Saturday, 2 May 2009

KUIH BAKAR

lagi minuman petang dari cerok dapor nekPP
Kuih Bakar
sumber resipi dari "joayee"
dari blog Cik Mat Gebu
mekasih yaaaa...


Bahan-bahannya:- (Guna cawan yang berisipadu 250ml)
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan jus panda (kisar 5-6 helai daun pandan dgn 250ml air dan tapis)
  • 2 cawan tepung
  • 2 1/4 cawan pati santan
  • 3 biji telur gred A
  • 1/2 camca teh garam
  • 2 camca besar mentega, dicairkan
  • Sedikit pewarna hijau
  • Bijan (jika suka)

Cara membuatnya:-
  1. Satukan semua bahan2 diatas kecuali bijan dalam satu bekas. Kacau dengan wisk hingga semua larut. Tapis adunan.
  2. Dalam acuan yg digemari, lenser sedikit mentega dan panaskan dalam oven untuk 2 - 3 minit. Oven telah dipanaskan terlebih dahulu pada suhu 180C.
  3. Keluarkan acuan dan curah adunan tadi. Tabur bijan dan bakar kembali dalam oven selama 30 - 35 minit hingga masak dan permukaan kuih bakar kuning keemasan. Kuih ni sedap kalau ada sedikit kerak. Sejukkan sebelum dipotong..

KEK BATIK


dari cerok dapor nekPP ari nie
untuk minum petang
Kek Batik
sumber resepi dari MakLang..mekasih yaa MakLang
seperti biasa resepi di koleksi nekPP
sila klik di SINI

Friday, 1 May 2009

PUBLIC HOLIDAY



HaPPy LaBoUR DaY

AWARD


hari nie xdek masak2 dari cerok dapor nekPP
nekPP cuti masak2
yayyy... dapat Award!
saje nak share
Award nie nekPP dpt dari pihak 'skol' BB Bears
setelah penat lelah bekeje sebagai
SUKARELAWATI
mmg banyakkk sukeeeee...wahakssss..
yg tidak bergajii...uhuh..
but nekPP HAPPY!

Wednesday, 29 April 2009

PAIS IKAN

waahhhh bau harummmm..
PAiS iKaN
resepi dari AiN..mekasihh yaaa..
stok ikan kembung ada..
t.e.t.a.p.i.
dek kerna k.e.k.u.r.a.n.g.a.n. bahan..kihkih
keinginan tu membara2 nak buat pais..ON aje..
walaupn xdek daun kunyit..nekPP letak kunyit...ahakss
xdek pucuk paku nekPP letak paku! upss..silapppp
aper yg ada nekPP belasahhh aje..
jadikkkknyaaa nekPP olah dgn kreativiti nekPP..
yg pasti ada ulam2an..pelik2.. nama nekPP xtahu kahkah..
lagii...nekPP xguna daun pisang! sbb xdek stok uhuh
yg ada belen daun pisang yg idup segan mati xmau..ngeee
jgan tidak..bau2 harum pisang tuu adaaaa jugakkk
nekPP balut dgn kertas minyak..jadikkk ler labiii
pas tu AiN kata boh kelapa jadik nekPP belender sekali kelapa
tu kale dia ada lain sikit..
rasanyaa?? mmggg sedappp..betulll..
INGAT! JANGAN ikut respi nekPP di atas tuu
dijamin TIDAK SELAMAT..whahahaha..
resepi sila klik di SINI

SAMBAL GORENG

xmo cakap banyak2..dari cerok dapor nekPP...
SaMbaL GoRenG.
.
kita zasss resepinya yaaaa

bahan2
  • tahu digoreng dan dihiris ikut suka nak gaya mana
  • tempe digoreng dan dihiris juga ikut gaya mana ekeke
  • soon/tahu kering/cendawan dlm 1 peket tu direndam & dipotong2
  • tauge yg besar2 tuu..ape ekh nama dia?? (optional)
  • kacang buncis dipotong serong
  • petai (optional) sini tarakkk..
bahan utk menumis
  • bawang merah
  • bwang putih
  • halia
  • serai
  • belacan
  • ikan bilis atau udang kering
  • cili hijau dan merah dihiris bulat2
  • udang sederhana besar
  • babat atau perut lembu direbus dulu bagi empuk
  • hati ayam
  • pedal ayam
  • santan pekat
  • kicap
  • sedikit lada hitam (optional)
cara2nya
  1. tumis bahan2 yg dibelender
  2. masukkan udang+babat+hati ayam+pedal ayam masak hingga empuk; kalau dah direbus dulu biarkan mesra alam gitewww..wahakss
  3. masukkan kacang buncis+soon+tahu kering+cendawan digaul rata
  4. kemudian barulah masukkan tempe+tahu
  5. akhir sekali kicap dan santan pekat

PISANG GORENG

dari cerok dapor nekPP..
kudap2an waktu pagi
PiSanG GoReNg
xder laa sepesel tapi nak kongsi pisang tu ekeke..
India mari..dipanggil BiG BaNANa..
haa nasib baik tak big momma! wahaks
digoreng dgn
tepong gandum + tepung beras+sedikit kunyit+garam
dulu; zaman baru samapai sini
siap bawak bekal dari kampung
sekarang dah tak payah penuh2 bag..
1001 mcm adaaa
monye..moneyyy...marii mariiii....

DATE MAPLE MUFFIN

wow dengor ajer interesting kann..
trust me!
yummyummmyy..
dari cerok dapor nekPP..
for the coffee morning
DaTE MaPLe MuFfiN
recipe from Muffins scones n breads.. Women's Weekly


Ingredients

  • 2 cups (300g) self-raising flour
  • 1/3 cup (50g) plain flour
  • 1/2 tspn bicarbonate of soda
  • 1/2 cup (100g) brown sugar
  • 1/4 cup (60ml) maple syrup
  • 2/3 cup mashed date
  • 2 eggs * lightly beaten
  • 1 cup (250ml) buttermilk
  • 1/3 cup (80ml) vegetable oil
  1. Grease 12 hole (1/3 cup @ 80ml capacity) muffin pan
  2. Buttermilk+eggs+oil slightly beaten into large bowl; stir in maple syrup and date
  3. Spoon mixture into prepared pan, sprinkle with coconut topping (optional).
  4. Bake in moderately hot oven about 20 minutes.

Tuesday, 28 April 2009

BUN SOSAGE AND CHEESE

dari cerok dapor nekPP
seperti biasa kudapan waktu pagi utk BB Bears
Bun Sosage and Cheese
idea ni nekPP dpt dari LULU Bakrey
senang aje nak buat..lubangkan atas roti burger
lalu masukkan sosage ayam atau lembu yg dipotong 2
nekPP rebus dulu sosage
pas tu sapukan butter dan parutkan chesse atau mozarella cheese
hiasan ikut suka yaaa..
dibakar dlm 5 min supaya cheese tu melt

upssss..
mekasihh katt Puan itewww..yg kenalkan Picnik.com yaa
nahhh amek MOT bun sosage nie bagi kat D Angles..

Monday, 27 April 2009

NASI AYAM

dari cerok dapor nekPP...
Nasi Ayam

Alhamdulillahhhh...kenyang lah! wahhh baru free...
zass resepi nasik ayam yerrr.. xmo cita panjang2...wahaksss..

bahan2nya
  • beras nekpp guna basmati jadik airnya kena lebihkn sedikit
  • ayam direbus *ambil airnya utk msk nasi
  • bwang putih
  • halia muda
  • kiub ayam maggie
  • sedikit kunyit nak bagi cantik warna nasi (optional)
  • dibelender kesemua bahan
  • 1 batang kayu manis *nekpp suka letak
  • tumis semua bahan..nekpp guna minyak sapi+minyak msk
  • garam
caranya...
  1. tumis bahan2 hingga bau wangi
  2. kemudian masukkan air rebusan ayam msk hingga mendidih
  3. masukan ke dlm periuk nasi yg berisi beras yg sudah di cuci. masak sehingga nasi tanak.
Ayam
  • biasanya ayam nekpp rebus dulu baru diperap dgn *halia*bwng putih ditubuk atau dibelender*sos tiram*madu*gram*gula...T.E.T.A.P.I.......
  • ayam tu nekPP beli aje!!! wahahaha..grilled chicken..ngeeee
  • 99% kalau msk nasi ayam nekpp suka msk ayam sambal @ merah...
sos kicap
  • bwg putih dititik
  • cuka
  • sedikit minyak bijan
  • kicap manis
sos sambal
  • cili segar merah
  • 1 ulas bwg putih
  • halia muda
  • cuka
  • garam
  • gula
  • bahan perasa
  • cili sos maggie sedikit
  • dibelender ke semua bahan
sup ayam
  • msk sup mcm biasa..hehe

sekian...mekasihhhh...

ROTI TELUR

kudap2an di waktu pagi..
utuk dimakan ketika dalam perjalanan ke 'skool'... wahaks...
Roti Telor.. amat mudah penyediaannya
resepi?? xyah laa yerr.. kacang aje tuuh..
yg membuat roti tu mejilat jari sbb digoreng dgn butter
lemak merduuu gitewww...

Sunday, 26 April 2009

PINEAPPLE CUPCAKE

tea time! ahaksss... cupcake nie tea moning masa 234 ari tuhh
resepi pineapple cupcake nie dari
blog Cik Mat Gebu.. mekasihh yg x terhingga!
yg benornya pineapple up side down
tapiii nekPP tukaq ker cupcake ler pulakk
maap yer mat nak senang angkut..ahaks
ralat.. lupe nak terbalikkan cupcake tuu bagi nmpk nenasnya..
resepi seperti biasa di koleksi resepi nekPP
kita zasss kat SINI

KIMA KAMBING

dari cerok dapor nekPP; Kima Kambing... selain daging kambing boley juga menggunakan daging lembu cincang, ayam; boley dicicah dgn *roti canai * roti * nasi putih *bryani dsbgnya...resepi kima kambing sumber dari biras nekPP; beliau dah pon pencen MR H..mekasih yaa Abang H... kita zass resepinya

bahan2
  • daging cincang/daging kambing nekPP guna stew kambing
  • bawang putih
  • bawang merah
  • halia
  • dibelender semua bahan2
  • 4 sekawan *bunga lawang*pelaga*kayu manis*pek'kak
  • 5 tbspn rempah kari * ikut banyak mana nak masak - dibancuh dgn air jadikan paste
  • mix vages
  • kentang dipotong dadu kecil2
  • asam keping
  • garam
  • gula
  • bahan perasa
  • minyak masak
  • 2 tbspn minyak sapi ** ikut suka
cara2nya
  1. tumis dgn minyak bahan2 yg sudah dibelender
  2. masukan rempah kari +asam keping tumis sehingga wangi
  3. kemudian masukkan daging kambing/daging cincang digaul sebati
  4. bila dah empuk masukkan kentang dahulu barulah masukan mix vages+garam+gula digaul sebati
  5. dah pon boley dihidangkan..selamat mencubaaa
nota ** cara msk kima kambing nie sama seperti masak kari cuma kuah kima mesti pekat mcm msk rendang dan ungkep

KOCI LABU

dari cerok dapor nekPP..
Koci Labu

resepinya

bahan2
  • 1 bag tepung pulut
  • 1/2 biji labu kuning kalau yg besar * 1 biji kalau yg kecil
  • garam secukup rasa
Inti
  • kelapa parut ambil putih sahaja
  • gula
  • garam
  • gula melaka ikut suka
  • daun pisang dilayukan
  • minyak masak sekiranya tidak menggunakan dadih santan
dadih santan
  • kelapa + garam dimasak sehingga pekat dgn menggunakan api kecil

cara2nya
  1. Labu dibuang kulit dan dikukus kemudian dilenyek2
  2. kemudian masukkan tepung pulut + garam lalu digaul sehingga menjadik doh dan boley dikepal2 bulat
  3. masukkan inti kelapa
  4. bila dah dibulat2kan golek2 kan dalam dadih santan atau minyak
  5. ambil daun pisang kemudian dibungkus
  6. akhir sekali dikukus dalam 15-20 minit