Wednesday, 3 June 2009

BERIANI DARAT JOHOR


dari cerok dapor nekpp
BERIANI DARAT JOHOR
haaa nekpp main sume darattt..ari tu lontong darat
nie beriani darat ler pulokkkk ekeke ;p;p
oiii semangat nak puasa niii..alaaahaiii

kita layan gambor dulu yeeeeee
nekpp agak tidak berapa sihatttt
nak menaip ponnn lenguuuuhhhh tangan nenekkk
rasa badan nie nak tercabutttt
xcayaaa?? tengok tuu nekpp amek gambor pon giggggiiiillgiiigill ;p
jangan tangkap lelehhhh yeeee bila zasss gambor2 ;p;p
E.N.J.O.Y....



NASI BERIANI




DALCA SAYUR




KEK KUKUS BERINTI DAGING


dari cerok dapor nekpp
kudap2an waktu pagi
KeK KuKuS BeRiNti DaGiNG
aka kek kukus cara laa gitew ahaks ;p
mohon maap dipinta.. mcm maap nak raya plaks ;p
adunan nekpp tu melekat sedikit sbb terrrlupe nak sapu butter!
heyyy lekaaa betuiii...
yg pastiiii..mmg sedap!!
terutama inti yg bercheeseee itew ;))

resepi dari sape layiii chef tershohor Chef CT
resepi asal dari Chef RinnChan
mohon dihalalkan yeee chef CT wan kembanggg
mekasih untuk puan2 chef berduaaa ;)))
nekpp CNP aje..jom kita zassssss jommm resepinya


Bahan untuk kek:
  • 3 biji telur gred B
  • 50gm gula castor (mungkin elok dikurangkan sedikit. Agak manis utk savoury cake)
  • Secubit garam
  • 100gm tepung superfine (CT guna tepung Hong Kong)
  • 1/4 tsp baking powder
  • Sedikit pewarna kuning (ni CT tambah biar nampak berseri sikit)

Cara-cara:
  1. Pukul telur, gula dan secubit garam sehingga gebu dan pekat. Guna kelajuan tinggi selama 8 minit.
  2. Ayak tepung bersama baking powder. Kaupbalikkan ke dalam adunan telur menggunakan spatula. Jangan diputar.

Bahan untuk inti daging:
  • 250gm daging kisar (Boleh juga diganti dengan ayam)
  • 1 biji bawang besar, dipotong dadu
  • 1 tsp lada putih
  • 2 tbsp cheddar cheese (Atau apa2 cheese yg boleh bagi rasa cheese.. )
  • Secubit garam
  • 1 tbsp tepung gandum
  • * Rinn tambah sedikit serbuk ketumbar dan jintan
  • * Daun sup, daun bwg dan hirisan cili merah utk hiasan

Cara-cara:
  1. Panaskan sedikit minyak utk menumis. Tumiskan bawang, masukkan lada putih dan daging. Tumis hingga daging masak dan agak garing. Masukkan cheese dan tepung. Perisakan dengan sedikit garam.
  2. Sementara itu panaskan pengukus.
  3. Sediakan acuan aluminium foil kecil. Sapukan sedikit butter. Taburkan hirisan daun sup, daun bwg dan cili merah. Bubuh inti daging dan tutup dengan adunan kek.
  4. Kukus selama 15min - 20min. Sejukkan seketika, keluarkan dari foil dan terbalikkan kek supaya intinya berada di atas. Sedia untuk dihidang.


Nota:
Sekiranya anda ingin melapis kek ini. Sila gunakan loyang 7" x 7". Lengser dengan sedikit butter. Tuang separuh dari adunan kek dan kukus selama 20 minit. Setelah masak taburkan inti daging dan tuangkan baki adunan kek. Kukus lagi selama 20 minit. Sejukkan seketika dan bolehlah dipotong seperti kek biasa.



Tuesday, 2 June 2009

SATAY

yeyyyyyy..yippieeee yiiiipieeeeee ;p
dari cerok dapor nekpp..ahaks
S.A.T.A.Y
hoohooo bukan nekpp bakar2 ari nieee yeeee..oh tidakkkkkkk
nie n3 BACK DATED
nnti kalau nekpp bakar2.. kipas2 lagii nekpp jemputtt yeeeee ;p;p
dipendekkan cita satay nie nekpp buat masa anniversary nekpp
November 08

jommm kita zasssss resepi satay ala momma mia yeeek ;p;p

bahan2
  • daging lembu * kambing * ayam * babat * ape2 aje lahhh
  • jintan manis
  • jintan kasar
  • ketumbar
  • serai
  • lengkuas
  • halia
  • kunyit hidup @ serbuk ikut suka
  • bawang putih
  • bawang merah
  • dibelender kesemua bahan
  • sos tiram
  • madu
  • gula merah
  • garam
  • perasa ikut suka

cara2nya
  • gaulkan daging dan kesemua bahan yg dibelender
  • perap 2 3 jam; lagi lama perap lagi mesra bahan2 itewww
  • dibakar sama ada menggunakan grill pembakar atau oven..ini bagi ibu2 yg merantau laaa..kalau kat mesia..tak mo bakar gan kipas..pie beliiii aje!!! wahahaha..

satay boley dimakan gan
*timun yg dihiris *bwang besar *nasi impit * kuah kacang *



Monday, 1 June 2009

STEAM BANANA

kudapan2 waktu petang Ahad
..n3 terkucil lahhh..time pon sudah lariii maa uhuh ;(
dari cerok dapor nekPP
STEAM BANANA CAKE
atau nama melayunya
APAM PISANG!
yg dikukus hehe..
resepi nekpp dpt dari blog Ain
si Ain plak CNP dari puan punya resepi Puan Noreen nuu di UK
sooo nekpp ponnn CNP jugeee
mohon dihalalkan yeeeeeeee ;p
mekasih utk puan2 berduaaaaa ;))



Bahan-bahan (10 biji bergantung pada size muffin cases):
  • 2 biji telur
  • 100gm gula pasir *nekpp campor brown sugar
  • 2 biji pisang masak - lecek (dapat dalam 200gm)
  • 150gm tepung naik sendiri
  • 1/8 camt soda bikarbonat
  • 75gm minyak - perasa ikut suka eg. vegetable, canola, olive

cara:

  1. ayakkan tepung bersama2 dengan soda bikarbonat dan ketepikan
  2. kemudian di dalam mixing bowl pukul gula dan telur sehingga gebu dan kembang
  3. masukkan pisang yang telah dilecek tadi dan pukul sehingga sebati
  4. setelah itu masukkan pula tepung dan minyak sambil dikacau rata
  5. tuangkan adunan ke dalam muffin cases yang telah disusunkan ke dalam muffin pan atau tin
  6. kukuskan selama 15 min atau sehingga masak dengan api yang kuat

LONTONG DARAT

waduhhhhh.... n3 terrrkucill lagiiiii...
kebuzyan tahap gaban uhuhuh
dari cerok dapor nekPP
LONTONG DARAT
haaa tahu tak nihhh??
lontong darat nie takdek kuah
x makan dengan lodeh
sume lauk pauknya kering2 belaka
boley dimakan dgn
*serunding * kuah kacang * ayam msk merah
* rendang
* sambal goreng *

jom kita zasss resepi rendang yeeeee ;))

walllaaaaa..
psttt tulung abaikan ketidak 'clear' an gambar itewww uhuh
RENDANG RAMADHAN
sempena bulan Ramadhan yg bakal muncul xlama lagi
kita amekk bahang puasaaaa...
sumber resepi dari Mawar Johor

bahan2
  • 600 gm daging lembu *nekpp guna stew kambing
  • 1 litre santan dari 2 biji kelapa
  • 50 gm kerisik
  • garam
  • gula
  • perasa ikut suka
  • daun limau purut *ikut suka
  • daun kunyit dihiris2 *nekpp xletak sbb xdek
ditumbuk/dibelender
  • 1 tbspn jintan putih
  • 1 tbspn jintan kasar
  • 4 tbspn lada kisar
  • 2 biji bawang besar
  • 6 biji bawang kecil
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai
  • 2 cm lengkuas
cara2nya
  1. panaskan minyak tumis bahan2 yg ditumbuk atau dibelender sehingga naik bau
  2. masukkan daging+santan; masak hingga emput dgn menggunakan api yg kecil
  3. masukkan kerisik; masak sehingga kuahnya agak kering *ikut suka

* SAMBAL KACANG *
resepinya sila zassss di S.I.N.I.


* NASI IMPIT *
resepinya sila zasssss juga di S.I.N.I

Sunday, 31 May 2009

SOTO

dari cerok dapor nekpp
SoTo
kita zass resepi yaa xmo ckp byk2 ngeee ;p

bahan2
  • bawang merah
  • bawang putih
  • ditumbuk atau dihiris halus ikut suka
  • rempah soto
  • rempah 4 sekawan
  • halia dititik
  • lengkuas dititik
  • minyak utk menumis; tumis semua bahan2 sehingga naik bau; masukkan air; sukat ikut suka hati masing2
  • 2 ekor ayam *potong 2 masukkan dlm air rebusan sup; bila dah masak keluarkan ayam lalau disiat2 isinya; tulang masukkan balik dlm sup!
bahan utk hiasan
  • daun sup/daun bawang dihiris halus
  • soon digoreng
  • kacang tanah digoreng
  • taugeh dicelor atau tidak ikut suka
  • ayam disiat2
  • begedel
  • bawang goreng
  • sambal kicap
dannn kita zass plaks resepi BEGEDEL kat bawah yeeeeee;p

begedel ni begedel IKAN BILIS
bukan begedel daging cincang tuhh
jom jommm zass resepiiii yipeee yiiipeee ;))

bahan2
  • kentang digoreng lalu ditumbuk tapiiiiii nekpp guna french frise iteww ahaks
  • ikan bilis digoreng lalu ditumbuk kasar
  • kuib maggie ikan bilis
  • lada hitam ditumbuk sederhana kasar
  • 1 biji telur
  • daun bawang/daun sup dihiris *nekpp xletak stok ciput
  • garam
cara2nya
  1. gaul kesemua bahan hingga sebati; kemudian bulat2kan; gentel sehingga habis adunan
  2. utk memasak; pukul telur 2/3 bijik
  3. masukkan gentelan begedel tu dlm telur yg telah dipukul dan gaul sebati
  4. panaskan minyak utk mengoreng; guna api kecil yeeeeeeee
  5. lakukan sehingga habis..dan sekiranya telur habis..pukul lagi telor; ulang process mcm yg disebut tadi

NASI IMPIT
resepinyaaaa sila klik di S.I.N.I.



LAGIII FRENZSHIP AWARD DARI SYIGIM

ari nie nekpp dpt lagi frenzship award! mmm dari mak of two! ahaks ;p jgan mare yeee Puan Syigimmm.... tnx xoxoxo very much dear!

nekpp nak gaybang2 pasal mcmaner kenai gan Mrs K nihh; sbb ni ialah syaratnya kalau sesiapa yg dpt award nihh..mmmm bilaaa yaaa mygimmm..ahaks.. kitaorg dikenalkan oleh Madam S..Mrs K nie salah sorang isteri abe2 gomen kat sinii..hohohohooooooo jgan mareeeee para2 isteriii sumeeee ;p..alaa takat nekpp..nek kebayan sapa yg nakkkkkk ;p;p...don't worryyyyyyyyyyyyyyy maaa..

ok okeehhhh sambung cita...dipendekkan cita ada majlis di Abu Dhabi; yg hanya boley dihadiri oley kaum wanita sahaja! majlis yg dianjurkan oleh Isteri2 Ambasador seantaro duniaa; nekpp pon dpt ler tempiasnyaa ahakss..tnx yeeee ;)) tu laa kali pertama berjumpa dan kali terakhir!! haa?! betullllllllllllllllllllllllllllllll...ya laa dari pukul 5 ptg sampai ler 12 tengahmalam! dari DXB hingga ler AUH; from AUH to DXB...dok berkepit ajo kitaorg dalam keto!! ahaks..dok sebelah2.. sakit pinggang ooooo ekekekee..

..dek kerna masa masa masaaaaaaa....asikkkk terkucil aje!! wahaha tak gitu mygimmm?#@! xdek rezeki kitaorg berjumpa..aper pon nekpp rasa besar hati dan gumbira dpt berkenalan gan Mrs K nihhh.. ramah tamah orgnyaaa..kecil molek..moga persahabatan kita yg terrlebih di alam cyber akan berkekalan..insyAllahhhh..

BIG HUG N KISSES TO UUUUU..

lelain yg perlu nekpp buat sila klik di S.I.N.I
sebab nekpp dah pernah dapat frenzship award nie..