Thursday 12 April 2012

MEE SIAM GORENG

dari CerokDaporNekpp
MEE SIAM GORENG

SALAM RABU YG DINGIN! BACK TO WORK! hehe.. bunyi pelik??? MEE SIAM?? rasanya HANYA ORG JOHOR sahaja yg panggil MEE SIAM aka MEE HOON. MEE SIAM GORENG ASLI... utk JOHOREAN sudah semustinya tahu resepi ASAL ASLI mee siam ni. tersanglah mudah! jomm zass resepi ;))


bahan2 ;)
  • 1 bungkus mee siam aka mee hoon *direndam hingga kembang & ditos
  • 10 tangkai cili kiring *digunting direbus ditos
  • 5 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci belacan
  • 3 tbspn udang kering *direndam dicuci ditos
  • 3 tbspn taucu *jika suka
  • 1 mangkok taugeh dibuang ekor
  • 1 mangkok udang basah *dibuang kepala/kulit hingga separuh badan
  • daun sup/daun bawang *dihiris2 utk ditabur
  • bawang goreng *utk ditabur
  • 1 biji limau kasturi *dibelah 2 buang bijinya
  • perasa secukup rasa

cara2nya ;)
  1. belender kesemua bahan2. atau kalau rajin GILING! hehe
  2. tumis kesemua bahan hingga naik bau. guna api kecil.
  3. kemudian masukkan udang; digaul rata; biarkan seketika. ** masukkan TAUCU jika suka
  4. masukkan MEE SIAM; gaul sebati kemudian masukkan taugeh; digaul rata.
  5. diangkat dan dihidangkan. taburkan daun bawang/sup/bawang goreng JUGA limau kasturi. NOTA: boleh juga dimakan dgn CILI JERUK! yummy!!


simply the best!




1 comment:

Mother of Two said...

amboi3 nek pp.... meh mintak skit.. dpt gambo ajer tak best