Wednesday, 20 January 2010

BANANA ENGLISH MUFFIN


dari cerok dapor Nekpp ;))
BANANA ENGLISH MUFFIN

n3 yg terlewat!
yg tidak dpt dikemas kini on time!
Credit to Mem Nona Haryati nuuu di Finland ;)) tnx xoxo
resepi boley juga zassss di S.I.N.I
juga boley zass di S.I.N.I.


Bahan-bahan
  • 180 gm tepung (yatt gunakan 90gm tepung gandum dan 90 gm tepung cake)
  • 70 gm butter
  • 2 biji pisang di lenyek ( besar satu jengkal jari, kalu pisang pendek tambah satu lg)
  • 1 biji telur
  • 3 sudu besar gula putih
  • 2 besar gula perang
  • 2 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu esen vanilla
  • sedikit pisang potong
  • serbuk kayu manis
  • sedikit gula pasir

Cara-caranya

Pukul butter dan gula sehingga kembang , masukkan gula merah pukul lagi, kemudian masukkan telur dan pisang yang telah di lenyek, esen vanilla, blend lg. akhir sekali masukkan tepung , baking powder dan soda bikarbonat . Masukkan adunan tersebut di dalam bekas pembakar, susun kan pisang seperti gambar di atas dan taburkan serbuk kayu manis di atasnya. Bakar selama 45 minit. Setelah keluar cepat2 taburkan gula di atas kek, biarkan kek sejuk dan baru dipotong

3 comments:

Norsham said...

salam..nekpp,dah start baking ye....
noor suka bangat muffin...mai seketul dua nak rasa...panas lagi tu.

ain said...

n3 terlewat ekh..?? x dpt le nak ngendeng sebiji dua!!huhu

NekPP said...

norsham ~ buleyyy mai sinii dongg

ain ~ beb time ko p honeymoon maa..next time yerkkk ;p