Saturday, 3 December 2011

GULAI KEPALA IKAN MAYONG

dari Cerok Dapor Nekpp ;)
GULAI KEPALA IKAN MAYONG

~ Alhamdulillahhh... beres sudah!! yippie!! pas ni boley jalan2 cuci2 mata! kikiki... credit to Daddy B yg tersangatlah mmg rajin memBERSIHKAN ikan! tnx laling!... kepala ikan ni dimport jauh tuu.. nuu di Muar.. bila balik kampong aje... perkara wajibbbb... tinjau2 kawasan nuu di Parit Jawa! fresh from laut tau... sumber resepi nekpp sekodeng kat cerok dapor CMG.. oleh kerna dah hujung minggu... bila ditinjau2 dlm peti besi nekpp bahan2 semua dah xdek! ermm.. tapi x per.. ape2 aje laa yg boley dimasak.. walupon x cukup syarat.. rasanya mmg meletopss! sila klik di sini >>> DapurTanpaSempadan...... mekasih CMG!!..... jom zass resepinyaaa..

bahan2;)
  • 1 kepala ikan mayong
  • 1 biji terung bulat ** xdek
  • 6 - 8 biji kacang bendi muda, cuci dan toskan (jgn kerat) ** xdek
  • 2 biji tomato
  • 2 biji cili merah
  • 1 cawan jus asam jawa
  • Air secukupnya
  • 2 camca besar cili kisar*
  • 3 camca besar rempah kari ikan*
  • 1/2 cawan air*(*disatukan dan kacau rata)
  • Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
  • 8 biji bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 inci belacan, dibakar
  • 1 inci kunyit hidup

BAHAN TUMIS :-)
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 2 ulas bawang putih, hiris halus
  • 2 tangkai daun kari *xdek
  • bunga lawang/cengkih/kayu manis/pelaga ** ni nekpp tambah ;)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kepala ikan dibersihkan, dan potong sederhana besar, cuci lagi dan toskan.
  2. Terung dibelah 2 dan potong 4 bagi setiap belahan, rendam dalam air yang ditambah disedikit garam. ** kalau ada terong
  3. Tomato dibelah 2 untuk setiap biji. ** kalau ada tomato
  4. Cili merah dibelah dua tapi tak putus untuk setiap biji. Ketepikan.
  5. Panaskan minyak dalam periuk tumis bahan tumis hingga layu, masukkan bahan kisar dan kacau rata.
  6. Tambah bancuhan rempah kari (*)...dan tumis hingga terbit minyak. Tuang air secukupnya (anggaran 800 ml) dan biar mendidih.
  7. Masukkan kepala ikan dan terung. Tuang jus asam jawa, kacau dan biar mendidih. Tambah garam dan sedikit gula. Masak hingga ikan masak dan terung lembut sedikit. Masukkan belahan cili merah, bendi dan tomato tadi. Biar mendidih.
  8. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
  9. Hidangkan dengan nasi atau apa sahaja makanan kegemaran anda, resipi asal dia ada tulis, kari ni boleh dimakan bersama mee hoon...


haa tu dia... mcm JAWS!!





1 comment:

hlovate melove said...

auntie...!!!!
sedap ni.
hee.
saya suka makan asam pedam ikan mayong. lagi lagi part kepala tu. hee. :D