Friday, 24 April 2009

LAKSA JOHOR

yayyy...akhirnya baru boley zasss n3 Laksa Johor nihh.. buat2 bz gitewww... ahaksss.. menu utama ari Jumat dari cerok dapor nekPP.. mmm yg x syiokk tu sambal belacan ada sikit x meriah warnanya.. Daddy B kata cili api warna merah dah abis!! yg tinggal cili dari india separuh merah separuh hijauu...bantaii laaa labuu janji sambal belacan ada! wahaha.. kalau tak... x dek umphhh... kita zasss resepi Laksa Johor yaaa

bahan2nya
  • bawang merah
  • bawang putih
  • halia
  • belacan
  • ketumbar
  • jintan manis
  • ikan kurau masin * dibakar
  • dibelender kesemua bahan
  • serai dititik
  • lengkuas dititik
  • 4 sekawan *cengkih*pelaga*kayu manis*bunga lawang
  • rempah kari ikan atau rempah laksa ada dijual di pasar
  • asam keping
  • kerisik * ikut suka xnak pun xper sbb dah ada santan tapi kalau letak lagi umph!
  • santan
  • garam
  • gula
  • bahan perasa ikut suka
  • spaggetti direbus letak minyak sikit supaya tidak melekat; ditos
  • udang geragau @ udang kecik2 fresh *biasanya nekpp guna udang kering aje!
  • ikan kembung atau ikan parang ikut suka *direbus lalu diasingkan isinya; dibelender dgn air ikan yg direbus *tulang ikan dibelender lalu ditapis ambil airnya
pemanisnya..ahaks
  • timun dihiris halus bulat2 * buang isi dalam yaa
  • bawang besar dihiris halus pun bulat2
  • daun kesum atau daun selasih
  • lobak masin
  • nenas dihiris halus
  • taugeh dicelur xnak pon xmengapa
  • limau kasturi atau nipis ikut suka dibelah 4
**sambal belacan

cara2nya
  1. tumis bahan2 yg dibelender sehingga naik bau.
  2. masukkan serai yg dititik+lengkuas+asam keping kemudian rempah kari ikan
  3. masukkan isi ikan dan air tulang ikan yg telah ditapis tadi
  4. masukkan kerisik digaul sebati kemudian masukkan santan biarkan mendidih; peringatan masak menggunakan api yg sederhana
  5. boley dihidangkan bersama2 dgn pemanis2 yg kat atass tuuu..juga sambal belacan!
  6. S.E.L.A.M.A.T. M.E.N.C.U.B.A.

4 comments:

ain said...

tu dia master buat laksa dah sampai!!
tp bila le kan aku dpt merasa laksa nko ni??

Emy Sulaiman said...

Saya kan nekPP tak suka laksa johor ni. SBbnya dia punya laksa tu mcm spageti kan. ala2 seafood tu. tp saya makan la jugak. Rezeki jgn ditolak..hehehe.

nekPP said...

beb >>> yolahh tuuu...rasa...ko buat tok aku dulu boleyy..ngeee

emy >>> zaman dulu2 laksa johor x guna spageti tu emy..yg tepong beras tuh.. bila dah moden dipelbagaikan..aper pon ikut suka hati masing2..

mother of two said...

laksa nek pp dalam mimpiku....ZZZZZZZZZZZZ