dari Cerok Dapor Nekpp
KEK BATIK JAWA
ahaksss! ya ampun!! sepupu sepapat dgn Kek Batik!! saje aje nekpp tambah jawa kat belakang tuh! sbb ada ala2 batik jawa! ngeeee.... sumber resepi nekpp sekodeng kat nuuu di Finland Mrs Faiz aka Ijan alaaa mama Mikael tuuu... nekpp copy n paste aje yoo... or ulos boley zass d resepi kat SINI ............... mekasih Mama Ijan ;)
bahan2 ;)
- 200 gm digestive biscuits atau biskut marie
- 100 gm butter
- 250-300 gm milk chocolate
- 200 gm / 1/2 tin susu pekat manis
- 80 gm kacang pistachio (boleh guna kacang lain juga)
- 80 gm badam yg dibakar
- 80 gm walnut yang dibakar
- ** note ~ kekacang nekpp x letak sbb xdek stok!
- Cairkan coklat, butter dan susu pekat manis secara kaedah double boiling. Kacau semua hingga cair dan sebati.
- Dalam mangkuk lain, patah-patahkan digestive biscuits dan campurkan dengan kacang-kacang tadi.
- Bila campuran coklat-butter-susu dah siap, tuangkan ke dalam mangkuk yang mengandungi biskut dan kacang.
- Kacau sebati dan masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai.
- Sejukkan kek batik coklat dalam peti sejuk selama beberapa jam sehingga keras dan mudah di potong
simply d best!!
~ RAMADAN MUBARAK ~
No comments:
Post a Comment