Saturday, 20 August 2011

ACAR DARAT

dari CerokDaporNekpp
ACAR DARAT

alhamdulillahhh....dari cerok dapor nekpp.. ACAR DARAT dimakan dgn bubor lambok!! mmg mabeles...;))....resepi nekpp sekodeng di dapor Kak Nor... sumber resepi dari sape lagi kalau bukan chef tersohor iteww...CMG!! mohon halal yerk chef2 berdua... sila klik di siniii SECUBIT GARAM


bahan2 (5 orang)
  • 2 biji timun * dikerat 3-4 bahagian; buang empulur & potong mcm btg mancis
  • 2 biji lombak merah *dikerat 3-4 bahagian & potong mcm btg mancis
  • 3 biji cili merah * dikerat 2 buang biji * potong mcm btg mancis
  • 2 biji bawang besar *dipotong berbaji

bahan tumis ;)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 camca teh sawi (mustard seed)

bahan2 lain ;)
  • 5 ulas bawang putih dibelah 2
  • 1 camca besar udang kering &rendam 10 min +cuci+tos+ditumbuk separuh lumat
  • 1/3 cawan cuka makan
  • 1 inci halia muda dimayang halus
  • garam gula secukup rasa

cara2nya ;)
  1. Dalam bekas berasingan; gaul timun+lobak merah & dgn serbuk kunit + garam (kurang lebih 1 tspn) toskan dlm tapis.
  2. Dalam kuali; panaskan minyak lalu tumis bahan2 tumis hingga wangi; masukkan belahan bawang putih+udang kering+halia muda. Kemudian masukkan cuka dan kecilkan api. Masukkan gula (kurang lebih 3-4 tbspn) masak hingga pekat.
  3. Masukkan cili+belahan bawang besar+lobak merah; masak hingga lobak merah separuh masak. Masukkan timun & gaul rata. Bila timun sedikit lembut bolehlah matikan api.
  4. Rasa garamnya. Kebiasaannya acar mmg sedikit manis, masam, masin & sayur2nya masih ranggup.
  5. Selamat mencuba ;)

note;)
Nekpp terlebihkan bahan2 tumis (udang kering) ahakss...






SAMBAL GORENG JAWA

dari Cerok Dapor Nekpp
SAMBAL GORENG JAWA

bahan2nya ;)
  • tempe dihiris2 *digoreng
  • tahu dipotong sedang2 *digoreng
  • udang hidup dibuang kulit
  • hati & pedal ayam direbus kemudian dihiris2 *optional
  • petai dibuang kulit *optional
  • so'on direndam & dipotong2
  • tahu kering direndam & dipotong2
  • bawang merah ***
  • bawang putih ***
  • 1 inci belacan ***
  • 1 inci halia ***
  • 2 tbspn udang kering direndam
  • lada merah & hijau dihiris2
  • 2 batang serai dihiris2 ***dibelender dgn bawang2
  • air asam jawa
  • 1 cawan santan pekat
  • kicap manis
  • perasa secukup rasa

cara2nya
  1. bawang merah/putih/belacan/halia/serai/udang kering dibelender hingga halus.
  2. panaskan minyak masak. tumis bahan2 yg dibelender digaul rata kemudian masukkan lada merah yg telah dihiris2.
  3. air asam jawa & kicap digaul sebati. perasa secukup rasa.
  4. masukkan su'un & tahu kering digaul rata kemudian masukkan pula tempe dan tahu goreng gaul sebati.
  5. akhir sekali masukkan pedal/ati/udang digaul rata jgan gaul terlampau nnti hancur juga jgan terlalu lama sangat msk nnti lembik. sedang2 aje ;))
  6. last but not least masukkan santan pekat digaul perlahan2 hingga rata. pastikan api kecil. masak sehingga santan mendidih..
  7. boley dihidangkan dan dimakan! ;))


Friday, 19 August 2011

SPAGHETTI CHICKEN BALL

dari Cerok Dapor Nekpp
SPAGHETTI CHICKEN BALL


Alhamdulillahhh hampir di penghujung ramadan... layan gambar dulu yaa... ~ RALAT ~



~ RAMADAN KAREEM ~





Wednesday, 17 August 2011

NASI AYAM

dari Cerok Dapor Nekpp
NASI AYAM


~ biasanya bila buat nasi ayam ni Nekpp and BB Bears lebih suka pekena dgn ayam masak merah.. layan gambar dulu.. resepinya bila nekpp FREE!! mohon maap yaa nekpp betul2 bz tahap putus fius!! ~RALAT~



~ RAMADAN KAREEM ~




AYAM MSK MERAH

dari Cerok Dapor Nekpp
AYAM MASAK MERAH



layan gambar dulu yaa... nekpp tercedera! :(




~ RAMADAN MUBARAK ~




Tuesday, 16 August 2011

PIE AYAM

dari Cerok Dapor Nekpp
PIE AYAM

Sumber resepi nekpp sekodeng di MyResepi.. tnx soo berry much! seperti biasa nekpp copy n paste aje ;))


  • DOH PIE :
  • 150gram butter
  • 280gram tepung gandum halus (yg tak payah diayak lagi)
  • 1 biji kuning telur (dipukul)
  • secubit garam halus
  • 1 sudu teh gula halus

  • INTI PIE:
  • 1 biji kentang (potong dadu)
  • (*) 3/2 @ 2 ketul bahagian ayam yang banyak isi (buang lemak dan kulit, kemudian dipotong dadu)
  • (*) 1 biji lobak merah (potong dadu)
  • ~kalau nak guna mix vegetable pon OK~
  • 1 biji bawang besar (cincang)

  • BAHAN UNTUK MENUMIS INTI PIE:
  • 2 sudu minyak masak
  • (#) 2 sudu teh gula (ikut citarasa)
  • (#) 1 sudu teh garam halus (ikut citarasa)
  • (#) 1 sudu besar sos tiram
  • (#) lada sulah (serbuk) secukup rasa
  • 1 sudu besar tepung jagung(larutkan tepung jagung dgn 2 sudu bsr air)


Cara2nya
  1. CARA-CARA MEMBUAT INTI PIE:
  2. Goreng kentang terlebih dahulu tapi jangan sampai jadi garing sgt, angkat kentang dan toskan minyaknya.
  3. panaskn 2 sudu minyak masak, tumis bwg besar kemudian masukkn bahan2 bertanda (*) dan kentang yg telah digoreng tadi
  4. masukkan bahan2 bertanda (#) pula, kalau tak sedap tambahla ikut citarasa anta
  5. Akhir sekali masukkan larutan tepung jagung tadi dan masak inti pie nih shg menjadi pekat
  6. Img_0531
    Sejukkan inti pie.
  7. Img_0532
    CARA-CARA MEMBUAT DOH: Gaulkan tepung dengan gula halus hingga rata. Gaul semua bhn2 doh diatas (guna tangan jer).
  8. Img_0533
    Uli doh tuh hingga terhasil doh yg tidak melekat dimangkuk (kalau melekat maksudnyer tak cukup tepung).
  9. Img_0534
    Kemudian canai doh diantara 2 plastik hingga menjadi kurang lebih 1/2 cm tebal.
  10. Perlahan-lahan tanggalkan plastik bahagian atas dan perlahan-lahan terbalikkan doh ke dalam acuan pie. Ratakan perlahan2 hingga menutupi kesemua bahagian dalam acuan pie. Potong lebihan tepi doh. Tuangkan inti pie yang telah sejuk tadi dan tutup bahagian atas pie dgn kepingan doh.
  11. Img_0535
    Bahagian tepi atas pie ditekan-tekan dgn garfu supaya bahagian atas dan bawah pie melekat bersama. Sapu dgn kuning telur dan larikkan dgn garfu secara bersilang utk menghasilkan corak. Lebihan doh jgn dibuang, boleh digunakan untuk menghias atas pie.
  12. Img_0536
    Panaskan oven terlebih dahulu selama 10minit. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 180C selama 30 minit. Biarkan selama beberapa minit didalam oven sebelum dikeluarkan.
  13. Img_0537
    Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dr acuan pie. Kalau nak gunakan pie cup aluminium yang pakai buang tuh pon boleh, lagi senang.
  14. Img_0539
    Sedia untuk di 'ngap' seisi keluarga... Selamat Menjamu Selera.






haa yg ni from fresh oven nekpp ;))



simply d best!!



~ RAMADAN KAREEM ~




AYAM PERCIK

dari Cerok Dapor Nekpp
AYAM PERCIK


Sumber resepi nekpp sekodeng kat MyResepi.com.. seperti biasa copy n paste aje ;))


bahan2 (utk 4 org)

  • 1 sekor ayam yang dipotong 4
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 biji bawang putih
  • 1 labu bwg besar
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai
  • 1 camca kecil ketumbar
  • 1/2 camca kecil jintan putih
  • 1/2 cawan tepung beras
  • sedikit air asam jawa@asam keping
  • cili kering (optional... kalau nak kuah merah) ** nekpp letak cili ;)
  • garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...pastu peraplah dlm 1/2 jam.
  2. masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.
  3. angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
  4. bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
  5. hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2



~ RAMADAN MUBARAK ~




Sunday, 14 August 2011

KEK BATIK JAWA

dari Cerok Dapor Nekpp
KEK BATIK JAWA


ahaksss! ya ampun!! sepupu sepapat dgn Kek Batik!! saje aje nekpp tambah jawa kat belakang tuh! sbb ada ala2 batik jawa! ngeeee.... sumber resepi nekpp sekodeng kat nuuu di Finland Mrs Faiz aka Ijan alaaa mama Mikael tuuu... nekpp copy n paste aje yoo... or ulos boley zass d resepi kat SINI ............... mekasih Mama Ijan ;)


bahan2 ;)

  • 200 gm digestive biscuits atau biskut marie
  • 100 gm butter
  • 250-300 gm milk chocolate
  • 200 gm / 1/2 tin susu pekat manis
  • 80 gm kacang pistachio (boleh guna kacang lain juga)
  • 80 gm badam yg dibakar
  • 80 gm walnut yang dibakar
  • ** note ~ kekacang nekpp x letak sbb xdek stok!
  1. Cairkan coklat, butter dan susu pekat manis secara kaedah double boiling. Kacau semua hingga cair dan sebati.
  2. Dalam mangkuk lain, patah-patahkan digestive biscuits dan campurkan dengan kacang-kacang tadi.
  3. Bila campuran coklat-butter-susu dah siap, tuangkan ke dalam mangkuk yang mengandungi biskut dan kacang.
  4. Kacau sebati dan masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai.
  5. Sejukkan kek batik coklat dalam peti sejuk selama beberapa jam sehingga keras dan mudah di potong :)

simply d best!!



~ RAMADAN MUBARAK ~




~ LEMAK PERIA

dari Cerok Dapor Nekpp
LEMAK PERIA


~ menu sahor ... kalau ujung2 minggu ni biasanya nekpp agak bz tahap putus fius! hihi... almaklum... weekend wife maa!! boss pulang dari kota!! bila boss ada... masa pon ciput!! cemburu betul!!! nak jalan sana.. nak jalan sini... kang x layan chef mogok!! huahuahua... jom kita layan sahor kat cerok dapor nekpp! kalu takk... simply d best!! tu laa buka tu laa utk sahor!! lauk RECYCLE!!! ;))) .... boss ada... ambek pahala lebey sikit!! ;)))

zasss resepi yooo ;)


bahan2
  • udang buang kepala hingga separuh badan *nekpp style ;))
  • 1 btg peria sedang ** kalu kecil 2 btng ~ dihiris lalu direndam dgn garam
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • belacan
  • 2 batang lada merah dihiris bulat
  • perasa secukup rasa
  • santan pekat

cara2nya
  1. Tumbuk bawang/bawang putih/belacan lalu ditumis hingga naik bau.
  2. Masukkan lada yg dihiris dan peria. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan santan. Perasa secukup rasa jgn dilupai dong! ;)
  4. Akhir sekali masukkan udang.


~ RAMADAN KAREEM ~