Saturday 20 August 2011

ACAR DARAT

dari CerokDaporNekpp
ACAR DARAT

alhamdulillahhh....dari cerok dapor nekpp.. ACAR DARAT dimakan dgn bubor lambok!! mmg mabeles...;))....resepi nekpp sekodeng di dapor Kak Nor... sumber resepi dari sape lagi kalau bukan chef tersohor iteww...CMG!! mohon halal yerk chef2 berdua... sila klik di siniii SECUBIT GARAM


bahan2 (5 orang)
  • 2 biji timun * dikerat 3-4 bahagian; buang empulur & potong mcm btg mancis
  • 2 biji lombak merah *dikerat 3-4 bahagian & potong mcm btg mancis
  • 3 biji cili merah * dikerat 2 buang biji * potong mcm btg mancis
  • 2 biji bawang besar *dipotong berbaji

bahan tumis ;)
  • 1 batang kayu manis
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 1 camca teh sawi (mustard seed)

bahan2 lain ;)
  • 5 ulas bawang putih dibelah 2
  • 1 camca besar udang kering &rendam 10 min +cuci+tos+ditumbuk separuh lumat
  • 1/3 cawan cuka makan
  • 1 inci halia muda dimayang halus
  • garam gula secukup rasa

cara2nya ;)
  1. Dalam bekas berasingan; gaul timun+lobak merah & dgn serbuk kunit + garam (kurang lebih 1 tspn) toskan dlm tapis.
  2. Dalam kuali; panaskan minyak lalu tumis bahan2 tumis hingga wangi; masukkan belahan bawang putih+udang kering+halia muda. Kemudian masukkan cuka dan kecilkan api. Masukkan gula (kurang lebih 3-4 tbspn) masak hingga pekat.
  3. Masukkan cili+belahan bawang besar+lobak merah; masak hingga lobak merah separuh masak. Masukkan timun & gaul rata. Bila timun sedikit lembut bolehlah matikan api.
  4. Rasa garamnya. Kebiasaannya acar mmg sedikit manis, masam, masin & sayur2nya masih ranggup.
  5. Selamat mencuba ;)

note;)
Nekpp terlebihkan bahan2 tumis (udang kering) ahakss...






No comments: