Wednesday 3 June 2009

KEK KUKUS BERINTI DAGING


dari cerok dapor nekpp
kudap2an waktu pagi
KeK KuKuS BeRiNti DaGiNG
aka kek kukus cara laa gitew ahaks ;p
mohon maap dipinta.. mcm maap nak raya plaks ;p
adunan nekpp tu melekat sedikit sbb terrrlupe nak sapu butter!
heyyy lekaaa betuiii...
yg pastiiii..mmg sedap!!
terutama inti yg bercheeseee itew ;))

resepi dari sape layiii chef tershohor Chef CT
resepi asal dari Chef RinnChan
mohon dihalalkan yeee chef CT wan kembanggg
mekasih untuk puan2 chef berduaaa ;)))
nekpp CNP aje..jom kita zassssss jommm resepinya


Bahan untuk kek:
  • 3 biji telur gred B
  • 50gm gula castor (mungkin elok dikurangkan sedikit. Agak manis utk savoury cake)
  • Secubit garam
  • 100gm tepung superfine (CT guna tepung Hong Kong)
  • 1/4 tsp baking powder
  • Sedikit pewarna kuning (ni CT tambah biar nampak berseri sikit)

Cara-cara:
  1. Pukul telur, gula dan secubit garam sehingga gebu dan pekat. Guna kelajuan tinggi selama 8 minit.
  2. Ayak tepung bersama baking powder. Kaupbalikkan ke dalam adunan telur menggunakan spatula. Jangan diputar.

Bahan untuk inti daging:
  • 250gm daging kisar (Boleh juga diganti dengan ayam)
  • 1 biji bawang besar, dipotong dadu
  • 1 tsp lada putih
  • 2 tbsp cheddar cheese (Atau apa2 cheese yg boleh bagi rasa cheese.. )
  • Secubit garam
  • 1 tbsp tepung gandum
  • * Rinn tambah sedikit serbuk ketumbar dan jintan
  • * Daun sup, daun bwg dan hirisan cili merah utk hiasan

Cara-cara:
  1. Panaskan sedikit minyak utk menumis. Tumiskan bawang, masukkan lada putih dan daging. Tumis hingga daging masak dan agak garing. Masukkan cheese dan tepung. Perisakan dengan sedikit garam.
  2. Sementara itu panaskan pengukus.
  3. Sediakan acuan aluminium foil kecil. Sapukan sedikit butter. Taburkan hirisan daun sup, daun bwg dan cili merah. Bubuh inti daging dan tutup dengan adunan kek.
  4. Kukus selama 15min - 20min. Sejukkan seketika, keluarkan dari foil dan terbalikkan kek supaya intinya berada di atas. Sedia untuk dihidang.


Nota:
Sekiranya anda ingin melapis kek ini. Sila gunakan loyang 7" x 7". Lengser dengan sedikit butter. Tuang separuh dari adunan kek dan kukus selama 20 minit. Setelah masak taburkan inti daging dan tuangkan baki adunan kek. Kukus lagi selama 20 minit. Sejukkan seketika dan bolehlah dipotong seperti kek biasa.



5 comments:

ain said...

macam cara berlauk gak ler ni. bila le rajin nak mentry..huhu!

Fairus Basir from The Juggling Queen said...

salam..

semalam kite try kak yatii nyer lasagna roti tu.. sodap weh! but instead of kari saya guna tomato paste.. thank u a lot!

FiDa@aMiDa said...

ky

bak sket lapar lah hehehhe

p/s sabtu ni turun padang ker? (walaupon acara telah di cancel kan tapi bagi sokongan kat pemain2 bola sepak)

ZaiY said...

baru je tgok kek ni kat fp kak rinn, kejap je dh smpai dubai..ish3..nmpak sdap kalerpun menareks..
kak, kalau xnak gmbr jd blur petuanya amik gmbr kat tmpt yg ada cahaya semulajadi, jgn guna flash tau..cubala.

Suzi said...

dah sampai sini dah kek ni..bila nak try ni...
minta dululah sikit blh nekpp hihihi