • Cendawan tiram secukupnyer - siat2.. ** hehe nekpp guna cedawan aper tuh! cendawan bear! beso2 belaka...ahaks..
  • 1/2 cwn tepung kentucky
  • 2 sb tepung gandum
  • 1 sk serbuk kari
  • secubit garam
  • air secukupnyer
  • sambal kicap - utk cicah.
* hana x ltk telur pada batter cendawan nih sbb biasanya telur akan menyebabkan serap minyak, dan lembik@tak rangup bila dah sejuk. nih cara hana, terpulang cara owang lain yer... :)


Cara-cara

  1. Panaskan minyak. pastikan minyak betol2 panas utk menghasilkan cendawan goreng yg rangup! dan masa menggoreng api jgn kuat @ slow sgt.
  2. Sediakan batter. Campur semua bhn kecuali cendawan. agak2 la yer tahap kecairannya.
  3. Bila minyak dah betol2 panas, renjis2kan batter tadi ke dalam minyak. kemudian celur cendawan satu persatu ke dalam batter dan goreng terus hingga keemasan.
  4. Angkat dan toskan.
  5. Hidangkan bersama sambal kicap jika suka.

KIMA DAGING

dari cerok dapor nekpp ;))
KIMA DAGING

selain dari Kima Daging ni..
nekpp pernah buat juga Kima Ayam
zassssssssssssss ;)))

KIMA AYAM PENCEN

masak Kima Ayam ni agak lama sbb nekpp guna
Ayam Pencen

awww tapiii dara okieyyyy ahaks tu sbb dia kental!!
dimasak setengah mati..
masuk mulut sodap sekali
..
jom zass resepiii..
resepi boley zasss di S.I.N.I

BUBUR JAGUNG

dari cerok dapor nekpp ;))
BUBUR JAGUNG

zasss resepi okieyyy ;p

bahan2nya
  • 2 tin jagung cream
  • 2 tin jagung kernel * jagung fresh pon boley juga
  • 2 tbspn custard (ikut suka nak pekat)
  • 2 tin santan (sukat guna tin jagung)
  • gula
  • sedikit garam (utk bagi lemak santan kaww)
** sukatan ini adalah sukatan utk periuk 'rice cooker'


boley jugak zasss resepi di S.I.N.I.

Monday, 16 November 2009

AYAM GORENG BEREMPAH

dari cerok dapor nekpp ;))
AYAM GORENG BEREMPAH

sumber resepi cilok dari MEnMyKitchen
dari Cik Puan Ain.. ;0
tnx xoxo yaaa cik puan!! CNP aje!!!! ;p

bahan2 utk dikisar ;))
  • 6 ulas bawang putih
  • 7 ulas bawang merah
  • 2 inci halia
  • 2 batang serai
  • 1 tbspn jintan putih **
  • 1 tbspn jintan manis **
  • 1 tbspn ketumbar **
  • 3 sb cili kering kisar/ cili boh (lebih/ kurang ikut citarasa)
  • 2 sb serbuk kari daging
  • 1/2 sk serbuk jintan putih ** nekpp tidak guna yg serbuk
  • 1/2 sk serbuk jintan manis ** nekpp tidak guna yg serbuk
  • 1/2 sk serbuk ketumbar ** nekpp tidak guna yg serbuk
  • 1/2 sk rempah 5 spices (takde pun takpe)
  • garam dan aji secukupnye
  • 3 tangkai daun kari
  • Minyak yang menggoreng
Cara2 memasaknye :-
  1. Campurkan semua bahan di atas bersama ngan ayam kecuali daun kari dan minyak. Gaul sebati dan biarkan perap selama 1 jam.
  2. Panaskan minyak dlm kuali. Pastikan minyak berlebihan supaya ayam tenggelam ketika digoreng.
  3. Masukkan ayam satu per satu dan goreng hingga masak. Taburkan daun kari bila dah 1/2 masak.
  4. Dah okey, angkat dan toskan minyak berlebihan. Sedia dimakan begitu sahaja! Yummyyyyy!!!!

Wednesday, 11 November 2009

SUP CENDAWAN

dari cerok dapor nekpp ;))
SUP CENDAWAN

kurrrrrrrrrrrr jom zass resepi ;))))
bahan2
  • bawang putih dihiris2
  • 1/2 inci halia dititik atau dihiris2
** sekiranya bawang dihiris2; nekpp akan rebus sahaja..sesuai amat utk berDIET!!
** sekiranya bawang dan halia ditumbuk atau dibelender kebiasaannnya nekpp tumis dahulu..
  • rempah 4 sekawan atau rempah sup
  • 1 peket cendawan
  • 1 biji carrot dipotong serong ** sebab ada carrot..jgan membazir daa..ahaks ;p
  • daun sup/daun bawang dipotong 1/2 inci * utk ditabur
  • bawang goreng * utk ditabur
  • ikan bilis digoreng * utk ditabur
  • garam dan perasa sesedap rasa ;)
cara2nya
  1. sekiranya DIREBUS.. masukkan 1/2 air dalam periuk sedang kemudian direbus.
  2. masukkan bawang putih+halia+rempah 4 sekawan masak sehingga mendidih.
  3. barulah masukkan carrot *jika ada + cendawan
  4. jangan lupa bahan perasa
  5. akhir sekali taburkan ikan bilis goreng + daun sup/bawang + bawang goreng
NOTE: sekiranya DITUMIS...bawang putih+halia hendaklah dibelender atau ditumbuk. masukkan rempah 4 sekawan. tumis hingga naik bau.


ermmm sedap dimakan ketika masih panas!!! dengan aroma bawang goreng dan ikan bilis goreng.. masyukkkkkkkkkk ;))